ADA PULA bertanya kenapa vaksin dari China itu tidak diuji oleh China sendiri? Kenapa negara luar yang dijadikan ujian klinikal fasa 3?
Laporan dari akhbar China-briefing menyatakan setakat ini 16 buah negara sudah bersetuju untuk bekerjasama termasuk negara-negara besar seperti Turki dan Brazil. Ini kerana negara-negara itu masih tinggi lagi kes COVID-19. Kes di China sudah menurun.
Perlu diingat, fasa kajian negara lain itu adalah fasa ke-3. Fasa pre-klinik, fasa-fasa klinikal 1 dan 2 telah pun berjaya dilakukan ke atas rakyat mereka sendiri. Oleh kerana fasa 3 kajian klinikal ini memerlukan ribuan kes, sudah pasti ianya perlu dilakukan secara multi-center (Pelbagai negara). Syarat-syarat ketat dan etika kajian wajib dipatuhi.
Ada pula yang bertanya, China berjaya mengekang COVID-19 tanpa vaksin pun. Ya benar, vaksin adalah bukan ultimatum. Jika negara tegas dan rakyatnya patuh taat dengan segala arahan seperti SOP yang ditetapkan, tidak mustahil kita juga akan dapat melawan wabak ini tanpa vaksin pun. Namun apa yang berlaku, ramai yang sudah lupa dan degil dengan segala arahan yang diberikan. Kita boleh lihat sendiri negara-negara yang gagal ikut arahan seperti German, Itali dan beberapa negara lain lagi. Kes naik mencanak dan sudah di luar kawalan dek kerana rakyat tak patuh.
Berbeza dengan China, kerajaan tegas bertindak sehingga ada yang dipenjara dan dikurung ketat jika langgar Perintah Kawalan Pergerakan. Rakyatnya pun patuh sepatuhnya tanpa banyak perangai. Sebab itu mereka berjaya. Adakah Malaysia mampu mengikuti China? Lihat sendiri lah. PKP telah berlangsung dengan beberapa fasa, tetapi itupun bising dan tidak dengar kata.
Kejayaan Kerajaan China menurunkan kes pun mengikuti apa yang disarankan oleh WHO sebagaimana yang dilaporkan dalam jurnal The Lancet keluaran 8 Oktober 2020:
“Wuhan was placed under a strict lockdown that lasted 76 days. Public transport was suspended. Soon afterwards, similar measures were implemented in every city in Hubei province. Across the country, 14,000 health checkpoints were established at public transport hubs. School re-openings after the winter vacation were delayed and population movements were severely curtailed. Dozens of cities implemented family outdoor restrictions, which typically meant that only one member of each household was permitted to leave the home every couple of days to collect necessary supplies. Within weeks, China had managed to test 9 million people for SARS-CoV-2 in Wuhan. It set up an effective national system of contact tracing.”
Hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan kita sekarang. Cuma perangai rakyat China berbeza dengan kita.
DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY
0 comments:
Post a Comment