Blog berita Kedah pelbagai sumber

JIKA KEGILAAN KERAJAAN MUKHRIZ TIDAK DISEKAT, KAWASAN HUTAN DI KEDAH BAKAL JADI 'PADANG JARAK PADANG TEKUKUR'

Hakikatnya, sejak Mei 2013, beribu-ribu kawasan hutan diluluskan kepada syarikat pembalakan untuk ditebang. Tahun ini sahaja lebih 3200 hektar hutan diluluskan kepada MBI untuk dijadikan ladang.

MB PERJELAS ISU BAYAR HUTANG SADA RM79.33 JUTA

Mengapa hutang bertampuk-tampuk sejak 4 tahun lalu?

LEBIH RM20 JUTA PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN PANTAI MERDEKA DAN TANJUNG DAWAI

Terdapat beberapa komponen projek telah disusun. Bagi komponen pertama iaitu pemuliharaan pantai di Pantai Merdeka kembali kepada keadaan asal yang akan bermula pada tahun 2021. Selain daripada itu bagi komponen lain ialah pembinaan jeti di Tanjung Dawai telah diberi pertimbangan untuk dilaksanakan.

Mahfuz hanya memikirkan kain batik dan coli😂

Cara tahap pemikiran seorang Ahli Parlimen sebuah parti.Kalau nak fitnah pun, banyak benda boleh dibuat pembayang dalam berpantun tu

VELLFIRE DETECTED

dalam Malaysia ni cuma ada sebuah Vellfire sahaja, dan warnanya pun cuma hitam saja. So, mudah untuk didetect!

Showing posts with label EKONOMI. Show all posts
Showing posts with label EKONOMI. Show all posts

Tuesday, January 19, 2021

Kedah Rubber City tarik pelaburan RM2.1 bilion setakat ini - MB

 ALOR SETAR, 18 Jan -- Projek berimpak tinggi, Kedah Rubber City (KRC) di Padang Terap, telah menarik pelaburan berpotensi melebihi RM2.1 bilion dengan lebih 5,000 peluang pekerjaan dihasilkan oleh pemain industri getah tempatan, setakat ini.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata melalui pakej insentif fiskal menarik dan komprehensif, pemain industri berkenaan telah memberikan komitmen untuk menjadi sebahagian daripada projek tersebut yang dijangka mula beroperasi pada suku kedua tahun depan.

“KRC mempunyai potensi besar seiring dengan peningkatan permintaan dunia terhadap produk-produk getah. Fasa pertama projek ini telah dimulakan tahun lepas dan kemajuan pelaksanaannya pada masa ini adalah melebihi 30 peratus.

“Kerja-kerja ekosistem pembuatan dan logistik sedang dijalankan dan KRC sedia menerima pelabur bermula tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. BERNAMA

Share:

Friday, December 18, 2020

Kemenangan rakyat, perniagaan dan ekonomi negara


SETINGGI-tinggi penghargaan kepada 111 Ahli Parlimen PN, BN, GPS dan PBS yang telah menyokong Belanjawan 2021 di setiap peringkat dan sepanjang perjalanannya di Dewan Rakyat. Kelulusan Belanjawan 2021 adalah kemenangan bukan sahaja bagi Kerajaan Perikatan Nasional, tetapi lebih-lebih lagi bagi rakyat, perniagaan dan ekonomi negara, terutamanya dengan wabak COVID-19 yang masih di sekeliling kita. 

Tidak dilupakan juga, sumbangan warga Kementerian Kewangan, agensi-agensi MOF dan juga agensi-agensi kerajaan lain, yang telah memberi komitmen sepenuhnya, tanpa mengenal penat lelah, serta mengambil kira lebih 6,600 cadangan merentasi kesemua negeri di Malaysia, bagi merangka Belanjawan 2021 yang komprehensif. Ini di samping kesemua usaha menyediakan dan melaksanakan tidak kurang daripada 4 pakej rangsangan ekonomi sejak bulan Mac, demi rakyat, perniagaan dan ekonomi negara tercinta. Sememangnya tahun 2020 bukanlah tahun yang biasa, dan anda semua sememangnya luar biasa. 

Advertisement

Terima kasih juga diucapkan kepada YAB Perdana Menteri atas sokongan dan keyakinan beliau yang tidak berbelah bahagi, kepada saya dan juga warga Kementerian Kewangan dalam memikul amanah merangka, membentang, menambah baik serta mempertahan Belanjawan 2021. Terima kasih kerana sentiasa mendengar pandangan dan cadangan kami serta memberi nasihat dan panduan secara berterusan. 

Saya, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan I dan 2, serta warga Kementerian bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dalam perjalanan ini iaitu: Melaksanakan Belanjawan 2021 dengan cepat dan tepat, serta penuh dedikasi dan amanah. 

Saya mendoakan agar Belanjawan 2021 akan meneruskan momentum pemulihan ekonomi negara dan mencapai matlamat yang dihasratkan. Moga kesemua rakyat dapat dibantu, perniagaan dapat diperkasa, dan ekonomi dapat diperkukuh. Moga wabak COVID-19 dijauhkan, dan kesihatan didekati. Walau apa-apa pun cabaran yang mungkin berbangkit (dan sememangnya akan ada kekangan, ujian serta halangan), namun didoakan kita semua dikurniakan kecekalan, ketahanan dan kesabaran. Moga niat ikhlas kita diberkati, usaha dan amanah kita dirahmati.

A heartfelt thank you to all 111 Parliamentarians from PN, BN, GPN and PBS who supported the Budget 2021 at each level and along its journey in the Dewan Rakyat (House of Representatives). The passing of Budget 2021 is a victory not just for the PN Government, but more importantly that of the rakyat, businesses and the nation’s economy, especially in facing the lingering COVID-19 threat.

Not forgetting, the contribution of my MOF colleagues, as well as colleagues from MOF agencies and other Government entities, who have risen beyond the call of duty and overcome fatigue, in considering over 6,600 proposals from all across the country, to formulate a comprehensive Budget. This is besides the 4 economic stimulus packages announced since March which you have duly prepared and implemented for the sake of the people, businesses and economy. 2020 has been a year unlike no other, and all of you have been extraordinary. 

I would also like to convey our gratitude to YAB Prime Minister for his unwavering support and confidence in me and MOF as a whole in formulating, tabling, improving and defending Budget 2021. Thank you for always hearing out our views and suggestions as well as giving us continuous advice and guidance.

My deputies, MOF colleagues and I, are prepared for the next stage of the Budget 2021 journey, namely, to ensure swift and effective execution of the initiatives, plans and programmes under it. 

I pray that Budget 2021 will continue the nation’s economic recovery trajectory and achieve the goals envisioned. May all rakyat receive the support needed, businesses be empowered, and the economy strengthened. May we be safe from COVID-19 and blessed with good health. And regardless of the challenges that may arise (and we are braced for such challenges, tests, and obstacles ahead), I pray that we are granted with tenacity, resilience and patience. May our good intentions and efforts be blessed.

YB SENATOR DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan Malaysia – HARAKAHDAILY

Share:

Wednesday, December 9, 2020

REE: Ekstrak guna teknologi baharu, tiada pembalakan


KUALA LUMPUR: Pengekstrakan elemen nadir bumi (REE) tidak dilakukan sepertimana perlombongan biasa, sebaliknya menggunakan teknologi baharu, demikian jelas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Malah tegasnya, dengan teknologi digunakan itu tidak akan menebang sebarang pokok setelah pula tiada lagi kawasan pembalakan boleh diluluskan kerana semua hutan yang mengandungi kayu balak telah diluluskan di zaman Pakatan Harapan (PH).

“Di Ulu Muda sahaja ada 22,00P hektar yang dalam proses pelesenan untuk tebangan, dah diluluskan zaman dulu. Saya masuk pejabat ini tak ada tempat dah nak diluluskan. Zaman PH (lagi sudah lulus).

Advertisement

“Untuk kawasan yang dikatakan ada REE itu, kawasan itu pun dah gondol dua tahun lepas, tak ada kayu dah,” ujarnya menjawab tuduhan pihak tertentu mendakwa pengekstrakan REE itu bagi membolehkan balak dikeluarkan.

Jelas beliau, pihak kerajaan negeri memberi permit teroka dan bukan permit carigali di mana pencarian untuk menentukan lokasi dan keberadaan REE tersebut akan disahkan kepastiannya melibatkan Jabatan Geosains dan Mineral.

“Teroka ini cari, betul ke ada tang (di) yang dikatakan ada itu. Teroka dulu kut-kut (kalau-kalau) ada. Ada ke, tak ada ke. Benda duduk di bawah tak ada siapa nampak kan. Jadi kita bagilah permit teroka. Kalau ada alhamdulillah, kalau tak ada, masya-Allah,” katanya.

Tambahnya, garis panduan penerokaan tersebut berada dalam ketetapan dasar oleh Majlis Mineral Negara yang berada di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dengan kerjasama semua kerajaan negeri.

Beliau mengingatkan pihak tertentu untuk tidak melulu membuat tuduhan bagi menafikan usaha mengeluarkan REE tersebut jika ia benar wujud sebagai kekayaan pemberian Allah, sebaliknya dipastikan tidak mengalir keluar.

Beliau mengimbas sejarah penjajahan lampau di mana sumber mineral galian yang terdapat di negara ini telah mengkayakan negara-negara Barat dengan membangunkan Revolusi Industri menggunakan hasil dari negara ini. – HARAKAHDAILY

Share:

Tuesday, December 1, 2020

Rencana jahat PH ‘boomerang’ makan diri


KEJAYAAN Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan Dewan Rakyat (DR) dalam meluluskan Belanjawan 2021 di peringkat dasar atau Bacaan Kedua pada 26 November 2020 nampaknya akan menjadi punca kehancuran PH. Inilah yang dinamakan rancangan jahat yang dibuat menghempap kepala sendiri. Apa tidaknya, PH sebelum ini beriya-iya menyatakan penolakkan terhadap Belanjawan ini, walaupun Yang di-Pertuan Agong telah mengarahkan supaya politiking dikurangkan dan Belanjawan ini diterima, kini terperangkap di dalam jerat yang dipasangnya sendiri.

Para pemimpin PH dari DAP, PKR dan PAN, termasuk PEJUANG dan parti MUDA telah secara terbuka menolak Belanjawan ini. Mereka mahu menjadikan Belanjawan ini sebagai ‘Undi Tidak Percaya’ terhadap Perdana Menteri, sekali gus memaksa Parlimen dibubarkan. Dengan tindakan beberapa pemimpin Umno yang membuat ‘ugutan’ untuk tidak menyokong Belanjawan ini, kelihatan rencana jahat PH hampir menjadi kenyataan. Apa tidaknya, PN hanya mempunyai 112 wakil, sedangkan pembangkang berjumlah 108, setelah dua Ahli Parlimen yang mempunyai 222 anggota itu meninggal dunia.

Advertisement

Ugutan-ugutan PH dan beberapa pemimpin Umno bukan sahaja memberi kesan kepada kestabilan ekonomi negara, tetapi juga kepada kestabilan emosi rakyat. Dalam keadaan rakyat sedang terdesak dengan pandemik COVID-19, di mana-mana rakyat bercakap mengenai apa yang akan terjadi kepada politik Malaysia pasca 26 November 2020. Adakah Parlimen akan dibubarkan? Apakah Perdana Menteri akan meletak jawatan? Apakah pilihan raya akan diadakan dalam suasana wabak COVID-19 sedang merebak? Apakah negara terpaksa didaruratkan? Apakah PH akan kembali berkuasa? Pelbagai persoalan berlegar di benak rakyat kerana rancangan jahat PH ini.

Rupa-rupanya rencana jahat ini menjadi seperti boomerang. Ia berpatah balik kepada pihak yang membuat ulah. Sekarang ia melanggar muka PH sendiri setelah Bacaan Kedua Belanjawan 2021 diluluskan. Kini PH menanggung akibatnya. Berapa ramai penyokong PH yang sebelum ini membawa pelbagai hujah kenapa Belanjawan ini mesti ditolak, kini kesipuan. Lebih parah lagi, apabila pemimpin PH mula menyalahkan sama sendiri, termasuk mula menyerang sesama sendiri. Ada yang mendesak supaya Anwar Ibrahim meletak jawatan, ada yang mendesak supaya hubungan DAP-PKR diputuskan. Bahkan, Tun Mahathir juga dilaporkan kecewa dengan yang berlaku sehingga menyebutkan bahawa tragedi politik ini mengenalkan mereka siapa kawan dan siapa lawan di kalangan mereka sendiri.

Kini, semakin jelas. Bahawa pemimpin PH yang mewakili 108 kerusi di Parlimen hanya buat-buat tidur sebantal tetapi mimpi mereka berbeza-beza. Mereka nampaknya membuat rancangan untuk membunuh sesama sendiri. Anwar Ibrahim yang mendakwa ‘got numbers’ sehingga hari ini tidak dapat membukti jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya. Bukan yang menyokong untuk membentuk kerajaan baru, tetapi yang menyokong untuk menentang Belanjawan pun tiada! Semua pemimpin, ahli, pengundi dan penyokong PH telah tertipu. Tidak sedikit di kalangan mereka yang cuba menutup malu di media sosial dengan menyumpah seranah para pemimpin PH.

Jika keadaan ini berterusan, dijangka usia PH tidak akan lama. Keadaan politik mereka kian nazak. Mereka ibarat singa tua yang sedang uzur teruk. Mengaum kuat hanya untuk menakutkan musuh, tetapi ia sendiri bukan sahaja sudah tidak larat untuk bangun, bahkan sedang membilang hari untuk berpindah ke alam arwah. Apa tidaknya, di kalangan pemimpin PAN, beberapa wakil rakyat mereja sudah melompat ke PKR, sedangkan pemimpin tertinggi PAN pula telah terpinggir dari perancangan politik DAP, sehingga mereka tidak tahu strategi di DR. Pemimpin DAP pula mula mendesak supaya parti cauvinis itu memutuskan hubungan dengan PKR.

Paling menarik apabila pemimpin parti MUDA, serpihan PEJUANG telah mendedahkan rancangan jahat PH ke atas rakyat sebagai strategi politik mereka. Syed Sadiq seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini telah mendedahkan hal ini, selain mendakwa berlakunya korupsi di dalam mendiang Kerajaan PH dahulu. Penasihat PEJUANG, A Kadir Jasin pula mula menyerang Anwar Ibrahim. Kita sudah keliru, apakah beliau masih penasihat politik PEJUANG atau kini dia mulai ‘penin’ – sihat atau telah berasa kurang sihat melihat keadaan politik PH.

Bagi para pemerhati politik, percakaran dalaman PH yang terhasil daripada ‘kegagalan’ mereka menolak Belanjawan 2021 bukan lagi kucah ‘kopi dalam cawan’, tetapi adalah ribut taufan yang akan memporak-perandakan PH. PH pada hakikatnya tidak bersatu dan tidak memiliki kekuatan, tetapi sengaja mengambil strategi untuk menyerang Kerajaan PN bagi melampiaskan dendam mereka. Dan ternyata Belanjawan ini menjelaskan hakikat dalaman mereka. Sebab itu orang tua-tua berpesan, kalau tinggal di rumah kaca, jangan dilastik rumah orang. Sekarang rumah sendiri mulai retak dan bakal pecah berhamburan…

MOHD FADLI GHANI – HARAKAHDAILY

Share:

Saturday, November 21, 2020

Lulus Belanjawan 2021 dan tolak pemimpin yang kacau

BELANJAWAN Negara 2021 bertemakan ‘Teguh Kita Menang Bersama’ telah selamat dibentangkan oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada hari Jumaat 6 November lepas. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memperuntukkan RM322.5 bilion iaitu RM236.5 untuk belanja pengurusan manakala RM69 bilion untuk belanja pembangunan bagi tahun 2021.

Inilah belanjawan yang mana Yang di-Pertuan Agong mengharapkan agar dapat diluluskan tanpa banyak ‘politiking’ semoga kerja-kerja menangani pandemik COVID-19 akan terlaksana dan usaha memulihkan semula ekonomi negara mendapat tumpuan. 

Beberapa minggu ini sedang berlangsung perbahasan sebelum pengundian peringkat dasar dilaksanakan pada 26 November nanti. Adakah ianya akan disokong oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat atas semangat titah Yang di-Pertuan Agong atau ditolak sehingga mencetuskan krisis keyakinan buat Kerajaan Persekutuan, tidaklah dapat dipastikan. Yang jelas rakyat jelata yang sedang tertekan kesan dari pandemik COVID-19 ini sangat mengharapkan agar fokus dapat diberikan terhadap mengawal pandemik ini selain memulihkan ekonomi negara termasuklah membela nasib jutaan rakyat yang terjejas.

Advertisement

Rakyat sudah bosan dengan kerenah berpolitik berpanjangan orang-orang politik kerana ia tiada manfaat buat mereka sedang mereka berhadapan dengan tekanan hidup yang sangat mencabar.

Sejurus Menteri Kewangan selesai membentangkan cadangan Belanjawan Negara 2021, Ahli-ahli Dewan Rakyat kini berpeluang membahaskannya, menyatakan sokongan, membuat teguran, menzahirkan cadangan malah mereka juga diberi hak mengkritik dan menentang.

Pasti kini rakyat mengikuti dengan rapat perkembangan di Parlimen, di sinilah Ahli-ahli Parlimen yang matang dan bertanggungjawab akan mengambil kesempatan menyumbang ke arah memakmurkan negara dengan cadangan dan hujah yang bernas. 

Untuk menang bersama wajarlah kita menyarankan perkara-perkara yang positif dan konstruktif agar negara dapat dipandu keluar dari tekanan pandemik ini. Ini tanggungjawab kita bersama.

Giliran pertama membahaskan belanjawan ini diberikan kepada Ketua Pembangkang Dewan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ya orang yang sama yang pada 22 September lalu mengisytiharkan yang Kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh kerana beliau ketika itu memiliki sokongan ‘strong, formidable and convincing numbers’ dari Ahli-ahli Parlimen .

Menurut Anwar ketika itu, Kerajaan Perikatan Nasional sudah hilang kuasa dan dengan sokongan yang kononnya ada pada beliau, beliau akan ke Istana Negara menuntut agar kerusi Perdana Menteri diserahkan padanya.

Tiba-tiba 9 November lalu tanpa sedikit pun perasaan bersalah, tokoh yang dakwa dirinya PM ke-9 Malaysia itu, muncul di bangku pembangkang membahas belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan yang kononnya telah beliau tumbangkan pada 22 September.

Mana pergi ‘strong, formidable and convincing numbers’ yang Anwar dakwa beliau miliki itu? Kenapa Anwar masih Ketua Pembangkang dan bukan PM ke-9?

Adakah seluruh Malaysia telah bulat-bulat diperdaya Anwar dan konco-konconya pada 22 September lalu? Sekutunya DAP dan PAN yang sepatutnya membentuk kerajaan baru dengan beliau sebagai PM turut kelihatan bersahaja selamba bertenggek di bangku pembangkang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Inikah jenis pemimpin yang boleh kita harapkan untuk membela dan memimpin kita, membangunkan negara dan memelihara keselamatan dan kedaulatannya?

Malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengikut laporan menyatakan bahawa tindakan Anwar yang berulang kali mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri telah menyebabkan rakyat khuatir sama ada Ahli Parlimen Port Dickson itu menerima atau tidak kebenaran sebenar.

Tun Dr Mahathir cukup meragui kemampuan dan kelayakan Anwar sehingga dalam laporan yang sama beliau dipetik berkata tidak tahu bagaimana penilaian yang mungkin dibuat oleh rakyat terhadap Anwar bagi menerajui negara. 

Menurut Tun: “Jelas dalam krisis kewangan 1997 hingga 1998, Anwar tidak berkeupayaan. Terpulanglah kepada kita untuk menilai sama ada beliau mempunyai keupayaan untuk mentadbir negara dengan baik.”

Dan Tun memang layak memberi ulasan sedemikian kerana ketika itu beliau PM sedangkan Anwar Timbalannya dan juga Menteri Kewangan. Tun kemudiannya telah memecat dan melucutkan jawatan Anwar.

Kerana itu cukup-cukuplah kita dibuai dengan mimpi dan janji-janji kosong Anwar kerana ternyata beliau telah pernah gagal sebelum ini dan kini pun beliau terus gagal dengan memperdayakan rakyat dan dunia bahawa beliau kononnya mempunyai cukup sokongan untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru menggantikan Muhyiddin. Negara dan dunia kini berhadapan dengan krisis ekonomi yang tidak menentu akibat pandemik COVID-19.

Padanlah Anwar duduk di bangku pembangkang dan menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen, jangan lagi cetuskan ketegangan dan suasana cemas dalam negara, sebab nasib dan masa depan negara lebih penting dan utama dari agenda peribadi beliau yang tidak jemu-jemu tergilakan jawatan tertinggi negara itu.

Demi membina negara yang kukuh dalam suasana krisis ini ayuhlah kita semua dari pelbagai latarbelakang politik bangkit dengan teguh bagi menyusun kemenangan bersama. 

Ini bukan masanya bertelagah, berporak-peranda dan beradu-domba. 

Tolak tepi segala yang merugikan rakyat dan negara sebaliknya marilah kita bersama berpadu tenaga. Malaysia perlu diselamatkan dari ancaman COVID-19 ini dan juga diselamatkan dari barisan pimpinan yang turut mahu merosak dan mencederakan kita semua.

Kekal selamat, selamatkan Malaysia untuk kita kembali tenang dan tenteram bebas dari COVID-19 dan bebas dari politik yang curang dan penuh dengan tipu-daya.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY

Share:

Wednesday, November 18, 2020

Tiada sebab tolak Belanjawan 2021


KUALA LUMPUR: Tiada keperluan Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan 6 November lalu, ditolak oleh mana-mana pihak, kata Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed.

Menurut beliau, belanjawan negara boleh diperbaiki dari semasa ke semasa ketika sesi perbahasan Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Justeru itu, peluang untuk memberi pandangan-pandangan balas mengenai Belanjawan 2021 perlu dimanfaatkan ketika ini sekiranya terdapat aspek-aspek yang perlu dibaiki.

Jangka Anuar Shah, akan berlaku beberapa pindaan terhadap belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz itu.

Advertisement

“Antara contoh yang boleh dilihat adalah pengumuman i-Sinar semalam oleh Kementerian Kewangan (MoF) bagi membantu tiga kelompok yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Begitu juga aspek-aspek lain termasuk lanjutan moratorium dan penjelasan berhubung peruntukan khas kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Saya tidak nampak ada sebarang keperluan untuk menolak bajet tersebut selepas kerajaan mengambil kira pandangan Ahli-ahli Parlimen ketika berbahas di dalam Dewan Rakyat.

“Sebab, kita lihat ia boleh diselesaikan dalam masa beberapa minggu sepanjang pembentangan Belanjawan 2021,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung desakan pihak tertentu yang mengugut untuk menolak Belanjawan 2021 sekiranya kerajaan tidak mematuhi kehendak yang diperjuangkan mereka.

Belanjawan boleh ditambah baik

Mengulas lanjut, kata Anuar Shah, beliau yakin, terdapat beberapa penambahbaikan yang akan dilakukan kerajaan di dalam Belanjawan 2021.

“Itu pandangan saya, tidak ada keperluan bajet ditolak sekiranya perkara yang dituntut Ahli-ahli Parlimen dipertimbangkan kerajaan, contohnya pengumuman i-Sinar.

“Kita jangka, ada beberapa pengumuman lain yang akan dibuat selepas ini sewaktu penggulungan, akan ada beberapa perkara yang ditambah baik,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

i-Sinar adalah contohnya

Program i-Sinar adalah kesinambungan kepada program i-Lestari yang dilancarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Mac lalu.

Ia bagi menambah baik inisiatif pengeluaran Akaun 1 secara bersasar dan dijangka memanfaatkan dua juta pencarum KWSP yang terkesan iaitu golongan yang telah kehilangan pekerjaan, pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama dua bulan berturut-turut atau pekerja yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan.

Program i-Sinar akan berjalan serentak dengan beberapa lagi inisiatif dan bantuan menerusi KWSP, termasuk program i-Lestari dan pengurangan caruman bulanan oleh pekerja yang telah diumumkan dalam PRIHATIN dan Belanjawan 2021

Di bawah i-Sinar, syarat pengeluaran adalah terbahagi kepada kategori simpanan Akaun 1 RM90,000 ke bawah serta kategori simpanan Akaun 1 melebihi RM90,000.

Bagi ahli KWSP yang memiliki simpanan Akaun 1 RM90,000 ke bawah, ahli boleh membuat pengeluaran secara beransur selama enam bulan sehingga maksimum RM9,000; dengan pengeluaran pertama sehingga RM4,000.

Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM1,000 sebulan.

Buat kategori ahli yang mempunyai jumlah simpanan Akaun 1 yang melebihi RM90,000, ahli dibenarkan mengeluarkan secara ansuran selama enam bulan sehingga maksimum RM60,000 (tertakluk kepada jumlah simpanan); dengan pengeluaran pertama sehingga RM10,000.

Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM10,000 sebulan.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM10,000

Bagaimanapun, kata Anuar Shah, melalui tinjauannya, rakyat masih mahukan pengeluaran RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP walaupun i-Sinar telah diumumkan.

Justeru itu, beliau berpandangan bahawa kerajaan perlu mempertimbangkan perkara tersebut semasa penggulungan belanjawan untuk memberikan lebih ruang kepada pencarum KWSP untuk mengeluarkan wang tersebut.

Sehubungan itu, kemungkinan kerajaan juga perlu mengkaji jumlah yang lebih sesuai dengan situasi yang dihadapi rakyat untuk memberikan ruang kepada pencarum KWSP membuat pengeluaran yang lebih tinggi sehingga RM10,000 bagi membantu mereka yang terjejas.

Hal ini kerana, kata Anuar Shah, situasi semasa mendesak rakyat mengeluarkannya terutamanya demi menyara kehidupan berkeluarga. – HARAKAHDAILY 

Share:

Wednesday, November 11, 2020

Belanjawan 2021: Apa kata mereka?

       Gambar sekadar hiasan

RATA-rata bersetuju, perangkaan Belanjawan 2021 pastinya lebih rumit dan mencabar berikutan situasi hari ini yang mendesak kerajaan meletakkan fokus kepada dua perkara penting, iaitu ekonomi dan kesihatan.

Bagaimanapun, dengan ketekunan dan matlamat yang jelas, kerajaan berjaya membentangkannya tanpa mengabaikan mana-mana aspek melalui strategi 6R, iaitu Reslove, Resilience, Restart, Recovery, Revitalize dan Reform.

Advertisement

Mana tidaknya, buat pertama kalinya belanjawan dirangka dengan mengadakan siri jelajah dan sesi konsultasi ke seluruh negara merentasi 14 buah negeri, melalui lebih 38 sesi dialog melibatkan lebih 40 bidang perniagaan dan perusahaan.

Namun, bagaimana pula pandangan pakar-pakar ekonomi? Adakah dakwaan kerajaan mengenai Belanjawan 2021 selari dengan pendapat mereka?

Timbalan Pengarah Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin berpendapat bahawa jumlah yang diperuntukkan kerajaan dalam belanjawan kali ini adalah memadai dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi pada kadar 6.5 hingga 7.5 peratus tahun hadapan.

Namun, situasinya sukar untuk diramal memandangkan keadaan boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa yang berada di luar jangkaan seperti jumlah jangkitan pandemik dan tindak balas kerajaan terhadapnya.

Ia termasuk seperti memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) atau bentuk PKP berbeza di kawasan tertentu, keadaan ekonomi dan perdagangan global dan kesan keputusan Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS).

“Jadi, sebagai kerajaan prihatin, bagi saya ketika ini Belanjawan 2021 pada dasarnya, dengan perbelanjaan yang tertinggi dalam sejarah mencukupi untuk merangsang ekonomi negara pada tahun depan dengan dijangka pemulihan berbentuk V.

“Sama ada ia mencukupi untuk mengurangkan beban rakyat pula adalah perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) supaya segala bantuan dan insentif yang diberikan benar-benar sampai kepada pihak disasarkan.

“Ia juga bergantung sejauh mana kita dan dunia dapat membendung penularan Covid-19 pada masa depan,” ujarnya dalam sesi temu ramah bersama Berita Harian baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) Dato’ Abd Aziz Abu Bakar ketika ditanya mengenai pendapat beliau berhubung belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan baru-baru ini berpendapat bahawa teks ucapan belanjawan kali ini lebih mudah difahami.

Hal ini kerana ia disusun rapi dan sistematik bermula daripada mukadimah, Strategi 6R, Tiga Matlamat Induk Belanjawan, strategi bagi mencapai setiap matlamat induk dan langkah yang perlu diambil dan dilaksanakan sehingga penutup ucapan Belanjawan 2021.

Bagaimanapun kata Abd Aziz, sekiranya ditambah satu lagi matlamat induk, iaitu ‘Menjamin dan Memastikan Ketahanan dan Kelangsungan Negara’ yang berkait rapat, khususnya dengan kedudukan kewangan negara, ia menjadi lebih lengkap.

Secara keseluruhan, Belanjawan 2021 adalah belanjawan berhemah dan perlu digubal kerajaan bagi menyelamat, melindungi, memulih dan menjamin kesejahteraan rakyat dan masyarakat perniagaan walaupun kerajaan perlu berkorban dengan kedudukan fiskal dan kewangannya, ujarnya dalam satu temu ramah bersama Berita Harian.

Tambah Abd Aziz, beliau berharap Belanjawan 2021 dapat dibahas secara rasional di Dewan Rakyat dengan matlamat untuk memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, ketahanan ekonomi dan juga kestabilan kedudukan fiskal dan kewangan negara.

Selain itu, Ketua Penganalisis Ekonomi, Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat bahawa Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan merupakan satu usaha kerajaan untuk mengimbangi permintaan rakyat dan keperluan untuk merangsang ekonomi domestik.

Katanya, ternyata kerajaan mengambil jalan tengah dalam hal ini. Dari satu segi, pengeluaran Akaun 1 KWSP dan moratorium bersasar menunjukkan komitmen kerajaan untuk mengambil kira kesusahan yang dihadapi rakyat.

Dari satu segi lain pula, keperluan untuk merangsang ekonomi domestik dizahirkan melalui peruntukan perbelanjaan pembangunan tinggi, iaitu sebanyak RM69 bilion pada 2021 berbanding RM50 bilion pada tahun ini.

Perkara ini kata Mohd Afzanizam, seiring dengan peningkatan ketara dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi sektor pembinaan, iaitu sebanyak 13.9 peratus pada 2021 setelah menguncup sebanyak 18.7 peratus pada tahun ini.

Tambah beliau, kerajaan juga menyatakan sejumlah RM15 bilion akan dibelanjakan untuk melaksana projek infrastruktur seperti Lebuhraya Pan Borneo (LPB), Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (EDTP) dan Projek Laluan 3 Aliran Transit Massa (MRT3) serta pelbagai projek berimpak tinggi.

Secara keseluruhan, kerajaan sedang meletakkan keutamaan tepat, iaitu memerangi wabak Covid-19 sebagai perkara pokok dan pada masa sama cuba memastikan mereka yang terkesan dari sudut ekonomi menerima bantuan selayaknya.

Beliau menyimpulkan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk menangani ekonomi yang sedang dilanda badai Covid-19.

Segala perancangan telah pun dikemukakan dengan mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan serta keperluan untuk merangsang kegiatan ekonomi.

Tidak dinafikan angka defisit sememangnya terbesar dalam sejarah dan ia menunjukkan keseriusan permasalahan yang dihadapi. Satu nyawa terkorban sudah terlalu banyak untuk kita hadapi.

Justeru, suatu muafakat jitu bagi meraikan cadangan belanjawan dibentang adalah penting bagi kelangsungan masyarakat umum di Malaysia tercinta ini, ujarnya. – HARAKAHDAILY

Share:

Belanjawan 2021 mesra wanita

Gambar sekadar hiasan - Foto FB Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

BELANJAWAN 2021 yang dibentangkan pada 6 November 2020 yang lalu, bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ telah mengemukakan matlamat, strategi dan inisiatif merangkumi semua perkara serta menyerlahkan keprihatinan kerajaan terhadap semua segmen masyarakat.

Selain disifatkan sebagai belanjawan yang inklusif, Belanjawan 2021 juga turut disifatkan sebagai belanjawan ‘mesra wanita’ kerana dilihat mengambil kira banyak keperluan golongan wanita khususnya, dengan menyediakan pelbagai inisiatif untuk golongan wanita serta kumpulan keluarga dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Advertisement

Belanjawan 2021 benar-benar mempersembahkan banyak inisiatif yang akan memberi sinar kepada rakyat dalam pelbagai lapisan, khususnya bagi mereka yang terjejas sepanjang penularan wabak Covid-19.

Dalam Belanjawan 2021 juga, dapat dilihat peningkatan kadar bantuan kepada golongan OKU, kanak-kanak dan warga emas yang mampu membantu kumpulan berkenaan dalam tempoh pandemik ketika ini.

Kerajaan akan terus menjaga kebajikan golongan warga emas dan OKU melalui Program Khidmat Bantu di Rumah. Sehubungan itu, nilai sagu hati kepada sukarelawan di bawah program ini akan dinaikkan daripada RM150 kepada maksimum RM400.

Manakala, nilai sagu hati kepada klien program turut dinaikkan daripada RM30 kepada RM80. Kenaikan ini dijangka memanfaatkan lebih 2,000 sukarelawan dan lebih 8,000 warga emas dan OKU.

Selanjutnya, bagi membantu mereka yang mempunyai pasangan OKU, sukacita kerajaan mengumumkan had pelepasan cukai bagi pasangan OKU akan dinaikkan daripada RM3,500 kepada RM5,000.

Dalam pada itu, dalam belanjawan kali ini turut menyentuh isu yang pernah dibangkitkan sejak 2008, iaitu menaikkan kadar bayaran bulanan bagi penyelia dan petugas di bawah Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti.

Antaranya terdapat beberapa inisiatif khusus untuk wanita seperti program bagi meningkatkan pembabitan kontraktor wanita Bumiputera dalam kontrak kerajaan dan program bimbingan. Dengan harapan akan membantu golongan wanita menjana ekonomi, sekali gus dapat menyumbang kepada keluarga masing-masing.

Selain itu juga, inisiatif MySTEP yang menawarkan sebanyak 35,000 peluang pekerjaan, termasuk pegawai kebajikan masyarakat, akan mengukuhkan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat yang juga antara barisan hadapan dalam tempoh mendesak ini.

Bagi memperkasa usahawan wanita, sejumlah RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas turut disediakan melalui Tekun, Mara dan AgroBank.

Selain itu, sebanyak RM50 juta juga disediakan di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, YaPEIM bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu BizNita.

Program bimbingan terutama dalam aspek pembungkusan dan pelabelan, strategi pemasaran serta bimbingan teknikal perniagaan juga akan diberikan kepada lebih 2,000 usahawan wanita melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro atau BizMe.

Kerajaan menyedari akan pentingnya menangani isu keganasan rumah tangga. Oleh itu, kerajaan akan menyediakan Pusat Sokongan Sosial Setempat dengan peruntukan RM21 juta.

Pusat ini dengan kerjasama NGO akan menyediakan perlindungan sosial dan sokongan moral kepada golongan wanita terutamanya dalam mendepani masalah keganasan rumah tangga, penceraian dan penderaan.

Pembiayaan mikro kredit khas melalui Tekun, Mara dan AgroBank yang dikhususkan kepada golongan wanita tepat pada masanya dalam usaha memperkasakan usahawan wanita.

Peruntukan sebanyak RM21 juta bagi penubuhan Pusat Sokongan Sosial Setempat, mampu menjadi rujukan bagi wanita golongan yang teraniaya seperti berdepan isu penceraian, keganasan rumah tangga dan sebagainya, kerana kebanyakan mereka ini tidak tahu di mana untuk mendapat rujukan.

Pelbagai program sedang dan telah dirangka bagi memperkasakan wanita, khususnya mereka dalam kalangan profesional yang pernah berdepan dengan isu keganasan domestik dan kini berazam memulakan kehidupan baru.

Sehubungan itu, bagi menambah baik sistem sokongan sedia ada buat petugas barisan hadapan dan golongan ibu berkerjaya, sebanyak RM30 juta disediakan untuk menyediakan taska di bangunan-bangunan kerajaan, terutamanya di hospital.

Manakala, bagi sektor swasta, geran padanan sehingga RM20 juta akan disediakan untuk menggalakkan sektor swasta menyediakan pusat penjagaan kanak­kanak di premis mereka.

Selain itu, sebanyak RM10 juta turut diperuntukkan bagi program saringan kanser serviks dan insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi yang mendapat kanser payudara.

Bagi ibu tunggal dengan pendapatan tukang jahit yang tidak tetap, kini boleh menarik nafas lega sebaik mengetahui pelbagai inisiatif yang bakal diperolehi, termasuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin, Program Jaringan PRIHATIN dan Bantuan Bayaran Bersasar.

BPR yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) melibatkan peruntukan berjumlah RM6.5 bilion yang dijangka memanfaatkan 8.1 juta orang.

Pada pembentangan Belanjawan 2021 di bawah BPR, isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan RM1,200, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima sebanyak RM1,800.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak pula akan menerima bantuan sebanyak RM800, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima RM1,200.

Bagaimanapun, belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini merangkumi semua bidang dan menyentuh pelbagai perkara bagi memastikan tiada kalangan rakyat yang tercicir untuk terus dibantu mengharungi kepayahan hidup dalam suasanan pandemik Covid-19. – HARAKAHDAILY 10/11/2020

Share:

Monday, November 9, 2020

RencanaBelanjawan 2021, paling mesra golongan B40


BELANJAWAN 2021 yang merupakan belanjawan dengan peruntukan terbesar dalam sejarah iaitu sebanyak RM322.4 bilion sebenarnya boleh juga disifatkan sebagai yang paling mesra golongan B40 kerana memberi banyak bantuan langsung kepada golongan ini yang terkesan dengan Covid-19.

Itu hanya jika diambil kira dari sudut bantuan langsung terus kepada rakyat dalam golongan sasar. Tidak termasuk dengan peruntukan-peruntukan kepada kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan melalui program-program untuk meningkatkan kemampuan rakyat dalam usaha mereka menambah pendapatan rakyat.

Menteri Kewangan Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar tempatan beberapa hari sebelum pembentangan Belanjawan 2021 berkata bahawa sebenarnya belanjawan ini adalah ‘belanjawan’ kelima untuk negara pada tahun ini disebabkan Covid-19.

Menurut Tengku Zafrul, sebelum ini kerajaan telah membuat Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (Kita Prihatin) yang memberi suntikan fiskal lebih RM55 bilion.

Ini bermakna bukan sahaja belanjawan kali ini adalah yang terbesar dalam sejarah namun ia sebenarnya boleh disifatkan sebagai belanjawan raksasa jika mengambil kira pakej rangsangan yang dilaksana kerajaan sebelum sampai tempoh pembentangan Belanjawan 2021 ini demi untuk berdepan dengan krisis Covid-19 ini.

Hasrat rakyat untuk mengeluarkan wang caruman mereka daripada akaun 1 KWSP turut ditunaikan kerajaan dalam belanjawan kali ini walau pun pada awalnya pihak kerajaan nampak keberatan untuk memberi kebenaran.

Sungguhpun begitu ia juga bukan pada jumlah maksimum RM10,000 yang diharapkan orang ramai. Namun sebenarnya jumlah maksimum RM6,000 itu adalah pertimbangan antara kehendak rakyat dan tanggungjawab kerajaan untuk memastikan rakyat cukup wang semasa mereka bersara nanti. Ia juga secara bersasar untuk mereka yang hilang pekerjaan sahaja.

Sementara pengurangan kadar caruman KWSP pekerja yang dikurangkan kepada sembilan peratus daripada 11 peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan juga bakal meningkatkan jumlah pendapatan boleh guna rakyat sebanyak dua peratus.

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diumum kerajaan bagi menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diperkenalkan PH dahulu juga dilihat bakal membantu rakyat terutama mereka yang terjejas dengan Covid-19.

Isi rumah yang berpendapatan bulanan kurang RM2,500 akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 hingga RM1800 berdasarkan bilangan anak. Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501-RM4,000 akan menerima bantuan antara RM800 hingga RM1,200 juga berdasarkan bilangan anak.

Yang menariknya individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima RM350 dengan had umur kelayakan diturunkan kepada 21 tahun yang sebelum ini minimum 40 tahun. Ia juga bermakna mahasiswa-mahasiswa yang sedang belajar di universiti antara yang bakal menerima bantuan ini.

Selain itu sebanyak RM1.5 bilion diperuntukan dalam Program Jaringan PRIHATIN iaitu kredit telekomunikasi untuk golongan B40 sebanyak RM180 seorang untuk langganan internet atau kos telefon bimbit.

Bagi mereka yang hilang pekerjaan pula pelanjutan Sistem Insurans Pekerjaan yang menetapkan tempoh Elaun Mencari Kerja bakal melegakan golongan ini. Tempohnya dilanjutkan menjadi sembilan bulan. Kadar layak menuntut pula adalah 80 peratus gaji bagi bulan pertama, 50 peratus bulan dua hingga enam dan 30 peratus untuk tiga bulan terakhir.

Pengumuman lain yang penulis lihat agak bermakna kepada rakyat ialah tentang Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin yang dinaikkan pada kadar baharu iaitu RM150 bagi setiap seorang anak berumur tujuh ke 18 tahun, sementara bagi anak berumur enam tahun ke bawah pula ialah sebanyak RM200 seorang dengan kadar maksimum RM1,000 bagi satu-satu sekeluarga.

Bukan hanya untuk mereka yang bekerja makan gaji, golongan nelayan dan peladang juga tidak ketinggalan mendapat bantuan. Elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan kepada RM300 sebulan daripada RM250 bermula 2021. RM400 juta pula diperuntukan bagi membantu peneroka FELDA menghapus faedah hutang kebun peneroka dan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu.

Pas perjalanan bulanan tanpa had bernilai RM5 pula bakal memanfaatkan pelajar tahun satu hingga tingkatan enam dan golongan OKU melibatkan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren Kuala Lipis-Tumpat dan tren Sabah jajaran Beaufort-Tenom.

Dan yang pasti tidak pernah ketinggalan dalam setiap kali pembentangan belanjawan ialah kakitangan awam. Beberapa pengumuman kerajaan di dalam pembentangan Belanjawan 2021 ini nampaknya memberi berita gembira kepada mereka.

Bagi menghargai jasa kakitangan kerajaan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan bersetuju mengurniakan pemberian one-off sebanyak RM500 kepada mereka. Selain itu juga pemberian one-off sebanyak RM500 juga diberi kepada pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara bagi menghargai keringat kepahlawanan dan bakti mereka.

Sementara itu bantuan khas kewangan RM600 untuk kakitangan awam Gred 56 ke bawah sebagai menghargai jasa dan perkhidmatan mereka; bantuan khas kewangan RM300 diberikan untuk pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen dan kadar elaun Pegawai Bomba Bantuan dinaikkan daripada RM6 kepada RM8 sejam.

Sungguhpun kakitangan kerajaan ini tidak begitu terkesan dengan Covid-19 dari sudut pendapatan atau pekerjaan namun semua faedah yang mereka terima daripada pengumuman Belanjawan 2021 ini sebenarnya berperanan untuk merancakkan lagi ekonomi apabila mereka berbelanja dengan bantuan yang mereka terima ini sekali gus membantu peniaga-peniaga yang sebelum ini terkesan dengan penularan wabak Covid-19 ini.

Apa yang disebutkan di atas adalah sebahagian daripada bantuan langsung yang diumumkan kerajaan untuk membantu golongan B40. Ada lagi bantuan-bantuan lain yang diumum yang tidak sempat penulis titipkan dalam ruangan yang terhad ini. Itu belum lagi kita bercerita tentang bantuan bersifat tak langsung dan bantuan kepada usahawan kecil dan sederhana. Yang pasti Belanjawan 2021 ini memang sangat mesra B40.

IBNU JANIE
Penulis adalah Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Masjid Tanah – HARAKAHDAILY 7/11/2020

Share:

Belanjawan 2021 berani menongkah arus


ALOR SETAR: Belanjawan 2021 Kerajaan Persekutuan yang dibentang Jumaat lepas dianggap satu tindakan berani dan bersifat menongkah arus.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Ahmad Yahaya berkata dalam suasana negara menghadapi pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi, bajet negara tidak menguncup malah memberi keselesaan terhadap rakyat.

Katanya, bajet 2021 mampu meletakkan tiga teras sasarannya dan tidak seperti yang berlaku di negara lain apabila ekonomi menurun mendorong belanjawan jadi menguncup.

“Berbeza dengan Malaysia, walaupun menghadapi penurunan ekonomi namun bajetnya besar dan memenuhi keperluan negara,” katanya di sini.

Menurutnya juga PAS Kedah merakamkan setinggi tahniah dan penghargaan berikutan belanjawan 2021 dilihat memberi impak yang baik kepada pembangunan di Kedah. – HARAKAHDAILY 8/11/2020

Share:

Belanjawan 2021 terbuka untuk dibahas – Takiyuddin


Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, menyampaikan 'wish list' Kerajaan Negeri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang), Dato' Takiyuddin Hassan di Wisma Darul Aman tadi.

ALOR SETAR: Belanjawan 2021 merupakan bajet luar biasa kerana disediakan secara khusus dalam keadaan negara dilanda badai pandemik Covid-19 yang memaksa rakyat menjalani norma baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, bajet 2021 bukan sahaja mengutamakan nyawa tetapi juga kehidupan untuk seterusnya.

“Bajet kali ini tidak boleh dibanding seperti waktu biasa seperti dahulu, bantuan yang diperuntukan tidak bercadang untuk mendapat pulangan kembali dari rakyat tetapi ia lebih kepada sumbangan kepada mereka.

“Berikutan itu ia terbuka kepada perbahasan terutama kepada pihak pembangkang sekiranya tidak berpuas hati atau memerlukan lebih penjelasan dari pihak kerajaan,” jelasnya memberi respon ekoran timbul persoalan dari pihak pembangkang berkenaan peruntukan sejumlah RM81 juta kepada Jabatan Hal-Ehwal Khas (JASA).

Beliau yang ditemui di Wisma Darul Aman di sini hari ini, berkata lagi, Parlimen akan bersidang untuk perbahasan dasar selama lapan hari sementara 11 hari untuk jawatankuasa setiap agensi dan dalam tempoh itu (sehingga 15 Disember) ahli-ahli Parlimen bebas untuk berbahas.

Menyentuh berkenaan penglibatan parti pembangkang di dalam Jawatankuasa Majlis Perunding Peringkat Nasional, beliau sangat mengalu-alukan kerana dengan cara demikian kesukaran mengurus bencana dapat dirasai sendiri oleh mereka dan secara tidak langsung tohmahan terhadap kerajaan dapat dikurangkan.

“Saya yakin Belanjawan 2021 ini diterima kerana ia bajet yang baik dan selaras dengan titah KDYMM Yang Di-Pertuan Agung,” ujar beliau lagi. – HARAKAHDAILY 8/11/2020


Share:

Kedah wajar terima pampasan


ALOR SETAR: Beberapa perkara berkaitan projek yang telah diluluskan di dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMKe-11) antara kerajaan pusat dan negeri dibincang serta diperhalusi dalam perjumpaan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang) Dato’ Takiyuddin Hassan, hari ini.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dua perjumpaan melibatkan pembangunan negeri dan pegawai kanan kerajaan diadakan sempena kunjungan Menteri Penyelaras berkenaan.

“Antara yang dibincangkan termasuklah program-program kerajaan persekutuan melalui agensi federal berkaitan projek yang telah diluluskan dalam RMKe-11 kerana ada setengahnya bermasalah dan ada yang hampir selesai. Dalam perbincangan ini harapan kita agar projek-projek itu dapat disiapkan seperti yang dijadualkan,” maklumnya dalam sidang media di Wisma Darul Aman, tengahari tadi.

Selain itu, Takiyuddin juga akan membawa pulang wish list dari kerajaan negeri  untuk disampaikan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkenaan permohonan bantuan kewangan melibatkan perlaksanaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dan bekalan air agar diberi perhatian serius oleh kerajaan pusat.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Menteri Penyelaras mengakui Kedah berhak mendapat pampasan sewajarnya berikutan pengorbanannya ‘menyediakan’ kawasan tadahan air dan tanah pertanian untuk manfaat penduduk negeri lain.

“Sekiranya sawah padi dan hutan simpan itu 10 peratusnya ditukar kepada kawasan industri, Kedah akan mendapat pulangan lebih dari RM170 juta setahun tetapi apabila sebahagianya terpaksa disimpan untuk kegunaan negara, negeri itu hanya mendapat hasilnya sekitar RM3 juta setahun sahaja.

“Dengan sumbangan 40 peratus beras negara menyebabkan kita tidak perlu lagi import beras dari negara luar, maka amat wajar sekali negeri ini mendapat pampasan yang setimpal,” kata Takiyuddin.

Justeru itu, pembayaran pampasan sebanyak RM200 juta yang dibayar pada tahun lalu, mesti dikekalkan dengan jumlah yang sama berikutan tindakannya selaras dengan kehendak kerajaan pusat yang menekan aspek pemuliharaan alam sekitar. – HARAKAHDAILY 8/11/2020

Share:

Thursday, November 5, 2020

Belanjawan: Kedah mohon pampasan khas pengorbanan kekal tanah pertanian

ALOR SETAR, 3 Nov -- Kerajaan Negeri Kedah berharap agar kerajaan pusat menyediakan peruntukan pampasan khas berikutan pengorbanan negeri itu menyediakan kawasan tanah sawah untuk menjamin bekalan beras negara, selain pengekalan hutan simpan sebagai kawasan tadahan hujan.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihaknya memohon agar cadangan itu dipertimbangkan di dalam Belanjawan 2021 kerana  kesanggupan kerajaan negeri tidak  menukarkan tanah pertanian kepada tanah komersial yang boleh mendatangkan hasil cukai lebih tinggi.

"Diharap kerajaan pusat dapat memperuntukkan sebanyak RM130 juta setahun untuk Kedah bagi pengekalan hutan simpan, manakala tanah-tanah pertanian yang dikhususkan untuk tanaman padi jika diubah syarat komersial mampu meningkatkan kutipan cukai tanah sehingga kira-kira RM1.7 bilion.

 untuk guna tanah bagi penghasilan beras untuk negara, kita harap kerajaan Persekutuan hargai pengorbanan Kerajaan Kedah dan memperuntukkan bayaran khusus 10 peratus daripada nilai cukai itu (RM170 juta)," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya selain menyediakan bekalan air untuk rakyat negeri ini, kawasan tadahan di Hutan Simpan Ulu Muda turut membekalkan air bagi tujuan tanaman, kegunaan domestik dan industri untuk Pulau Pinang serta Perlis, melalui tiga empangan utama iaitu Pedu, Ahning serta Muda.

Sehubungan itu, katanya penyediaan sebahagian besar kawasan tanah di Kedah sebagai sumber air dan tanah pertanian untuk bekalan makanan negara wajar mendapat pampasan yang setimpal.

Sementara itu Muhammad Sanusi berkata Kedah juga memerlukan peruntukan khusus untuk 'mencergaskan' sektor ekonomi termasuk pertanian, pembinaan, pelancongan, peniaga kecil, perniagaan dalam talian serta peruncitan.

"Bagi sektor pertanian misalnya, kita berharap supaya ada mekanisme dan dana khas untuk penstabilan harga komoditi seperti getah misalnya.

Selain itu peruntukan benih yang mencukupi dan berkualiti sangat penting bagi meningkatkan penghasilan padi, manakala bantuan untuk ternakan ayam, itik, lembu, kambing perlu disalurkan kepada golongan B40 yang berkelayakan," katanya.

-- BERNAMA

Share:

Wednesday, November 4, 2020

Kedah, NCIA bekerjasama untuk pemulihan kegiatan ekonomi, peluang pekerjaan

ALOR SETAR, 3 Nov -- Kerajaan Kedah bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk merancakkan kembali kegiatan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan di rantau ini.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata pelbagai projek infrastruktur berimpak tinggi dan program modal insan akan dilaksanakan bawah Pelan Pembangunan Strategik 2021-2025 (SDP) Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang diluluskan baru-baru ini.

“SDP dirangka khas untuk menyediakan perancangan yang holistik dan bersepadu untuk pengembangan modal insan, pertumbuhan pelaburan, peningkatan jaringan perhubungan dan infrastruktur strategik untuk NCER.

“Kerajaan negeri sedang bekerjasama erat dengan NCIA bagi memastikan peluang pekerjaan kepada rakyat dan meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri (JPN) di sini, hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Sanusi berkata NCIA telah melaksanakan projek pemangkin di bawah SDP yang akan menyaksikan kenaikan dalam keluaran dalam negara kasar Kedah lebih daripada 30 peratus kepada RM62 bilion menjelang 2025.

Projek-projek strategik dan berimpak tinggi itu turut menyaksikan negeri Kedah mempunyai keupayaan untuk menarik pelaburan terkumpul lebih daripada RM32 bilion menjelang 2025 dan mewujudkan lebih 43,000 peluang pekerjaan baharu serta melahirkan 10,000 usahawan baharu,” katanya.

Sementara itu, Jebasingam dalam kenyataan berkata tumpuan akan diberikan untuk mencipta nilai sebanyak mungkin untuk rakyat dan komuniti perniagaan, di tengah-tengah tempoh ekonomi yang mencabar ketika ini.

“Kami akan terus bekerjasama untuk mengatasi cabaran-cabaran ini demi kepentingan rakyat dan rantau ini,” katanya.

-- BERNAMA
Share:

Tuesday, November 3, 2020

Belanjawan: Kedah mohon pampasan khas pengorbanan kekal tanah pertanian



 ALOR SETAR, 3 Nov -- Kerajaan Negeri Kedah berharap agar kerajaan pusat menyediakan peruntukan pampasan khas berikutan pengorbanan negeri itu menyediakan kawasan tanah sawah untuk menjamin bekalan beras negara, selain pengekalan hutan simpan sebagai kawasan tadahan hujan.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihaknya memohon agar cadangan itu dipertimbangkan di dalam Belanjawan 2021 kerana  kesanggupan kerajaan negeri tidak  menukarkan tanah pertanian kepada tanah komersial yang boleh mendatangkan hasil cukai lebih tinggi.

"Diharap kerajaan pusat dapat memperuntukkan sebanyak RM130 juta setahun untuk Kedah bagi pengekalan hutan simpan, manakala tanah-tanah pertanian yang dikhususkan untuk tanaman padi jika diubah syarat komersial mampu meningkatkan kutipan cukai tanah sehingga kira-kira RM1.7 bilion.

Jadi untuk guna tanah bagi penghasilan beras untuk negara, kita harap kerajaan Persekutuan hargai pengorbanan Kerajaan Kedah dan memperuntukkan bayaran khusus 10 peratus daripada nilai cukai itu (RM170 juta)," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya selain menyediakan bekalan air untuk rakyat negeri ini, kawasan tadahan di Hutan Simpan Ulu Muda turut membekalkan air bagi tujuan tanaman, kegunaan domestik dan industri untuk Pulau Pinang serta Perlis, melalui tiga empangan utama iaitu Pedu, Ahning serta Muda.

Sehubungan itu, katanya penyediaan sebahagian besar kawasan tanah di Kedah sebagai sumber air dan tanah pertanian untuk bekalan makanan negara wajar mendapat pampasan yang setimpal.

Sementara itu Muhammad Sanusi berkata Kedah juga memerlukan peruntukan khusus untuk 'mencergaskan' sektor ekonomi termasuk pertanian, pembinaan, pelancongan, peniaga kecil, perniagaan dalam talian serta peruncitan.

"Bagi sektor pertanian misalnya, kita berharap supaya ada mekanisme dan dana khas untuk penstabilan harga komoditi seperti getah misalnya.

Selain itu peruntukan benih yang mencukupi dan berkualiti sangat penting bagi meningkatkan penghasilan padi, manakala bantuan untuk ternakan ayam, itik, lembu, kambing perlu disalurkan kepada golongan B40 yang berkelayakan," katanya.

-- BERNAMA

Share: