Blog berita Kedah pelbagai sumber

JIKA KEGILAAN KERAJAAN MUKHRIZ TIDAK DISEKAT, KAWASAN HUTAN DI KEDAH BAKAL JADI 'PADANG JARAK PADANG TEKUKUR'

Hakikatnya, sejak Mei 2013, beribu-ribu kawasan hutan diluluskan kepada syarikat pembalakan untuk ditebang. Tahun ini sahaja lebih 3200 hektar hutan diluluskan kepada MBI untuk dijadikan ladang.

MB PERJELAS ISU BAYAR HUTANG SADA RM79.33 JUTA

Mengapa hutang bertampuk-tampuk sejak 4 tahun lalu?

LEBIH RM20 JUTA PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN PANTAI MERDEKA DAN TANJUNG DAWAI

Terdapat beberapa komponen projek telah disusun. Bagi komponen pertama iaitu pemuliharaan pantai di Pantai Merdeka kembali kepada keadaan asal yang akan bermula pada tahun 2021. Selain daripada itu bagi komponen lain ialah pembinaan jeti di Tanjung Dawai telah diberi pertimbangan untuk dilaksanakan.

Mahfuz hanya memikirkan kain batik dan coli😂

Cara tahap pemikiran seorang Ahli Parlimen sebuah parti.Kalau nak fitnah pun, banyak benda boleh dibuat pembayang dalam berpantun tu

VELLFIRE DETECTED

dalam Malaysia ni cuma ada sebuah Vellfire sahaja, dan warnanya pun cuma hitam saja. So, mudah untuk didetect!

Sunday, November 29, 2020

Pemuda DAP gesa Anwar mohon maaf pada rakyat dan rakan sekutu

 


Pemuda DAP menggesa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memohon maaf secara terbuka kepada rakyat dan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.

Ini selepas Anwar memberi arahan saat-saat akhir untuk tidak meneruskan undi belah bahagi pada undian Belanjawan 2021 peringkat dasar semalam.

Setiausaha Pemuda DAP Eric Teh Hoong Keat berkata DAP perlu pertimbang untuk memutuskan "berpisah" dengan PKR dan menyusun semula barisan pembangkang sekiranya Anwar, yang juga presiden parti itu, enggan meminta maaf.

"Anwar telah mengakui bahawa beliau memberi arahan supaya DAP dan PKR agar tidak menyokong usul undi belah bahagi Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat. 

"Jadi, beliau perlu bertanggungjawab dengan sepenuhnya atas kesilapan beliau dan meminta maaf terhadap penyokong Pakatan Harapan (PH). 

"Sekiranya Anwar masih menegaskan bahawa penilaiannya adalah betul dan tepat, maka pemimpin pusat DAP harus berpisah dengan PKR, tidak lagi bersekutu dengan PKR, biarlah PH dibubarkan dan menjalinkan hubungan kerjasama yang paling minimum dengan parti-parti pembangkang yang lain," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Anwar sebelum ini menjelaskan bahawa dia meminta Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk tidak melakukan undi belah bahagi kerana tidak mahu dilihat menolak insentif baru yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Anwar juga berikrar pihaknya akan meminta undi belah bahagi diadakan semasa peringkat jawatankuasa ketika anggota parlimen membahaskan perbelanjaan setiap kementerian.

Sementara itu, Teh menolak penjelasan bahawa pembangkang akan memastikan undi belah bahagi di peringkat jawatankuasan.

"Penjelasan seperti ini adalah tidak bertanggungjawab sekali. Bacaan kedua (peringkat dasar) merupakan peringkat di mana ahli parlimen menyatakan pendirian mereka berdasarkan prinsip-prinsip. 

"Sekiranya belanjawan ditolak di bacaan kedua, maka bacaan ketiga kehilangan keperluannya. 

"Pemimpin PH telah mengelakkan undi belah bahagi di peringkat bacaan kedua, bagaimanakah kita mampu menyakinkan penyokong bahawa kita akan memandang serius dalam peringkat yang seterusnya?" soalnya.

Teh turut menyifatkan bahawa kegagalan untuk meneruskan undi belah bahagi sebagai saat yang paling memalukan dalam sejarah perjuangan DAP di Parlimen sejak penubuhan parti itu. 

Belanjawan 2021semalam diluluskan melalui undian suara.

Meskipun Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar ketika itu mengusulkan undi belah bahagi, speaker menolak usul itu kerana hanya mendapat sokongan 13 ahli parlimen, iaitu kurang dua daripada jumlah yang diperlukan.

Susulan itu, beberapa pihak termasuk daripada kalangan pemimpin PH sendiri menyifatkan keputusan ahli parlimen pembangkang untuk tidak mengadakan undi belah bahagi sebagai satu kesilapan dan mengecewakan.


Share:

Saturday, November 28, 2020

Biar mati berdiri...

 


Satu tweet daripada akaun Mukhriz Mahathir menyebut “Biar mati berdiri, dari hodup melulut”.

Posting ini seolah-olah ada kaitan dengan bajet yang baru diluluskan baru-baru ini. 

Undi belah bahagi tidak dapat dilaksanakan kerana tidak cukup bilangan yang menyokong undi belah bahagi.

Hanya 13 orang ahli parlimen sahaja yang bangun, sebaliknya bilangan yang diperlukan ialah 15 orang sekurang-kurangnya.

Walau bagaimananya, tweet ini mendapat respon yang pelbagai oleh netizen. 

Antaranya:
“Mati berdiri lagu ni kot”-merujuk kepada gambar mumia

Share:

“Saya tak dapat whatsapp daripada ketua pembangkang”

 


Komen chek: Lid lupa nak topup ka

Share:

Wednesday, November 25, 2020

PERANG MORAL/KEPENTINGAN DALAMAN BLOK KONSERVATIF BAKAL KEMBALI


 PERANG MORAL/KEPENTINGAN DALAMAN BLOK KONSERVATIF BAKAL KEMBALI

*Artikel panjang. Jika malas baca, boleh lukis sendiri.


Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Kita ulang sembang balik bab blok idelogi politik kiri vs kanan. Walaupun sebenarnya ia tak semudah hitam dan putih, kita boleh kelaskan kepada kiri, tengah, dan kanan. Kita lihat pergelutan politik secara makro.


2) UMNO, PAS, PPBM, ISMA, MCA, MIC etc adalah parti secara binarynya kita label sebagai kanan. Manakala PKR, DAP, AMANAH, PSM etc secara hitam dan putihnya kita label sebagai kiri. 


3) Kita pernah sembang pasal pertembungan antara PAS dan UMNO selama 60 tahun bergaduh walaupun sesama kanan dan konservatif, sama-sama Melayu/Islam. Kita namakan ia sebagai pertempuran moral/kepentingan.


4) Ideologinya hampir sama antara PAS dan UMNO. Kerangkanya adalah kerangka konservatif. Tetapi masing-masing bertempur pada isu moral dan kepentingan. UMNO attack PAS sebagai parti orang kampung dan tak reti mentadbir. PAS attack UMNO sebagai parti yang tidak Islamik dan tidak mengamalkan syariat Islam.


5) Dominasi UMNO terlalu kuat, disokong oleh komponen BN yang terdiri daripada MCA dan MIC yang turut mendokong kerangka bernegara - konservatif. PAS tidak ada peluang untuk menewaskan UMNO, melainkan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.


6) Ketika berlaku perpecahan besar UMNO dan kemunculan PKR, PAS mengambil peluang bekerjasama dengan PKR. Ketika itu PKR belum menunjukkan belang Liberalismnya. PKR juga memperalat perang moral/kepentingan untuk melawan UMNO. Maka kerjasama dengan PAS terbentuk. 


7) Melihat kepada gegaran besar yang dibuat oleh PAS dan PKR ke atas kekuatan UMNO/BN, DAP yang terang-terang kiri mengambil peluang memerterai kerjasama atas nama perang moral/kepentingan. Isu rasuah, salahguna kuasa, menjadi tema untuk merobek kekuatan UMNO/BN.


8 ) Serangan merobek kekuatan moral UMNO/BN dibuat oleh PKR. Serangan balas UMNO terhadap moral gabungan pembangkang ditepis oleh PAS. PAS dijadikan perisai untuk menepis serangan moral ke atas Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.


9) Namun apabila pakatan pembangkang semakin kuat mendapat sokongan rakyat dengan berjaya mengambil alih Selangor dan Pulau Pinang, blok Liberal dalam pakatan pembangkang mula tunjuk belang. DAP sah-sah kiri. PKR juga mempamerkan kekiriannya yang tidak sedikit. PAS sebagai parti konservatif dan kanan mula tidak selesa.


