Blog berita Kedah pelbagai sumber

JIKA KEGILAAN KERAJAAN MUKHRIZ TIDAK DISEKAT, KAWASAN HUTAN DI KEDAH BAKAL JADI 'PADANG JARAK PADANG TEKUKUR'

Hakikatnya, sejak Mei 2013, beribu-ribu kawasan hutan diluluskan kepada syarikat pembalakan untuk ditebang. Tahun ini sahaja lebih 3200 hektar hutan diluluskan kepada MBI untuk dijadikan ladang.

MB PERJELAS ISU BAYAR HUTANG SADA RM79.33 JUTA

Mengapa hutang bertampuk-tampuk sejak 4 tahun lalu?

LEBIH RM20 JUTA PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN PANTAI MERDEKA DAN TANJUNG DAWAI

Terdapat beberapa komponen projek telah disusun. Bagi komponen pertama iaitu pemuliharaan pantai di Pantai Merdeka kembali kepada keadaan asal yang akan bermula pada tahun 2021. Selain daripada itu bagi komponen lain ialah pembinaan jeti di Tanjung Dawai telah diberi pertimbangan untuk dilaksanakan.

Mahfuz hanya memikirkan kain batik dan coli😂

Cara tahap pemikiran seorang Ahli Parlimen sebuah parti.Kalau nak fitnah pun, banyak benda boleh dibuat pembayang dalam berpantun tu

VELLFIRE DETECTED

dalam Malaysia ni cuma ada sebuah Vellfire sahaja, dan warnanya pun cuma hitam saja. So, mudah untuk didetect!

Showing posts with label Semasa - Covid-19. Show all posts
Showing posts with label Semasa - Covid-19. Show all posts

Wednesday, December 9, 2020

Kenapa vaksin dari China diuji di negara luar?


ADA PULA bertanya kenapa vaksin dari China itu tidak diuji oleh China sendiri? Kenapa negara luar yang dijadikan ujian klinikal fasa 3? 

Laporan dari akhbar China-briefing menyatakan setakat ini 16 buah negara sudah bersetuju untuk bekerjasama termasuk negara-negara besar seperti Turki dan Brazil. Ini kerana negara-negara itu masih tinggi lagi kes COVID-19. Kes di China sudah menurun.
Perlu diingat, fasa kajian negara lain itu adalah fasa ke-3. Fasa pre-klinik, fasa-fasa klinikal 1 dan 2 telah pun berjaya dilakukan ke atas rakyat mereka sendiri. Oleh kerana fasa 3 kajian klinikal ini memerlukan ribuan kes, sudah pasti ianya perlu dilakukan secara multi-center (Pelbagai negara). Syarat-syarat ketat dan etika kajian wajib dipatuhi.

Advertisement

Ada pula yang bertanya, China berjaya mengekang COVID-19 tanpa vaksin pun. Ya benar, vaksin adalah bukan ultimatum. Jika negara tegas dan rakyatnya patuh taat dengan segala arahan seperti SOP yang ditetapkan, tidak mustahil kita juga akan dapat melawan wabak ini tanpa vaksin pun. Namun apa yang berlaku, ramai yang sudah lupa dan degil dengan segala arahan yang diberikan. Kita boleh lihat sendiri negara-negara yang gagal ikut arahan seperti German, Itali dan beberapa negara lain lagi. Kes naik mencanak dan sudah di luar kawalan dek kerana rakyat tak patuh. 

Berbeza dengan China, kerajaan tegas bertindak sehingga ada yang dipenjara dan dikurung ketat jika langgar Perintah Kawalan Pergerakan. Rakyatnya pun patuh sepatuhnya tanpa banyak perangai. Sebab itu mereka berjaya. Adakah Malaysia mampu mengikuti China? Lihat sendiri lah. PKP telah berlangsung dengan beberapa fasa, tetapi itupun bising dan tidak dengar kata.

Kejayaan Kerajaan China menurunkan kes pun mengikuti apa yang disarankan oleh WHO sebagaimana yang dilaporkan dalam jurnal The Lancet keluaran 8 Oktober 2020:

“Wuhan was placed under a strict lockdown that lasted 76 days. Public transport was suspended. Soon afterwards, similar measures were implemented in every city in Hubei province. Across the country, 14,000 health checkpoints were established at public transport hubs. School re-openings after the winter vacation were delayed and population movements were severely curtailed. Dozens of cities implemented family outdoor restrictions, which typically meant that only one member of each household was permitted to leave the home every couple of days to collect necessary supplies. Within weeks, China had managed to test 9 million people for SARS-CoV-2 in Wuhan. It set up an effective national system of contact tracing.”

Hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan kita sekarang. Cuma perangai rakyat China berbeza dengan kita.

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 

Share:

Tuesday, December 1, 2020

Meluruskan kefahaman ‘penyanggah’ fatwa

SATU fenomena yang menggerunkan sejak akhir-akhir ini apabila terdapat netizen yang menolak dan memperlekehkan fatwa. Boleh dikatakan mereka itu anti kepada segala yang umum diterima pakai oleh masyarakat. Apabila para doktor mengesyorkan vape diharamkan dan para Mufti mengeluarkan fatwa, mereka menentangnya. Kononnya fatwa bukan hukum tetapi hanya pendapat. 

Apabila para doktor pakar menyarankan vaksin kepada anak-anak dan majlis fatwa menyokongnya sehingga beberapa Mufti mewajibkan pengambilan vaksin, mereka persendakan fatwa tersebut. Begitu juga dengan isu ganja, kelahiran tidak selamat oleh Doula, ketum dan banyak lagi isu yang telah pun difatwakan oleh institusi fatwa, mereka secara jelas menulis di laman sosial melawan hujahan yang dibuat oleh badan berautoriti. Mereka adalah anti-fatwa, apabila sesuatu itu tidak selera dengan tekak mereka. Berikut saya bawa beberapa penulisan mengenai fatwa dan hal yang berkaitan dengannya.

Advertisement

Apa Itu Fatwa?

Laman web Mufti Pulau Pinang menyatakan bahawa fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah S.W.T sama ada pada yang mesti atau harus [1].

Manakala laman web JAKIM menyatakan bahawa fatwa itu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan hukum syarak. Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut hukum syarak; dan fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu [2].

Sahibussamahah Mufti Wilayah Persekutuan mengulas panjang dalam laman web rasmi, antaranya [3]:

Koleksi tulisan para ulama telah mendefinisikan fatwa seperti berikut:

(1) Kata Al-Imam Al-Qarafi (684 h.) fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah sama ada pada yang mesti ataupun harus. Rujuk Al-Furuq, al-Qarafi (4/53).

(2) Kata Al-Jurjani (816) fatwa adalah: Menjelaskan hukum bagi suatu permasalahan.

(3) Syeikh al-Qunawi al-Hanafi (978 h.) mengatakan bahawa fatwa adalah menyebutkan hukum perkara yang ditanyakan kepada penyoal. Rujuk Anis al-Fuqaha (1/319). 

(4) Kata Al-Imam al-Munawi (1031 h.) fatwa adalah jawapan dari seorang Mufti. Rujuk Al Ta’arif Lil Munawi (Halaman 550).

(5) Kata Al-Imam al-Buhuti (1051 h.): Fatwa adalah menjelaskan hukum syarak kepada sesiapa yang bertanya mengenainya. Rujuk Syarah Muntaha al Iradaat, Mansur bin Yunus al-Buhuti (3/483). 

(6) Al-Syaukani (1250 h.) mengatakan bahawa fatwa adalah hasil daripada ijtihad.

(7) Kata al-Syeikh Muhammad Sulaiman al-Asyqar (1430 h.): Fatwa adalah memberi perkhabaran akan hukum Allah daripada dalil syarak kepada sesiapa yang bertanya mengenai perkara tersebut disebabkan berlakunya sesuatu kejadian

(8) Wahbah al-Zuhaili (1436 h.) mengatakan bahawa fatwa adalah jawapan yang diberikan oleh seorang Mufti terhadap sesuatu perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.

(9) Abdullah Abdul Muhsin al-Turki mendefinisikan fatwa sebagai suatu perkhabaran dari seorang Mufti sebagai jawapan kepada soalan atau penjelasan bagi hukum sekalipun ia bukan merupakan soalan yang khas. Rujuk Usul Mazhab al-Imam Ahmad, Muassasah al-Risalah.

(10) Muhammad Husin al-Jizani pula mendefinisikan fatwa sebagai penjelasan hukum syarak. Rujuk Ma’alim Usul al-Fiqh ‘Inda Ahli al-Sunnah.

Sementara itu ulamak fikah pula telah mendefinisikan fatwa dengan pelbagai takrif antaranya:

(a) Menerangkan hukum sesuatu permasalahan.

(b) Menjawab segala kemusykilan baik dari sudut syarak atau undang-undang. Kedua takrifan di atas merupakan pendapat mazhab Hanafi.

(c) Mengkhabarkan hukum syarak tanpa sebarang kemestian untuk diikuti. Ini adalah pendapat ulamak Maliki.

(d) Memberikan penjelasan hukum syarak bagi sesuatu permasalahan sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara individu mahupun secara berjamaah.

Tarjih dari SS Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri:

“Setelah meneliti kesemua takrifan yang dikemukakan, penulis berpendapat bahawa terdapat titik persamaan di antara kesemua takrif adalah: Menjawab, menerangkan, menjelaskan, atau mengkhabarkan hukum.”

Jelas di sini bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh badan berwibawa itu bukan mudah, bukan untuk dipermainkan dan bukan diambil ringan. Sesuatu hukum yang diputuskan oleh fatwa adalah hasil dari penelitian segenap sudut bagi merungkai masalah semasa. Jika tiada institusi berautoriti seperti ini, siapa lagi yang kita ingin pegang hukumnya?

Kebanyakan mereka yang anti-fatwa itu adalah berpegang kepada pendapat peribadi mereka sendiri yang cetek ilmu, terlalu mementingkan diri dan kelompok yang mereka anuti.

Semoga kita dijauhi golongan seperti ini.

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 30/11/2020

[1] http://mufti.penang.gov.my/index.php/2014-11-12-02-37-08/fatwa

[2] https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/posts/1227745813942652

Share:

Antivaksin: Jangan dabik dada tak kena penyakit

“ANAK saya tidak diberi vaksin, sihat saja malah bijak lagi. Saya lihat anak jiran saya selalu sakit demam dan anak-anak dia tidaklah cerdik sangat. Sedangkan mereka diberi vaksin semasa kecil. Kenapa?”

Jawapan:

Syukur anak-anak puan sihat dan bijak. Itu adalah anugerah Tuhan kepada insan. Syukur juga anak-anak jiran puan yang tidak didatangi penyakit-penyakit berjangkit yang berbahaya seperti batuk Kokol, Difteria, Polio, kancing gigi dan sebagainya. Kesihatan dan kebijaksanaan itu subjektif. Bergantung kepada kaedah penjagaan dan didikan masing-masing. Ianya tiada kaitan dengan pemberian vaksin. Ianya bukan dijadikan ukuran, malah betapa ramai anak-anak yang cemerlang dan sihat juga menerima vaksin semasa kecil. 

Penyakit-penyakit yang dicegah melalui vaksin ini hanya segelintir sahaja. Di dunia terdapat 26 vaksin ditemui untuk mencegah penyakit berbahaya ini. Penyakit-penyakit ini adalah sejenis penyakit yang fatal atau berbahaya, boleh membawa maut atau kecacatan kekal kepada penghidapnya. Malaysia telah mewajibkan 10 vaksin diberikan kepada bayi seawal baru lahir hingga 18 bulan. 2 jenis vaksin lagi adalah pilihan, manakala Vaksin Haji khusus untuk jamaah Haji. Terdapat lebih 216 jenis penyakit bawaan kuman yang lain lagi, mungkin dicegah dengan kaedah-kaedah lain seperti cara hidup sihat, pemakanan yang seimbang dan sebagainya. Tetapi kaedah ini adalah umum bukannya spesifik mencegah dari kuman-kuman yang bahaya. 

Advertisement

Kebarangkalian untuk dihinggapi kuman berbahaya ini amat tinggi ke atas anak-anak yang tidak diberi vaksin berbanding dengan anak-anak yang diberi vaksin. Ianya bergantung kepada kewujudan kuman di sesuatu lokaliti, kevirulan (potensi bahaya kuman) dan kejadian wabak yang memungkinkan berlaku. Apabila penyakit telah menghinggapi, mengubatnya amat menyulitkan. Mencegah lebih baik dari berubat. Mujur anak puan selamat dari anasir bahaya itu. Saya sebagai perawat pun mendoakan semua anak-anak sihat selamat dan cerdik tanpa mengira mereka itu diberi vaksin atau sebaliknya. Cuma, jika dijangkiti, kesian mereka yang menanggung derita. 

Terdapat segelintir ibu bapa yang membuat uji kaji atas anak mereka dengan sebahagian beri vaksin dan sebahagian tidak diberi. Saya yakin anak -anak mereka juga akan terlindung dengan syarat kawasan perumahan mereka itu tinggi liputan vaksinasi. Jika liputan rendah, risiko dijangkiti berkali ganda. 

Janganlah kita sombong dan mendabik dada anak kita selamat dari jangkitan sedangkan kita diberi ruang untuk berikhtiar. Bahkan pemberian vaksin itu sudah banyak dibicarakan dianjurkan dalam Islam itu sendiri. Kita risau jika saranan para pakar mahupun para agamawan di kalangan mufti pun mereka perlekehkan, firqah mana lagi yang mereka nak ikuti kecuali pandangan sendiri yang tidak berasas. 

Pengajaran dari seluruh dunia

Bila mana pemimpin dunia sudah mulai penat berhadapan dengan wabak penyakit yang muncul akibat pengaruh antivaksin, akhirnya inilah jalan terbaik pihak berkuasa lakukan:

(1) German. Ibu-bapa yang gagal mendapatkan nasihat vaksin boleh disertakan denda €2,500, £2,175 atau $2,800 dan anak-anak mereka dibuang dari pusat jagaan kanak-kanak. [1] 

(2) Italy mewajibkan 10 vaksinasi termasuk Diphtheria, Tetanus, Measles, Mumps, Rubella dan Chicken Pox. Ibu-bapa bakal didenda €500 atau $588 sekiranya gagal memvaksin anak tanpa alasan perubatan. [2]

(3) France mewajibkan 11 vaksin iaitu Diptheria, Tetanus, Polio Whooping cough, Measles, Mumps, Rubella, Hepatitis B, Influenza, Pneumonia dan Meningitis C. Mana-mana pelajar yang didapati sejarah vaksinasi tidak lengkap tidak dimasukkan ke dalam sekolah sepenuhnya dan diberi masa 3 bulan untuk melengkapkan vaksin. [3] 

(4) New York. Jabatan Kesihatan NY mendenda ibu-bapa yang tidak memvaksin $1,000 dan jumlah ini boleh bertambah sekiranya gagal menghadiri perbicaraan di mahkamah. [4]

(5) Australia. Kanak-kanak yang tidak divaksin dilarang dari masuk kemudahan penjagaan kanak-kanak dan pengusaha yang membenarkan mereka masuk bakal didenda $5,500. [5]

(6) Australia juga mengenakan No Jab No Pay polisi di mana hanya ibu bapa yang memvaksin anak mereka dengan lengkap boleh menerima ‘Child Care Benefit’, ‘Child Care Rebate’ and the ‘Family Tax Benefit’. [6] [7] 

(7) Negara Brunei dengan tegas mewajibkan vaksinasi dan mengenakan hukuman di mana ia dapat dilihat dalam Undang-undang Brunei, Chapter 47 Quarantine and Prevention Disease. [8] 

Natijahnya, gerakan antivaksin bukanlah bersandarkan ilmu, sebaliknya kejahilan atas ilmu sains tersebut. Gerakan antivaksin bukan bersandarkan kemaslahatan masyarakat kerana bukan mereka yang berkorban masa dan tenaga merawat pesakit yang dijangkiti penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin. 

Gerakan antivaksin di Malaysia hanyalah ikut-ikutan ideologi dari Barat yang dihiasi jubah dan serban untuk mengelirukan masyarakat dalam masa yang sama, mengaut keuntungan lantaran kekeliruan dan ketakutan masyarakat awam yang tidak dapat membezakan fakta dan auta.

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 30/11/2020

[1] https://www.bbc.com/news/world-europe-40056680
[2] https://www.wvlt.tv/content/news/Italy-approves-mandatory-vaccine-program-437515213.html
[3] https://www.thelocal.fr/20190906/which-vaccinations-are-compulsory-for-children-in-france
[4] https://www.washingtonpost.com/health/2019/04/18/parents-nyc-children-face-penalty-violating-measles-order/
[5] https://www.sbs.com.au/news/nsw-passes-childcare-vaccination-law
[6] https://www.ncirs.org.au/public/no-jab-no-play-no-jab-no-pay
[7] https://www.health.gov.au/sites/default/files/no-jab-no-pay-fsheet.pdf
[8] https://www.researchgate.net/profile/MOHD_ANUAR_RAMLI/publication/334030088_Autoriti_Kerajaan_Dalam_Mewajibkan_Vaksinasi_Kanak-kanak_Kajian_Menurut_Perspektif_Hukum_Islam_Authority_of_the_Government_to_Enforce_Child_Vaccination_A_Study_from_the_Islamic_Ruling_Perspective/links/5d13250ca6fdcc2462a6526a/Autoriti-Kerajaan-Dalam-Mewajibkan-Vaksinasi-Kanak-kanak-Kajian-Menurut-Perspektif-Hukum-Islam-Authority-of-the-Government-to-Enforce-Child-Vaccination-A-Study-from-the-Islamic-Ruling-Perspective.pdf

Share:

Belum mahu akui PKP bantu kawal penularan COVID-19?

SEBAGAIMANA kita semua maklum bahawa COVID-19 adalah wabak baharu dari mutasi virus Corona. Sehingga kini tiada negara boleh mendakwa mereka bebas sepenuhnya dari wabak pandemik ini. Dalam dunia, negara-negara terbahagi kepada 3:

(1) Mengamalkan PKP seperti yang negara kita amalkan. Semua kes diberitahu kepada umum secara telus.
(2) Tidak mengamalkan PKP, tetapi menjalankan usaha-usaha tertentu dalam memutuskan rantaian virus. Kes diisytiharkan apabila memenuhi desakan tertentu.
(3) Tidak mengamalkan langsung, malah tiada usaha pun untuk mengekang virus merebak. Dilepas bebas rakyatnya dan statistik kes juga statistik kematian pun tidak diketahui lanjut.

Sehingga kini terdapat pro dan kontra dalam ketiga-tiga aliran pengurusan wabak tersebut. Terdapat juga pandangan yang menyanggah usaha yang sedang dijalankan oleh kerajaan sekarang. Dakwa mereka, kerajaan tidak perlu ikut SOP sebagaimana yang dibuat oleh majoriti negara di dunia. 

Advertisement

Mereka membawa berapa contoh seperti Sweden yang pada awal tahun 2020 tidak mengamalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada satu ketika Sweden nampak macam berjaya melawan COVID-19 dengan dasar bebas tanpa PKP. 

Namun kita perhatikan sejak Oktober 2020, kerajaan Sweden sudah mula mengaku bahawa mereka melakukan kesilapan. Akhirnya Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Tetapi, agak terlewat sebab jumlah kematian 10 kali ganda dari negara-negara jiran.

Ya, manusia hanya merencana tetapi ketentuan itu milik Allah yang Maha Pengatur segala perancangan manusia. Mungkin kaedah kawalan ketat yang berjaya atau lepas bebas yang menang dalam melawan wabak ini. Sejarah akan terus dicatat dan akan dinilai oleh manusia terkemudian.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini adalah berdasarkan kepada dapatan demi dapatan titik-titik peristiwa yang berlaku. Dapatan itu dicatat oleh si berjaya atau si gagal untuk dijadikan teladan kita bertindak. 

Buat masa ini kita berada di right track, walaupun belum menang sepenuhnya. Lihatlah unjuran statistik yang berlaku dalam negara, syukur kita dengan nada lega atas segala usaha dan jerit perih yang dijalankan oleh pihak berkuasa. Serahkan kepada ahlinya.

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY

Share: