"Isu penajaan KFA harus disiasat"
Berikutan pendedahan oleh Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Kedah, YB Mohd Firdaus Ahmad berkata, wujud unsur-usur CBT atau pecah amanah di dalam pengurusan KFA terdahulu haruslah tidak dipandang ringan.
Mengikut laporan yang didedahkan oleh YB Exco, terimaan kewangan melibatkan penajaan ke dalam akaun KFA adalah seperti berikut;
- Chenang Bay: RM500 ribu
- Football Republic: RM0
- PKNK: RM4.5 juta
Adalah tidak munasabah apabila " penaja besar" iaitu Chenang Bay yang dicetak di bahagian hadapan baju hanya direkodkan membuat pembayaran sejumlah RM500ribu berbanding RM4.5 juta yg dibayar PKNK yg dicetak kecil di bahagian bahu.
Maklumat yg didedahkan oleh Yb Exco di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tadi, ialah tidak ada sebarang pembayaran diterima daripada pihak Football Republic.
Antara kes yg akan dirujuk mengikut kesalahan pecah amanah lain antaranya;
- pemotongan gaji player tetapi tidak membuat pembayaran LHDN, ini adalah penganiayaan terhadap pemain dan di dalam masa yang sama adalah tindakan lari daripada membayar cukai.
- Pembelian meragukan lambakan baju.
- Pembelian meragukan merchandise tidak dimasukkan dlm mesyuarat eksekutif
Manakala keseluruhan hutang yg ditinggalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan di KFA ialah RM14.9 juta, yang antara lain melibatkan tunggakan beberapa bulan gaji pemain dan staff serta beberapa perkara lain
0 comments:
Post a Comment