10) Dipendekkan cherita, akhirnya Pakatan Rakyat berpecah. Sebahagian pemimpin PAS yang tidak bersetuju dengan konservatism PAS keluar dari PAS dan menubuhkan AMANAH, dan kemudiannya membentuk Pakatan Harapan. 


11) Manakala isu dalaman UMNO juga menyebabkan UMNO berpecah. Perang moral/kepentingan dalam UMNO menyebabkan tertubuhnya parti PPBM. PPBM berpisah daripada UMNO, tidak sama dengan berpisahnya AMANAH daripada PAS. PPBM terhasil daripada perang moral/kepentingan dalaman UMNO, manakala AMANAH terhasil daripada perang ideologi/fikrah dalaman PAS.


12) Untuk menewaskan UMNO/BN sendirian, PPBM merasakan mustahil. Hendak bergabung dengan PAS mungkin ada peluang, tetapi Pakatan Harapan tidak kechil. Ia boleh mencetuskan 3 penjuru yang merugikan mereka dan menguntungkan UMNO. Akhirnya PPBM mengambil keputusan menyertai Pakatan Harapan.


13) Dengan itu, PPBM adalah satu-satunya parti konservatif dalam Pakatan Harapan (PH). Ketika kempen PRU14 berlangsung, saya beberapa kali menyebut, PPBM tidak akan bertahan lama dalam blok Liberal. Selepas PH menang juga saya ulangi kenyataan tersebut dengan memberikan contoh tekanan yang dikenakan ke atas PAS semasa dalam Pakatan Rakyat. Ternyata, akhirnya PPBM keluar PH dan kerajaan PH tumbang.


14) PAS pula setelah tidak bersekongkol dengan PH, PAS lebih bergerak solo tetapi mesra UMNO/BN. PAS tidak join force dengan BN disebabkan luka-luka perang moral/kepentingan masih merah berdarah. PAS keluar dari pakatan PKR dan DAP atas sebab perang ideologi. Maka PAS memilih untuk jadikan PRU14 sebagai medan 3 penjuru sebagai alternatif kepada rakyat.


15) Akhirnya BN tumbang, PAS berjaya menawan Terengganu dan sebahagian besar Kedah. Selebihnya PH menguasai pusat dan negeri-negeri. Dengan penguasaan PH sebagai kerajaan pusat, DS Anwar dibebaskan. DS Anwar mengumumkan untuk menawan negeri-negeri yang belum dikuasai PH pada PRU akan datang.


16) Sepanjang pentadbiran PH yang berhaluan Kiri, banyak isu yang menggugat kerangka bernegara terjadi, sehingga meresahkan pihak konservatif. Pada masa yang sama, serangan pihak konservatif sedikit sebanyak memberi tekanan kepada PPBM yang hanya satu-satunya parti konservatif dalam PH.


17) Isu-isu perkauman sebenarnya dimainkan oleh kedua-dua belah pihak. Tak perlu play victim, kedua-duanya buat benda yang sama. Bezanya, PH busy dengan pentadbiran, tak mampu nak control sentimen yang dimainkan pihak kanan. 


18 ) Isu kedaulatan negara, isu ekonomi, isu agama, isu pendatang, isu Zakir Naik, isu Evangelism, isu Adib dan sebagainya dimainkan secara menyeluruh dan connect every dots to make it a realm yang dipenuhi tekanan ke atas konservatism, Melayu dan Islam.


19) PPBM tak mampu bertahan. Serangan konervatif membuatkannya malu alah. Tambahan pula tekanan dalaman berkisar tentang peralihan kuasa, pertembungan ideologi. Akhirnya PPBM memutuskan untuk keluar PH. Ketika ramai bertanya kenapa PPBM khianat PH? Ketika Bangmat tanya kenapa beliau nampak TS Muhyiddin orang yang sangat baik, boleh khianat PH? Jawapannya adalah ideologi yang tak sama.


20) Sekarang PPBM telahpun join blok Kanan semula. PAS dan UMNO membentuk Muafakat Nasional (MN). Selain penyatuan Melayu/Islam, MN adalah penyatuan konservatif. PPBM pula mahu menguasai blok Kanan melalui Perikatan Nasional (PN), dan semestinya tidak akan dipersetujui oleh UMNO/BN.


21) Jadi pertembungan dalaman blok Kanan, yakni pertempuran moral/kepentingan akan kembali mendominasi blok kanan. Mereka akan alpa dengan kebangkitan semula blok kiri. Mereka tidak mengambil pengajaran bahawa pertembungan moral/kepentingan sesama mereka akan melemahkan blok kanan dalam menghadapi blok Kiri.


22) Cuma sekarang, blok Kiri menghadapi satu masalah lagi dengan adanya Pejuang dan Tun Mahathir yang mempolarisasikan sokongan dalaman PH. PH ada kekuatan untuk menumpaskan blok kanan jika semua mereka bersatu, tetapi kewujudan Tun Mahathir seolah melawan PN - bukanlah kebetulan, tetapi ia adalah salah satu plan yang belum berjaya dibongkar sepenuhnya.


Sekian

Share:

Sunday, November 22, 2020

Akhirnya laungan azan berkumandang di Nagorno-Karabakh


‘SETELAH
 28 tahun akhirnya laungan azan berkumandang di Nagorno-Karabakh’, itu antara isi kandungan ucapan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev ketika mengumumkan kemenangan Azerbaijan yang berjaya mengusir tentera Armenia daripada wilayah Nagorno-Karabakh.

Ucapan penuh bersemangat yang disiarkan secara langsung itu disambut dengan perarakan ribuan rakyat Azerbaijan yang keluar ke jalan raya meraikan kemenangan bersejarah ini sambil mengibarkan bendera Azerbaijan dan Turki.

Dalam masa yang sama tersebar di media sosial video seorang tentera Azerbaijan yang lengkap berpakaian tentera melaungkan azan di atas bumbung sebuah masjid diselangi dengan suara meriam yang kedengaran dari jauh.

Sepanjang hampir 30 tahun wilayah ini berada di bawah penguasaan Armenia, banyak masjid-masjid yang diroboh dan ditinggalkan akibat penghijrahan beramai-ramai etnik Azer ke dalam Azerbaijan.

Namun ketika etnik Armenia meninggalkan Nagorno Karabakh baru-baru ini setelah kembali di bawah penguasaan Azerbaijan, mereka telah membakar rumah-rumah kediaman hingga musnah akibat marah akan kekalahan Armenia mahupun gencatan senjata yang dimenterai.

Imbas kembali punca konflik

Nagorno-Karabakh adalah sebuah wilayah bergunung yang terletak di selatan Qoqaz yang dahulunya berada di bawah Soviet Union. Nagorno dalam bahasa Rusia memberi maksud gunung-gunung, adapun Karabakh memberi maksud taman-taman hitam.

Wilayah ini terletak di tengah-tengah Azerbaijan dan sangat strategik kerana menjadi titik pertemuan antara Empayar Parsi, Rusia dan Uthmaniyyah satu ketika dahulu. Wilayah ini menpunyai penduduk sekitar 150,000 dan 95% penduduknya terdiri daripada etnik Armenia yang berpegang dengan Kristian Armenian Orthodox.

Konflik perebutan wilayah ini bermula seawal 1920an lagi apabila Joseph Stalin menggunakan strategi ‘pecah perintah’ antara etnik yang menghuni di situ bagi mengukuhkan penguasaan Soviet Union ke atas wilayah-wilayah yang berada di bawah takluknya.

Pada tahun 1923, Kerajaan Soviet Union dengan sengaja menempatkan etnik Armenia ke dalam Karabakh yang merupakan sebahagian daripada wilayah Azerbaijan. Dalam masa yang sama, minoriti etnik Azerbaijan dikekalkan dalam wilayah Nakhchivan.

Ketika itu juga, Soviet Union memberikan kuasa autonomi kepada Karabakh yang berada di dalam wilayah Azerbaijan. Ia seolah-olah seperti meletakkan bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa untuk membangkitkan konflik antara Azerbaijan dan Armenia.

Di ambang kejatuhan Soviet Union pada tahun 1988, Kerajaan Soviet Union menyarankan supaya Nagorno-Karabakh dimasukkan ke dalam Armenia atas desakan konsil Armenia yang berada dalam kerajaan Soviet Union.

Ianya dibantah oleh konsil Azerbaijan yang akhirnya membawa kepada pertembungan bersenjata pada tahun 1989 yang mengakibatkan korban di kedua-dua belah pihak. Keadaan bertambah tegang apabila konsil Armenia mengisytiharkan wilayah Nagorno-Karabakh sebahagian dari negara Armenia.

Selepas keruntuhan Soviet Union pada Disember 1991, puak pemisah yang disokong oleh Armenia mengisytiharkan pemisahan Nagorno-Karabakh dari Azerbaijan pada awal tahun 1992.

Armenia mengambil peluang di atas ketidakstabilan politik ini dengan sokongan Rusia menakluk sekurang-kurangya 20% bumi Azerbaijan sehingga mengakibatkan kematian dan penghijrahan ratusan ribu etnik Azerbaijan ke bandar Baku dan kawasan-kawasan lain lagi.

Akhirnya pada tahun 1994, satu gencatan senjata dimeteraikan dalam satu perjanjian damai yang diatur oleh Kesatuan Eropah dengan mewakilkan Perancis sebagai orang tengah. Perjanjian ini turut disertai oleh Amerika Syarikat dan Rusia yang dimeteraikan di Minsk, ibu negara Belarus.

Dalam masa yang sama, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memutuskan bahawa wilayah Nagorno-Karabakh adalah milik Azerbaijan dan mengarahkan Armenia supaya berundur dan menyerahkannya kepada Azerbaijan. Namun keputusan ini tidak diendahkan oleh Armenia.

Konflik terbaru yang tercetus pada 27 September 2020 yang lalu telah memberikan kemenangan yang sangat besar dan bermakna kepada Azerbaijan.

Dengan bantuan serta sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada Turki yang membekalkan peralatan ketenteraan terkini khususnya dron berteknologi tinggi seperti Bayraktar menjadi penentu kepada kemenangan Azerbaijan ke atas tentera Armenia sehingga berjaya mara ke pinggir bandar Stepanakert, ibu negara Nagorno-Karabakh.

Kemaraan ini memaksa Armenia untuk menerima perjanjian gencatan senjata dengan Armenia berserta syarat-syaratnya seperti yang dicadangkan oleh Rusia yang bertindak sebagai orang tengah.

Perang yang berlanjutan selama 44 hari itu telah meragut nyawa tidak kurang daripada 4 ribu orang di kedua-dua belah pihak dan ribuan lagi cedera serta meninggalkan kampung halaman kerana ketakutan. Ianya turut mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan harta benda yang begitu besar

Tamatnya Konflik Nagorno-Karabakh, satu lagi kemenangan tahaluf Turki-Rusia

Kemenangan ini bukan hanya untuk Azerbaijan yang telah lama berjuang mendapatkan haknya yang diakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak sekian lamanya, bahkan juga ia adalah kemenangan tahaluf antara Turki dan Rusia yang terbukti sekali lagi berkesan setelah kejayaan mereka dalam menyelesaikan dan mengurangkan pertembungan serta konflik di Libya dan Syria.

Namun di sebalik semua itu, ia sebenarnya adalah satu tamparan hebat kepada kuasa hegemoni Barat khususnya ke atas Amerika Syarikat dan Perancis yang dilihat terpinggir sekali lagi dalam konflik ini setelah kegagalan mereka dalam konflik di Syria dan Libya.

Kemaraan tentera Azerbaijan dalam membebaskan Nagorno-Karabakh sebenarnya mendapat ‘lampu hijau’ daripada Rusia sebagai satu strategi untuk menekan Armenia bagi menerima syarat-syarat gencatan senjata.

Armenia yang berkiblatkan kepada Barat setelah kejatuhan Soviet Union akhirnya diabaikan oleh ‘tuannya’ kerana sibuk dengan urusan negara masing-masing. Ini terbukti apabila Amerika Syarikat dan Perancis hanya memberikan sokongan moral sahaja kepada Armenia, seolah-olah seperti melepaskan batuk di tangga.

Akhirnya Armenia terpaksa menerima gencatan senjata yang diuruskan oleh Rusia sebagai orang tengah dengan penuh penghinaan. Malah ketika ini, ribuan rakyat Armenia turun ke jalanan menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri dan kabinetnya akibat kekalahan memalukan kepada Azerbaijan.

Beberapa hari lalu, Menteri Luar Armenia, Zohrab Mnatsakanyan telah meletakkan jawatan akibat tekanan dan desakan yang kuat daripada rakyat Armenia. Malah dijangka akan ada lagi perletakan jawatan menyusul selepas ini.

Ramai penganalisa politik antarabangsa merumuskan sebenarnya pihak yang paling besar mendapat manfaat daripada kemenangan dalam konflik ini ialah Turki kerana sekali lagi ia berjaya menyerlahkan dirinya tanpa mengikut telunjuk Barat yang jelas memberikan sokongan kepada Armenia sebagaimana yang ditunjukkan oleh Perancis.

Kebetulan ketika konflik ini berlaku, ia berturutan dengan konflik-konflik sebelumnya iaitu di Syria, Libya dan Greece yang menunjukkan pertembungan jelas antara Turki dan Perancis.

Keuntungan paling besar kepada Turki ialah kejayaannya menghidupkan kembali jalan sutera lama yang rata-rata penduduknya adalah berketurunan Turki. Salah satu syarat genjatan senjata dalam konflik Nagorno Karabakh ialah Armenia mesti memberikan laluan kepada Azerbaijan bagi menghubungkannya dengan wilayahnya yang terpisah iaitu Nakhchivan, sebuah wilayah autonomi.

Ini sudah tentu akan merancakkan lagi ekonomi Turki dan menyerlahkan lagi penguasaannya di Asia Tengah. Justeru tidak pelik jika terdapat beberapa kenyataan daripada negara-negara seteru Turki yang menuduh Turki cuba mengembalikan semula Empayar Uthmaniyyah kerana bimbang dengan pengaruh Turki yang semakin terserlah.

Rusia juga mendapat keuntungan besar dalam konflik ini apabila sekali lagi berjaya mengukuhkan hubungannya dengan Turki. Ini sudah tentu memberikan tamparan hebat ke atas Barat kerana Turki adalah anggota NATO yang mana salah satu tujuan ianya ditubuhkan adalah untuk mengekang pengaruh Soviet Union ketika penubuhannya dan pada ketika ini adalah Rusia.

Dengan pelbagai konflik yang sedang berlaku, peranan serta kerjasama Turki-Rusia telah mula berjaya mengekang kuasa hegemoni barat khususnya Amerika Syarikat dan Perancis. Namun saat ini semuanya tertumpu kepada bakal Presiden Amerika Syarikat yang baharu iaitu Joe Biden.

Joe Biden sudah tentu akan mengubah polisi luar Amerika Syarikat ketika ini dilihat kucar-kacir dan lemah di bawah Donald Trump dan membuatkan Amerika Syarikat hilang pengaruh sebagai kuasa terbesar geopolitik dunia. Apakah Joe Biden akan berjaya menyekat kemaraan Turki-Rusia?

Semoga Islam kembali gemilang dan cemerlang serta berjaya menyatukan sekalian umat dan Dunia Islam.

Islam Memperkukuh Perpaduan.

YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk. –HARAKAHDAILY


Share:

Bukan saja UMNO, tapi semua parti perlu sedar diri


Tan Sri Annuar Musa kata UMNO kena sedar diri. Saya setuju. Bukan saja UMNO, tapi semua parti perlu sedar diri.

UMNO perlu sedar diri bahawa tanpa PAS, mereka sukar untuk menang semula. PAS perlu sedar diri bahawa tanpa UMNO, mungkin Kedah pun akan terlepas dari tangan mereka. PPBM perlu sedar diri bahawa tanpa PAS dan UMNO, mereka akan pupus selama-lamanya.

Tapi apa sebenarnya yang perlu dilakukan UMNO supaya semua orang berpuas hati bahawa mereka sedar diri?

Mereka parti paling besar, tetapi dalam ikatan Muafakat Nasional mereka letakkan diri mereka setaraf dengan PAS sahaja.

Mereka ada akar umbi paling ramai, tetapi mereka tidak pernah tuntut PAS sokong calon mereka sebagai Perdana Menteri seterusnya. Sekurang2nya belum lagi.

Mereka dapat 20.9% undi popular pada 2018 - peratusan paling besar bagi parti persendirian walaupun ketika itu mereka dalam keadaan paling lemah. Tetapi tidak pula mereka tuntut kerusi parti rakan untuk mereka tandingi.

Mereka menang 54 kerusi pada 2018 - menjadikan mereka parti paling besar dalam parlimen. Tetapi mereka juga yang angkat TS Muhyiddin ke posisi eksekutif tertinggi.

Mereka hilang 17 ahli parlimen yang melompat parti. Tetapi tidak pula mereka letak syarat bahawa ahli-ahli parlimen ini perlu kembalikan kerusi sebelum mereka sokong TS Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Malah terdapat cadangan bahawa mereka sudi bagi peluang agar PAS dapat bertanding di majoriti kerusi milik PAN. Walaupun 8 daripada 10 kerusi tersebut, undi kepada BN lebih tinggi daripada PAS
Kalau sekadar ada tuntutan agar parti mereka dilibatkan dengan lebih aktif dalam polisi keselamatan dan kewangan negara, maka itu munasabah. Kalau buruk kerajaan ini, maka buruklah imej mereka.

Dalam Majlis Ekonomi Negara, mana ada wakil UMNO atau PAS? Tetapi apabila ekonomi merudum, rakyat akan menuding jari kepada mereka berdua.

Dalam Majlis Keselamatan Negara, cuma ada seorang wakil UMNO. 4 lagi daripada Bunga Raya. Tetapi apabila MKN tidak melaksanakan kuarantin wajib selepas PRN Sabah walaupun Menteri Kesihatan telah mencadangkannya, yang menjadi kambing hitam adalah UMNO juga.

Sama juga dengan PAS. Jika gagal memperkasa undang-undang syariah, gagal menyelesaikan isu Tabung Haji, maka yang buruk di mata rakyat adalah PAS juga.

Walhal PAS cuma Timbalan Menteri. Dan Timbalan Menteri tiada kuasa untuk mengambil alih atau melangkau kuasa Menteri.

Sebab itu ketika TSMY sakit dahulu, yang memangku tugasnya bukan Azis Jamman tetapi Tun Mahathir sendiri.

Tapi setakat mana rakyat akan faham kekangan dan limitasi dua parti ini?

Ya, semua kena sedar diri. Tapi sampai ke tahap mana kita mahu UMNO (atau mungkin PAS juga) sedar diri?

Adakah sampai mereka semua berbogel pakai spender tengah jalan kibar bendera bunga raya baru kita semua puas hati?

----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu
-MINDARAKYAT
Share:

Pas King-Maker, Penyatu Umno Dan Bersatu?


Menarik sekali pertanyaan-pertanyaan Tan Sri Annuar Musa kepada ahli-ahli UMNO ini:

(1) “Nak tinggalkan PAS tinggalkan BERSATU, nak ambik Anwar dan nak ambik DAP?”
(2) “Seburuk-buruk BERSATU, adakah kita lebih percaya kepada DAP?”
(3) “Kalau dengan PAS yang begitu lama kita bergaduh, kita boleh satukan bila kita buat pendirian, adakah pemimpin-pemimpin kita tak ada will power untuk nak menjelaskan why kita bawak BERSATU sekali?”

SOALAN SHAHRIL SUFIAN HAMDAN (KETUA PENERANGAN UMNO)

“Orang UMNO akan sentiasa tanya perkara ini: Why not hanya UMNO dan PAS sepertimana Muafakat Nasional yang asal? Kenapa perlu kita bawak parti kawan baru kita ni yang kita tahu tak ada cawangan banyak yang kita tahu tak ada ahli banyak dan dipenuhi oleh ahli dan pimpinan asalnya datang daripada parti kita sudah tentu luka itu masih fresh? Why not just UMNO dan PAS?”

JAWAPAN TAN SRI ANNUAR MUSA

“Saya dah kata dalam kajian kita hari tu, UMNO dan PAS ada kekuatan sendiri dan memang boleh menang, tapi tanya PAS: Adakah PAS boleh terima idea hanya UMNO dan PAS dan tinggalkan BERSATU. Saya dah tanya. Malam tadi kita ada mesyuarat Muafakat Nasional. Dalam Muafakat Nasional PAS punya pendirian adalah jelas. Apa dia motto PAS sekarang? “Perkasakan Muafakat Nasional, Pertahankan Perikatan Nasional”. Jelas dasar dia.”

SOALAN SHAHRIL SUFIAN HAMDAN (KETUA PENERANGAN UMNO)
“Jadi option itu tidak wujud dah?”

JAWAPAN TAN SRI ANNUAR MUSA

“Option itu tidak wujud, sebab PAS jelas, dan PAS bukan saja lagi mempertahankan Perikatan Nasional dia sudah menjadi ahli Perikatan Nasional. Jadi kalau PAS dah jadi ahli Perikatan Nasional, ertinya apa? Dia punya pegangan adalah dia tidak akan tinggalkan BERSATU.

Pada masa yang, sama malam tadi pun PAS berikrar sekali lagi mereka jugak tidak mahu meninggalkan UMNO. Apa maknanya? Maknanya PAS berpegang kepada dasar UMNO, PAS dan BERSATU hendaklah bersama.

Kita pulak nak bawak satu pandangan baru, UMNO dan PAS sahaja, satu group. Satu group lagi ialah tak kiralah kalau PAS tak hendak, BERSATU tak hendak, kita ambik Anwar Ibrahim dan DAP. Yang mana satu kita nak pakai ni?

Nak pilihan raya cepat, boleh buat pilihan raya cepat, but we must be certain yang mana satu roadmap dia. Saya tak tahu pendapat saya lebih popular kah pendapat yang nak bawak Anwar Ibrahim dan DAP lebih popular. Kita belum uji, Ped, sebab saya belum berkempen, saya cuma buat kerja sebagai Setiausaha Agung. Tapi kalau nak bertempur antara pilihan ini, silakan, and then kita akan mintak daripada grassroot betul-betul.

Orang UMNO jawablah: Nak tinggalkan PAS tinggalkan BERSATU, nak ambik Anwar dan nak ambik DAP? Ataupun seorang kata, “Oh dah DAP tu dia sokong saya buat kerajaan tapi dia tak ada dalam Kabinet, Kabinet ni hanyalah kabinet orang Melayu saja”. Jadi orang DAP cerdik, dia tak ada jalan lain dia boleh pecahkan kekuatan Melayu ini maka dia gula-gulakan. Dia kata, “Tak apalah, kami tak pegang jawatan dalam Kabinet”. Tapi kerajaan itu terbentuk daripada bilangan dia. Sampai masa, kalau dia tarik, jatuh. Bila jatuh, UMNO dah hilang kawan.

Seburuk-buruk BERSATU, adakah kita lebih percaya kepada DAP? Tanya diri.
Sebab itu pada saya, sekarang nampaknya ada tiga versi.

Satu, versi saya, mungkin orang kata tak popular dan ramai lagi kawan-kawan yang lain tapi silent majority, yakni bersatulah Melayu, UMNO memimpin penyatuan. UMNO bersama dengan PAS dan berkongsi jugak pandangan PAS, iaitu BERSATU mesti bersama. Ok, itu A.

Yang B, orang kata, biar UMNO dengan PAS sahaja. Bagi saya, jawapannya sudah ada, sebab saya sendiri tanya, Ped pun ada dalam mesyuarat semalam. PAS sudah beri jawapan, PAS nak cara yang pertama, not cara yang kedua.

So kalau kita tak ada PAS, maka versi yang ketiga, DAP dan Anwar Ibrahim. Kita tanyalah ahli-ahli grassroot. Yang mana satu?

Tapi, pada saya, bila kita pemimpin buat satu keputusan, kitalah kena menerang kepada ahli kita. Kita tak boleh tengok ahli suka apa nak ikut kehendak ahli. Ahli UMNO di Terengganu pemikiran tak serupa dengan ahli UMNO di Kelantan sebab dia ada latar belakang yang berbeza. Ahli UMNO di Johor tak serupa dengan pemikiran ahli UMNO di Kelantan, dia ada latar belakang berbeza. Di Selangor berbeza lagi. Jadi keadaan itu tak sama.

Tapi kitalah pemimpin, kita kena buat satu pendirian yang tegas, pendirian yang jelas, kemudian kita mesti ada will power dan political will untuk kita berdepan dengan penyokong-penyokong kita dan justify.

Waktu kita nak kerjasama dengan PAS, berapa ramai yang kondem? Saya masih terngiang-ngiang dalam telinga saya beberapa pemimpin kanan kondem kita kerana kita kerjasama dengan PAS. Orang-orang besar yang kita ambil letak di atas, tak terima kerjasama dengan PAS. Ada sampai hari ini masih belum terima lagi kerjasama dengan PAS. Kita jalan jugak, akhirnya kita buat Muafakat Nasional, pun orang UMNO kondem.

Tapi akhirnya kita terus terang, kita terang, kita terang. Sekarang ini rasanya majoriti rakyat sudah senang hati bekerjasama dengan PAS. Kita dah macam dah rasa macam adik beradik dah dengan PAS. Kita boleh bertukar-tukar pandangan dengan PAS, ya. Jadi berbeza tu dengan keadaan yang dulu. Serupa jugaklah BERSATU ni lagi lah pulak.

BERSATU ni baru berapa hari umur dia? Bergaduh pun baru berapa tempat je kita bergaduh dengan BERSATU? Kalau dengan PAS yang begitu lama kita bergaduh, kita boleh satukan bila kita buat pendirian, adakah pemimpin-pemimpin kita tak ada will power untuk nak menjelaskan why kita bawak BERSATU sekali? Sedangkan parti dah buat keputusan, we are part of Perikatan Nasional.

Pada saya, itu bukan satu masalah yang terlalu besar, yang penting jangan flip-flop, jangan sekali tukar, sekali tukar, sekali tukar. Buat pendirian, draw the roadmap, set the dateline bila nak pilihan raya, set siapa dia partner-partner kita, then we move forward.”

Sumber: Wawancara CEPUMAS Ketua Penerangan UMNO bersama Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa, 19 November 2020.

-MINDARAKYAT
Share:

Larangan jual alkohol selaras usaha bina insan

KUALA Lumpur sedang menuju ke satu tamadun yang bakal dicontohi dalam lipatan sejarah manusia atas intervensi mengurus aktiviti peminuman alkohol. Ia akan mewujudkan citra kesejahteraan yang selari dengan wajah sebenar Malaysia, sebuah negara majmuk tetapi harmoni kerana saling menghormati ini.

Advertisement

Pentingnya langkah seperti ini banyak dikemukakan oleh tokoh ulamak, Ibnu Khaldun dalam karyanya Muqaddimah yang terkenal dan menjadi rujukan fakulti sosial dan politik di seluruh universiti dunia. Ibu Kota Malaysia kini sedang meniti peradaban yang akan menebarkan kebaikan ke setiap pelusuk negara ini, bahkan dunia.

Tahniah atas tajdid penuh hikmah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa. Usaha menangani isu berkaitan minuman memabukkan ini telah disusun teratur sejak Perikatan Nasional mengambil alih teraju negara.

Ia berlatarbelakangkan pengajaran panjang yang telah ditempuh negara ini dalam menyaksikan buruknya kesan telah disebabkan oleh minuman tersebut. Ia ternyata merekodkan statistik yang banyak meruntuhkan kehidupan, sosial dan kemasyarakatan. Hatta antara ‘pembunuh’ yang menghilangkan nyawa rakyat pertiwi ini.

Dalam beberapa tahun ini sahaja, negara mencatatkan insiden-insiden mengejutkan berakibat dari pemandu mabuk yang menyebabkan kecelakaan di jalan raya. Malangnya, nyawa mereka yang tidak terlibat menjadi mangsa. Bayangkan pula trauma kepada keluarga yang ditinggalkan.

Langkah ini juga selari tindakan kerajaan diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang meluluskan pindaan berkaitan hukuman berkaitan kesalahan mengenainya dalam Akta Pengangkutan. Kami berharap, akan berlaku lagi pindaan kepada akta lain untuk menjadikan kawalan ini lebih komprehensif.

Kami juga menyeru usaha seumpama ini turut digerakkan untuk pelaksanaan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara. Ketika sama, kementerian dan agensi berkaitan diminta menggiatkan peranan untuk terus menerus menyedarkan masyarakat terhadap keburukan minuman keras ini.

Kepada suara-suara bantahan yang sudah mula tampil, kami menyeru untuk kita duduk berdialog secara matang. Kami tidak melihat suara-suara yang dikemukakan itu mendukung isu ini sebagai pembela kepada kebudayaan mahupun adat resam sesuatu kaum. Tetapi lebih berpihak kepada kepentingan perniagaan.

Ya, kita akui adanya pihak bergantungan survival kehidupannya kepada perniagaan berkaitan minuman keras. Tetapi ia harus diurus dengan pertimbangan yang sesuai keperluan, hak dan budaya disebalik segala sensitiviti sedia wujud disekeliling kita atas rasa meraikan penuh hormat. Kami yakin, kalian boleh bersetuju dengan kami.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

DR ROSNI ADAM
Timbalan Ketua
Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan – HARAKAHDAILY

Share:

Larangan jual arak akan diperluas ke negeri lain


KOTA BHARU: Kerajaan tidak menolak kemungkinan memperluaskan pengharaman jualan arak di kedai serbaneka dan kedai runcit di negeri selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata kerajaan menerima komen positif daripada masyarakat merentasi kaum berhubung langkah itu yang dijangka dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bermula Oktober tahun depan.

“Hingga ke tarikh ini kita hanya mengehadkan pengharaman jualan arak ini di Wilayah Persekutuan, namun kita tidak menolak kemungkinan akan diperluaskan ke tempat-tempat lain,” katanya kepada pemberita pada  Majlis Penyerahan Kunci Rumah Program Inspirasiku MyHaus di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia hari ini.

Advertisement

Pada majlis itu,  beliau menyerahkan kunci rumah kepada ibu tunggal Rashidah Semail, 48, dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa di sini.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata pihaknya juga menerima aduan daripada pekerja kedai serbaneka yang terpaksa menjual arak.

“Sebenarnya negara kita agak terkebelakang  dari sudut pengawalan penjualan minuman keras ini dan jika kita tengok negara jiran kita seperti Singapura, undang-undang mereka lebih ketat dan ada had-had dan masa-masa tertentu.

“Bagaimanapun, ini permulaan yang sangat baik walaupun hanya dilaksanakan di Wilayah Persekutuan dahulu,” katanya, menambah langkah itu juga bukan agenda politik. – BERNAMA

Share:

Saturday, November 21, 2020

Enam aplikasi disiasat salahguna data peribadi


PUTRAJAYA: Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah membuka kertas siasatan terhadap enam aplikasi dalam talian Pemberi Pinjam Wang (PPW) tidak berlesen yang disyaki melakukan penyalahgunaan data peribadi. 
Enam aplikasi tersebut adalah Asialend, Dreamlend, iPayfren, iPinjaman, Helplend4u dan GoCash4u.

JPDP dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kertas siasatan dibuka dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengikut Seksyen 5 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].

Menurut JPDP, entiti berkenaan boleh didenda maksimum RM300,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Advertisement

“Kesemua aplikasi dalam talian PPW ini didapati telah mengakses dan menyalin maklumat lain termasuk data peribadi tidak berkaitan dengan urusan pinjaman tanpa kebenaran peminjam,” menurut kenyataan itu.
 
Dalam pada itu, peminjam yang data peribadinya telah disalahguna oleh aplikasi dalam talian PPW tidak berlesen diminta menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JPDP melalui e-mel penguatkuasaan@pdp.gov.my atau Sistem Perlindungan Data Peribadi (daftar.pdp.gov.my) bagi membantu siasatan.

JPDP juga mengesyorkan rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati apabila membuat pinjaman secara dalam talian terutamanya semasa memberikan persetujuan terhadap aplikasi yang telah dimuat turun bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mempunyai akses tidak sepatutnya.

Semua peminjam dinasihati membuat semakan terlebih dahulu dengan Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengetahui status pendaftaran PPW berkenaan. – BERNAMA

Share:

Menggamit memori indah zaman kanak-kanak


APABILA mengenangkan zaman kanak-kanak, pastinya kita akan tersenyum sendiri. Kisah lucu menggamit memori. Bermain dan meneroka tanpa sempadan, tanpa perlu memikirkan hal orang lain, negara, mahupun dunia. Cukuplah dengan ‘dunia ciptaan sendiri’ yang penuh dengan keseronokan dan kegembiraan.

Advertisement

Saat itu tiada istilah stress mahupun tekanan perasaan, yang ada cuma rasa sedih atau takut dimarahi ibu ayah dek kerana balik rumah hampir Maghrib. Syok sangat bermain ‘cop tiang’ , ‘konda kondi’, ‘teng teng’ atau ‘pondok-pondok’ tak ingat dunia.

Paling seronok bila dapat main pondok-pondok macam real situation. Cari kayu kecil-kecil dan periuk belanga yang sudah tidak digunakan. Pasang api betul-betul dan masak. Berpondok di bawah pokok kelapa kecil. Dahaga, kait sahaja buah sendiri. Meneguk beramai dengan kawan-kawan jiran sebelah. Begitulah memori kanak-kanak kita dahulu. Terlalu indah bila dikenang.

Itu cerita kita, bagaimana pula dengan mereka yang berbeza kisah zaman kanak-kanaknya?

Diuji sejak dari kecil, membekas sehingga dewasa. Masalah keluarga, kemiskinan, ketinggalan pembelajaran, tiada ibu bapa, malah dibuang oleh masyarakat. Muhasabah seketika jika memikirkannya dalam-dalam. Apa agaknya perasaan mereka ketika itu? Semoga asbab mendapat Syurga.

Ditakdirkan Allah S.W.T semasa sudah bekerja, seorang kanak-kanak perempuan datang meluahkan. “Saya stress hari ni, nak rehat”. Saat itu terus tersentak. Hebat sungguh ujian beliau, agaknya ramai kanak-kanak sekarang diuji begitu. Ditambah pula dengan ujian norma baru, bukan ibu bapa sahaja diuji, anak-anak juga turut sama. Sebab apa agaknya? Adakah kerana tatapan teknologi era revolusi digital yang terlalu canggih, bebas malah ada terlebih ekstrem?

Hari ini, 20 November setiap tahun merupakan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Oleh itu,  jangan sesekali kita lupa kepada aset negara dan ummah ini. Kerana tanpa mereka hari ini, tiadalah pemimpin yang baik akan datang. Seperti kata-kata masyhur Imam Al-Ghazali:

“Jika kamu ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah keadaan generasi mudanya yang ada sekarang.”

Wujudnya generasi muda yang berkobar semangatnya untuk agama dan ummat, datangnya dari didikan sejak kecil. Seandainya dari kecil kita sudah pahatkan dasar iman dan amal di samping ilmu pengurusan diri, menyedarkan anak-anak mengenai hakikat kehidupan semata-mata beribadah kepada Allah S.W.T, in sha Allah masa depan mereka akan lebih cerah.

Jika kita sudah terlanjur mendidik dengan cara tidak sepatutnya, tidak mengapa, masih ada masa. Bagaimana pengakhiran hidup mereka bukan ketentuan kita, semua atas tadbir Allah Yang Esa.

Indah di firman Allah S.W.T kepada hamba-Nya:

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).”
(al-Qamar: 49)

Dalam dunia yang sangat mencabar, didoakan semoga ibu bapa dan para guru terus cekal mendidik kanak-kanak yang digelar sebagai generasi alpha. Teruslah mendidik tanpa jemu berbekalkan panduan Al-Quran dan Sunnah yang diwasiatkan oleh baginda Rasulullah S.A.W untuk umatnya. Amin.

Selamat Menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia 2020!

AQILA ABD – HARAKAHDAILY

Share:

Lulus Belanjawan 2021 dan tolak pemimpin yang kacau

BELANJAWAN Negara 2021 bertemakan ‘Teguh Kita Menang Bersama’ telah selamat dibentangkan oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada hari Jumaat 6 November lepas. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memperuntukkan RM322.5 bilion iaitu RM236.5 untuk belanja pengurusan manakala RM69 bilion untuk belanja pembangunan bagi tahun 2021.

Inilah belanjawan yang mana Yang di-Pertuan Agong mengharapkan agar dapat diluluskan tanpa banyak ‘politiking’ semoga kerja-kerja menangani pandemik COVID-19 akan terlaksana dan usaha memulihkan semula ekonomi negara mendapat tumpuan. 

Beberapa minggu ini sedang berlangsung perbahasan sebelum pengundian peringkat dasar dilaksanakan pada 26 November nanti. Adakah ianya akan disokong oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat atas semangat titah Yang di-Pertuan Agong atau ditolak sehingga mencetuskan krisis keyakinan buat Kerajaan Persekutuan, tidaklah dapat dipastikan. Yang jelas rakyat jelata yang sedang tertekan kesan dari pandemik COVID-19 ini sangat mengharapkan agar fokus dapat diberikan terhadap mengawal pandemik ini selain memulihkan ekonomi negara termasuklah membela nasib jutaan rakyat yang terjejas.

Advertisement

Rakyat sudah bosan dengan kerenah berpolitik berpanjangan orang-orang politik kerana ia tiada manfaat buat mereka sedang mereka berhadapan dengan tekanan hidup yang sangat mencabar.

Sejurus Menteri Kewangan selesai membentangkan cadangan Belanjawan Negara 2021, Ahli-ahli Dewan Rakyat kini berpeluang membahaskannya, menyatakan sokongan, membuat teguran, menzahirkan cadangan malah mereka juga diberi hak mengkritik dan menentang.

Pasti kini rakyat mengikuti dengan rapat perkembangan di Parlimen, di sinilah Ahli-ahli Parlimen yang matang dan bertanggungjawab akan mengambil kesempatan menyumbang ke arah memakmurkan negara dengan cadangan dan hujah yang bernas. 

Untuk menang bersama wajarlah kita menyarankan perkara-perkara yang positif dan konstruktif agar negara dapat dipandu keluar dari tekanan pandemik ini. Ini tanggungjawab kita bersama.

Giliran pertama membahaskan belanjawan ini diberikan kepada Ketua Pembangkang Dewan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ya orang yang sama yang pada 22 September lalu mengisytiharkan yang Kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh kerana beliau ketika itu memiliki sokongan ‘strong, formidable and convincing numbers’ dari Ahli-ahli Parlimen .

Menurut Anwar ketika itu, Kerajaan Perikatan Nasional sudah hilang kuasa dan dengan sokongan yang kononnya ada pada beliau, beliau akan ke Istana Negara menuntut agar kerusi Perdana Menteri diserahkan padanya.

Tiba-tiba 9 November lalu tanpa sedikit pun perasaan bersalah, tokoh yang dakwa dirinya PM ke-9 Malaysia itu, muncul di bangku pembangkang membahas belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan yang kononnya telah beliau tumbangkan pada 22 September.

Mana pergi ‘strong, formidable and convincing numbers’ yang Anwar dakwa beliau miliki itu? Kenapa Anwar masih Ketua Pembangkang dan bukan PM ke-9?

Adakah seluruh Malaysia telah bulat-bulat diperdaya Anwar dan konco-konconya pada 22 September lalu? Sekutunya DAP dan PAN yang sepatutnya membentuk kerajaan baru dengan beliau sebagai PM turut kelihatan bersahaja selamba bertenggek di bangku pembangkang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Inikah jenis pemimpin yang boleh kita harapkan untuk membela dan memimpin kita, membangunkan negara dan memelihara keselamatan dan kedaulatannya?

Malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengikut laporan menyatakan bahawa tindakan Anwar yang berulang kali mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri telah menyebabkan rakyat khuatir sama ada Ahli Parlimen Port Dickson itu menerima atau tidak kebenaran sebenar.

Tun Dr Mahathir cukup meragui kemampuan dan kelayakan Anwar sehingga dalam laporan yang sama beliau dipetik berkata tidak tahu bagaimana penilaian yang mungkin dibuat oleh rakyat terhadap Anwar bagi menerajui negara. 

Menurut Tun: “Jelas dalam krisis kewangan 1997 hingga 1998, Anwar tidak berkeupayaan. Terpulanglah kepada kita untuk menilai sama ada beliau mempunyai keupayaan untuk mentadbir negara dengan baik.”

Dan Tun memang layak memberi ulasan sedemikian kerana ketika itu beliau PM sedangkan Anwar Timbalannya dan juga Menteri Kewangan. Tun kemudiannya telah memecat dan melucutkan jawatan Anwar.

Kerana itu cukup-cukuplah kita dibuai dengan mimpi dan janji-janji kosong Anwar kerana ternyata beliau telah pernah gagal sebelum ini dan kini pun beliau terus gagal dengan memperdayakan rakyat dan dunia bahawa beliau kononnya mempunyai cukup sokongan untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru menggantikan Muhyiddin. Negara dan dunia kini berhadapan dengan krisis ekonomi yang tidak menentu akibat pandemik COVID-19.

Padanlah Anwar duduk di bangku pembangkang dan menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen, jangan lagi cetuskan ketegangan dan suasana cemas dalam negara, sebab nasib dan masa depan negara lebih penting dan utama dari agenda peribadi beliau yang tidak jemu-jemu tergilakan jawatan tertinggi negara itu.

Demi membina negara yang kukuh dalam suasana krisis ini ayuhlah kita semua dari pelbagai latarbelakang politik bangkit dengan teguh bagi menyusun kemenangan bersama. 

Ini bukan masanya bertelagah, berporak-peranda dan beradu-domba. 

Tolak tepi segala yang merugikan rakyat dan negara sebaliknya marilah kita bersama berpadu tenaga. Malaysia perlu diselamatkan dari ancaman COVID-19 ini dan juga diselamatkan dari barisan pimpinan yang turut mahu merosak dan mencederakan kita semua.

Kekal selamat, selamatkan Malaysia untuk kita kembali tenang dan tenteram bebas dari COVID-19 dan bebas dari politik yang curang dan penuh dengan tipu-daya.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY

Share:

Pemerintahan PAS terajui pentadbiran contoh


PEMERINTAHAN kerajaan yang ditadbir oleh PAS sentiasa menjadi peneraju hal ehwal kebajikan rakyat di mana pelaksanaannya telah menjadi sejarah penting serta dicontohi pula di negeri lain, bahkan hingga ke peringkat Persekutuan.

Jika selama ini Kerajaan Negeri Kelantan memimpin pelaksanaan cuti bersalin, cuti untuk isteri kematian suami, bantuan kewangan untuk golongan miskin, armalah, anak yatim, warga emas dan pemimpin keagamaan. Kini, langkah seumpama telah meluas dipolisikan pihak kerajaan lain, bahkan swasta.

Terkini, Kerajaan Negeri Kedah dan Kerajaan Negeri Terengganu yang juga dipimpin PAS merintis lagi inisiatif-inisiatif diharap bakal diikuti pihak lain akan datang. 

Advertisement

Kedah telah mengumumkan Kawasan Bebas Berniaga dalam usaha menangani impak ekonomi dihadapi rakyat dalam era mencabar COVID-19 kini. Inisiatif itu diperluaskan di seluruh negeri itu untuk tempoh setahun dan percuma pula. Ia benar-benar sangat membumi atas realiti sedang dihadapi rakyat ketika ini. Kedengarannya, inisiatif ini menjadi minat banyak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri lain untuk turut melaksanakannya.

Terengganu pula semalam mengumumkan kelulusan pemberian pencen bulanan RM50 kepada warga emas di negeri itu yang tidak mempunyai pencen atau bantuan daripada pihak lain. Ia bukan sahaja satu bentuk kebajikan, bahkan penghargaan sebagaimana pernah dibuat pemerintahan Saidina Umar al-Khattab.

Saya berharap, usaha dilaksanakan kepada rakyat seumpama ini menjadi budi yang diteladani pihak-pihak berkemampuan baik syarikat mahupun individu untuk kita meluaskan khairiah. Kita harus percaya bahawa kebaikan sesama insan ini selari dengan sifat Penyayang Allah S.W.T. 

Kita berharap, dengan amalan kecil seumpama inilah akan menjadi asbab Allah mengangkat kebimbangan dan ketakutan kita atas COVID-19 yang melanda dunia kini dan kita semua diselamatkan dari segala malapetaka.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

“Memimpin Negara”

IR. TS. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Ketua Pemuda Perikatan Nasional – HARAKAHDAILY 

Share:

Thursday, November 19, 2020


 

Share:

Wednesday, November 18, 2020

Tiada sebab tolak Belanjawan 2021


KUALA LUMPUR: Tiada keperluan Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan 6 November lalu, ditolak oleh mana-mana pihak, kata Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed.

Menurut beliau, belanjawan negara boleh diperbaiki dari semasa ke semasa ketika sesi perbahasan Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Justeru itu, peluang untuk memberi pandangan-pandangan balas mengenai Belanjawan 2021 perlu dimanfaatkan ketika ini sekiranya terdapat aspek-aspek yang perlu dibaiki.

Jangka Anuar Shah, akan berlaku beberapa pindaan terhadap belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz itu.

Advertisement

“Antara contoh yang boleh dilihat adalah pengumuman i-Sinar semalam oleh Kementerian Kewangan (MoF) bagi membantu tiga kelompok yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Begitu juga aspek-aspek lain termasuk lanjutan moratorium dan penjelasan berhubung peruntukan khas kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Saya tidak nampak ada sebarang keperluan untuk menolak bajet tersebut selepas kerajaan mengambil kira pandangan Ahli-ahli Parlimen ketika berbahas di dalam Dewan Rakyat.

“Sebab, kita lihat ia boleh diselesaikan dalam masa beberapa minggu sepanjang pembentangan Belanjawan 2021,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung desakan pihak tertentu yang mengugut untuk menolak Belanjawan 2021 sekiranya kerajaan tidak mematuhi kehendak yang diperjuangkan mereka.

Belanjawan boleh ditambah baik

Mengulas lanjut, kata Anuar Shah, beliau yakin, terdapat beberapa penambahbaikan yang akan dilakukan kerajaan di dalam Belanjawan 2021.

“Itu pandangan saya, tidak ada keperluan bajet ditolak sekiranya perkara yang dituntut Ahli-ahli Parlimen dipertimbangkan kerajaan, contohnya pengumuman i-Sinar.

“Kita jangka, ada beberapa pengumuman lain yang akan dibuat selepas ini sewaktu penggulungan, akan ada beberapa perkara yang ditambah baik,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

i-Sinar adalah contohnya

Program i-Sinar adalah kesinambungan kepada program i-Lestari yang dilancarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Mac lalu.

Ia bagi menambah baik inisiatif pengeluaran Akaun 1 secara bersasar dan dijangka memanfaatkan dua juta pencarum KWSP yang terkesan iaitu golongan yang telah kehilangan pekerjaan, pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama dua bulan berturut-turut atau pekerja yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan.

Program i-Sinar akan berjalan serentak dengan beberapa lagi inisiatif dan bantuan menerusi KWSP, termasuk program i-Lestari dan pengurangan caruman bulanan oleh pekerja yang telah diumumkan dalam PRIHATIN dan Belanjawan 2021

Di bawah i-Sinar, syarat pengeluaran adalah terbahagi kepada kategori simpanan Akaun 1 RM90,000 ke bawah serta kategori simpanan Akaun 1 melebihi RM90,000.

Bagi ahli KWSP yang memiliki simpanan Akaun 1 RM90,000 ke bawah, ahli boleh membuat pengeluaran secara beransur selama enam bulan sehingga maksimum RM9,000; dengan pengeluaran pertama sehingga RM4,000.

Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM1,000 sebulan.

Buat kategori ahli yang mempunyai jumlah simpanan Akaun 1 yang melebihi RM90,000, ahli dibenarkan mengeluarkan secara ansuran selama enam bulan sehingga maksimum RM60,000 (tertakluk kepada jumlah simpanan); dengan pengeluaran pertama sehingga RM10,000.

Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM10,000 sebulan.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM10,000

Bagaimanapun, kata Anuar Shah, melalui tinjauannya, rakyat masih mahukan pengeluaran RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP walaupun i-Sinar telah diumumkan.

Justeru itu, beliau berpandangan bahawa kerajaan perlu mempertimbangkan perkara tersebut semasa penggulungan belanjawan untuk memberikan lebih ruang kepada pencarum KWSP untuk mengeluarkan wang tersebut.

Sehubungan itu, kemungkinan kerajaan juga perlu mengkaji jumlah yang lebih sesuai dengan situasi yang dihadapi rakyat untuk memberikan ruang kepada pencarum KWSP membuat pengeluaran yang lebih tinggi sehingga RM10,000 bagi membantu mereka yang terjejas.

Hal ini kerana, kata Anuar Shah, situasi semasa mendesak rakyat mengeluarkannya terutamanya demi menyara kehidupan berkeluarga. – HARAKAHDAILY 

Share:

Program i-Sinar benar pencarum keluar Akaun 1


Sumber foto odisi.my/blog

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pencarum yang kehilangan sumber pendapatan mengeluarkan wang dari akaun satu sehingga RM60,000 menerusi program i-Sinar.

Langkah berkenaan dibuat bagi memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19.

i-Sinar juga merupakan program kesinambungan kepada program i-Lestari (pengeluaran simpanan Akaun 2) yang dilancarkan KWSP pada Mac lalu.

Advertisement

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata, i-Sinar akan memberi manfaat kepada dua juta ahli dengan anggaran sebanyak RM14 bilion kepada pencarum yang layak memohon.

“Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam akaun satu, tertakluk kepada baki minimum RM100.

“Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah dalam akaun satu, akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000.

“Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

“Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam akaun satu, akan mempunyai akses 10 peratus.

“Bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kata Tunku Alizakri permohonan boleh dibuat mulai Disember depan dan amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. – HARAKAHDAILY

Share:

Tuesday, November 17, 2020

Pembangkang tidak sehaluan bahas bajet

ALOR SETAR: Pembangkang Dun Kedah dianggap tidak sekata dan bercanggah antara satu sama lain ketika membahas anggaran Bajet Kedah 2021.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, mereka seperti tiada sekata dan ada dalam kalangan mereka mencadangkan projek-projek ditangguhkan, ada yang bersetuju diteruskan.

“Yang hairan Adun yang minta ditangguhkan itu dahulu antara yang kuat mencadang agar projek itu dilaksanakan,” katanya pada sidang media sempena persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga pembangkang mengkritik berkenaan projek berimpak tinggi yang menjadi tumpuan di Kedah sekarang.

Advertisement

“Namun kebiasaan pembangkang antaranya menimbulkan pertikaian dan keraguan terhadap bajet yang dibentangkan pihak kerajaan.

“Antara soalan yang mereka ajukan, mereka sendiri tahu jawapan sebab hampir kesemua Adun Pembangkang Pakatan Harapan (PH) pernah menjadi Exco dan yang pernah menjadi Menteri Besar,” katanya. – HARAKAHDAILY

Share:

Kawasan bebas berniaga diperluas ke PBT lain


ALOR SETAR: Pembangkang Dun Kedah dianggap tidak sekata dan bercanggah antara satu sama lain ketika membahas anggaran Bajet Kedah 2021.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, mereka seperti tiada sekata dan ada dalam kalangan mereka mencadangkan projek-projek ditangguhkan, ada yang bersetuju diteruskan.

“Yang hairan Adun yang minta ditangguhkan itu dahulu antara yang kuat mencadang agar projek itu dilaksanakan,” katanya pada sidang media sempena persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga pembangkang mengkritik berkenaan projek berimpak tinggi yang menjadi tumpuan di Kedah sekarang.

Advertisement

“Namun kebiasaan pembangkang antaranya menimbulkan pertikaian dan keraguan terhadap bajet yang dibentangkan pihak kerajaan.

“Antara soalan yang mereka ajukan, mereka sendiri tahu jawapan sebab hampir kesemua Adun Pembangkang Pakatan Harapan (PH) pernah menjadi Exco dan yang pernah menjadi Menteri Besar,” katanya. – HARAKAHDAILY

Share:

Pembangkang tidak sehaluan bahas bajet


ALOR SETAR: Pembangkang Dun Kedah dianggap tidak sekata dan bercanggah antara satu sama lain ketika membahas anggaran Bajet Kedah 2021.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, mereka seperti tiada sekata dan ada dalam kalangan mereka mencadangkan projek-projek ditangguhkan, ada yang bersetuju diteruskan.

“Yang hairan Adun yang minta ditangguhkan itu dahulu antara yang kuat mencadang agar projek itu dilaksanakan,” katanya pada sidang media sempena persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga pembangkang mengkritik berkenaan projek berimpak tinggi yang menjadi tumpuan di Kedah sekarang.

Advertisement

“Namun kebiasaan pembangkang antaranya menimbulkan pertikaian dan keraguan terhadap bajet yang dibentangkan pihak kerajaan.

“Antara soalan yang mereka ajukan, mereka sendiri tahu jawapan sebab hampir kesemua Adun Pembangkang Pakatan Harapan (PH) pernah menjadi Exco dan yang pernah menjadi Menteri Besar,” katanya. – HARAKAHDAILY

Share:

Bayar RM4 juta tulisan kecik? Bayar RM500 ribu tulisan besaq di jersi?

 Bayar RM4 juta tulisan kecik? Bayar RM500 ribu tulisan besaq di jersi? 

Awat jd lagu ni? Buat kerja bg betoi!

Marah YB Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmud hari ni dalam sidang DUN Kedah.

Lebih malang tulisan penaja di belakang jersi tiada dalam rekod! Tak bayaq pun blh ada nama di jersi ka?




Share:

Isu penajaan KFA harus disiasat





 "Isu penajaan KFA harus disiasat"


Berikutan pendedahan oleh Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Kedah, YB Mohd Firdaus Ahmad berkata, wujud unsur-usur CBT atau pecah amanah di dalam pengurusan KFA terdahulu haruslah tidak dipandang ringan.


Mengikut laporan yang didedahkan oleh YB Exco, terimaan kewangan melibatkan penajaan ke dalam akaun KFA adalah seperti berikut; 


- Chenang Bay: RM500 ribu

- Football Republic: RM0 

- PKNK: RM4.5 juta 


Adalah tidak munasabah apabila " penaja besar" iaitu Chenang Bay yang dicetak di bahagian hadapan baju hanya direkodkan membuat pembayaran  sejumlah RM500ribu berbanding RM4.5 juta yg dibayar PKNK yg dicetak kecil di bahagian bahu.


Maklumat yg didedahkan oleh Yb Exco di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tadi, ialah tidak  ada sebarang pembayaran diterima daripada pihak Football Republic.


Antara kes yg akan dirujuk mengikut kesalahan pecah amanah lain antaranya;

- pemotongan gaji player tetapi tidak membuat pembayaran LHDN, ini adalah penganiayaan terhadap pemain dan di dalam masa yang  sama adalah tindakan lari daripada membayar cukai.


- Pembelian meragukan lambakan baju. 

- Pembelian meragukan merchandise tidak dimasukkan dlm mesyuarat eksekutif 


Manakala keseluruhan hutang yg ditinggalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan di KFA ialah RM14.9 juta, yang antara lain melibatkan tunggakan beberapa bulan gaji pemain dan staff  serta beberapa perkara lain



Share:

Monday, November 16, 2020

Johari Abdul prihatin kepada Kedah, ‘pukul’ Selangor!

Johari Abdul prihatin kepada Kedah, ‘pukul’ Selangor!

Dalam sesi soalan mulut pagi ini di sidang Dun Kedah, Adun PKR-Gurun, Dato’ Johari Abdul mahu kerajaan negeri prihatin terhadap pencemaran air kesan daripada sisa kilang.

Namun dalam masa yang sama, Johari ‘hentam’ krisis air di Selangor yang dianggap sebagai satu malapetaka luar biasa dan puji Kedah sebab keadaan air masih baik katanya.

Petikan ucapan Johari:

“Kalau kita melihat apa yang berlaku di Selangor satu malapetaka yang luar biasa hampir setiap bulan.

Akan ada shut down air kerana apa yang berlaku di Selangor itu kebanyakkanya daripada kumbahan dan air lalu dari kilang dan sebagainya. 

Kita masih lagi bernasib baik kerana air kita cantik, tapi sedarkah kerajaan bahawa pertumbuhan kilang-kilang di sekitar kawasan-kawasan di lalui oleh sungai-sungai ini makin hari makin banyak, soalanya pengurusan kilang ini di bawah PBT dan saliran di bawah JPS. 

Sejauh  manakah kerajaan ada rekod bahawa kilang ABC ada lesen, DEF tiada lesen?”

Exco kerajaan, Dr. Robert Ling Kui Ee menjawab perkara itu akan diselaraskan bersama Jabatan Alam Sekitar.
Share:

Wednesday, November 11, 2020

Jangan bongkak bila ada negeri diuji dengan masalah air

Bila Tuhan nak uji, negeri mewah kaya meliana pun rakyat kena beratur tadah air. Sebab itu bilamana ada negeri miskin yang diuji dengan masalah bekalan air, kita jangan bongkak dan sombong duk troll orang. 


Kritikan tak ada masalah - untuk sama-sama baiki. Tetapi apabila kritik dan troll terselit dengan unsur bongkak dan sombong, Tuhan marah. Tuhan benci akan orang-orang yang sombong.


Jangan bongkak wahai kamu, kami dan kita semua. Belajarlah daripada kesilapan. Kita bukan hanya deal sesama kita, tetapi setiap kerja buat kita, Allah Maha Mengetahui.



Share: