Blog berita Kedah pelbagai sumber

JIKA KEGILAAN KERAJAAN MUKHRIZ TIDAK DISEKAT, KAWASAN HUTAN DI KEDAH BAKAL JADI 'PADANG JARAK PADANG TEKUKUR'

Hakikatnya, sejak Mei 2013, beribu-ribu kawasan hutan diluluskan kepada syarikat pembalakan untuk ditebang. Tahun ini sahaja lebih 3200 hektar hutan diluluskan kepada MBI untuk dijadikan ladang.

MB PERJELAS ISU BAYAR HUTANG SADA RM79.33 JUTA

Mengapa hutang bertampuk-tampuk sejak 4 tahun lalu?

LEBIH RM20 JUTA PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN PANTAI MERDEKA DAN TANJUNG DAWAI

Terdapat beberapa komponen projek telah disusun. Bagi komponen pertama iaitu pemuliharaan pantai di Pantai Merdeka kembali kepada keadaan asal yang akan bermula pada tahun 2021. Selain daripada itu bagi komponen lain ialah pembinaan jeti di Tanjung Dawai telah diberi pertimbangan untuk dilaksanakan.

Mahfuz hanya memikirkan kain batik dan coli😂

Cara tahap pemikiran seorang Ahli Parlimen sebuah parti.Kalau nak fitnah pun, banyak benda boleh dibuat pembayang dalam berpantun tu

VELLFIRE DETECTED

dalam Malaysia ni cuma ada sebuah Vellfire sahaja, dan warnanya pun cuma hitam saja. So, mudah untuk didetect!

Wednesday, December 30, 2020

Kenapa konsep Rahmatan lil ‘alamin PAN gagal?


PENOLAKAN usul ‘kepimpinan individu Islam di semua peringkat (dalam PAN)’ menyebabkan beberapa rakan saya bertanya apakah PAN sebuah parti Islam atau tidak.

Dari segi nama, PAN, nama penuhnya ‘Parti Amanah Negara’ dan nama Inggeris-nya ‘National Integrity Party;, tidak ada istilah ‘Islam’ di dalamnya, tidak seperti PAS.

Advertisement

Begitupun, dua daripada enam ‘dasar dan tujuan’ PAN ada istilah ‘Islam’ di dalamnya, iaitu:
(1) ‘Memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan.’
(2) ‘Mendirikan sebuah negara dan masyarakat Madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Li Al-‘Aalameen)’.

Masa sama, mengikut Perlembagaan PAN, keahlian PAN adalah ‘terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau jantina’.

Perlembagaan PAN juga menyebut tiap-tiap ahli, tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau jantina, ada hak ‘memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti’.

Dengan konsep ‘Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Li Al-‘Aalameen)’ dan dengan keahlian PAN yang ‘terbuka kepada semua rakyat Malaysia’ ini tentulah ada pihak yang menjangkakan PAN akan mampu menarik tokoh-tokoh bukan-Islam menyertainya dan akan menobatkan tokoh-tokoh bukan-Islam sebagai pemimpinnya.

Malangnya, penelitian ke atas pemilihan PAN pada Konvensyen Nasional PAN di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam pada 6-8 Disember 2019 menunjukkan kedua-dua perkara ini tidak berlaku kerana PAN tidak mampu menarik tokoh-tokoh bukan-Islam menyertainya dan tidak menobatkan tokoh-tokoh bukan-Islam sebagai pemimpinnya.

Daripada 87 calon Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional yang layak bertanding dalam pemilihan PAN ini hanya 5 nama individu bukan-Islam yang ada, iaitu:
(1) Lakshmanan A/L Subramonian.
(2) Dato’ Suresh Rao Seithana.
(3) Nali Raja A/L R Sengodan.
(4) Richard Wong.
(5) Hu Pang Chaw.

Daripada 5 individu bukan-Islam yang bertanding dalam pemilihan PAN ini, hanya 1 individu sahaja yang agak dikenali kerana beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS satu waktu dahulu, iaitu Hu Pang Chaw. 

Tetapi kesiannya Hu Pang Chaw juga kalah, dan selain Hu Pang Chaw semua individu bukan-Islam lain yang bertanding ‘hilang wang deposit’ di mana:
(1) Lakshmanan A/L Subramonian hanya mendapat 25 undi.
(2) Dato’ Suresh Rao Seithana hanya mendapat 26 undi.
(3) Nali Raja A/L R Sengodan hanya mendapat 26 undi.
(4) Richard Wong hanya mendapat 27 undi.

Ini sekali gus menimbulkan pertanyaan: Mengapa konsep ‘Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Li Al-‘Aalameen)’ yang diperjuangkan oleh PAN gagal menarik tokoh-tokoh bukan-Islam menyertainya dan gagal dipraktikkan dalam pemilihan PAN? Siapa boleh bantu jawab pertanyaan ini?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 

Share:

PAS suka robohkan kuil di Kedah ke?


Wat Machimmaram, Wat Pikulthong dan Wat Photivihan. Inilah tiga tokong Buddha di Kelantan. Ya betul, Kelantan! Ada macam-macam patung Buddha, yang baring, yang berdiri dan yang duduk. Dan semuanya antara terbesar di Asia Tenggara. Bukankah PAS suka robohkan kuil di Kedah? Jadi kenapa bukan di Kelantan?

Isu di Kedah bukan kerajaan negeri nak menghalang orang Hindu daripada bersembahyang di kuil. Masalahnya apabila kuil itu dibina tanpa kebenaran di atas tanah milik orang lain. Kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan hak kepada sesiapa untuk mencerobohi tanah orang kerana Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang ke atas harta bendanya.

MB Kedah walaupun betul dari segi undang-undang apabila mengarahkan perobohan kuil Hindu yang dibina secara tak sah dan apabila enggan memberikan jaminan tiada lagi kuil Hindu yang tak sah akan dirobohkan, cara beliau menjawab dan mengendalikan sidang media, terutamanya apabila membawa isu minum todi, adalah salah. Walau apa pun, kerajaan PAS bukan Taliban.

Nak selesai isu kuil, senang sahaja. Saya memohon kepada kerajaan negeri atau kerajaan tempatan supaya memanggil semua pentadbir kuil Hindu untuk memaklumkan sama ada:

1. struktur kuil dibina dengan kelulusan; dan
2. kuil dibina di atas tanah yang dibeli atau disewa secara sah.

Sekiranya No 1 adalah "tidak", kerajaan negeri atau kerajaan tempatan harus melakukan pemeriksaan dan membenarkan struktur kuil tersebut mendapat kelulusan, dengan syarat No 2 adalah "ya".

Sekiranya No 2 adalah "tidak", maka langkah pantas harus diambil untuk memindah kuil tersebut. Tak payah tunggu arahan Mahkamah keluar baru nak bincang atau minta tolong.

P.S. Pernah tengok atau dengar Gurdwara dirobohkan? Tak sebab tiada satu pun Gurdwara di Malaysia yang dibina bertentangan dengan undang-undang. Tanah untuk membina Gurdwara dibeli sama ada dengan menggunakan duit derma orang ramai atau geran kerajaan. Bak kata pepatah Punjabi, "balle balle", yakni balle balle lah apa lagi. Singh is King!

DR. SHAMSHER SINGH THIND


Share:

Sunday, December 20, 2020

DAP, PAN minta anwar berhenti mengejar bayang-bayang

 


Ibarat peribahasa Melayu, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Anwar Ibrahim menghadapi saat getir penurunan sokongan daripada parti DAP dan PAN.

Sebelum ini dua parti ini adalah antara penyokong kuat dan sentiasa mengangkat beliau sebagai bakal Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, pola sokongan itu dilihat berubah apabila Anwar gagal memastikan Belanjawan 2021 ditolak serta menjatuhkan kerajaan Malaysia pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin pada sidang parlimen pada kali ini. 



Netizen kini terus hilang kepercayaan terhadap Anwar dan beliau akan terus dilabel sebagia 'PM tepi'


- Jabatan Netizen Negera - 

Share:

Friday, December 18, 2020

Prof Diraja Ungku Abdul Aziz : Satu dalam sejuta

KUALA LUMPUR: Pemergian Allahyarham Prosefor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid pastinya dikenang negara dan ummah atas gagasan idea dan jasanya.

Allahyarham banyak berbakti bagi melonjakkan kewangan Islam di Malaysia terutamanya dalam membantu ekonomi persediaan bakal Haji menerusi penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan juga penubuhan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Advertisement

Menurut Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Allahyarham merupakan tokoh akademik negara dan satu-satunya individu yang terpilih dalam menyandang gelaran Profesor Diraja.

Katanya, gelaran itu merupakan gelaran tertinggi yang hanya dianugerahkan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Allahyarham merupakan satu dalam sejuta dan pastinya pemergiannya merupakan kehilangan yang besar buat negara dan ummah.

“Allahyarham juga merupakan anak watan pertama dilantik menjadi Naib Canselor Universiti Malaya (UM) dan memegang jawatan itu paling lama iaitu selama 20 tahun sejak 1968.

“Jasa Allahyarham semasa menyandang Naib Canselor antaranya adalah menubuhkan Pusat Asasi Sains yang telah menyaksikan kelahiran ramai doktor, jurutera dan profesional dalam kalangan anak tempatan.

“DUPP mendoakan agar Allahyarham di tempat di kalangan orang yang soleh dan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah dan pahala berpanjangan atas bakti yang dicurahkan memberikan manfaat yang berterusan kepada negara dan ummah khususnya di Malaysia,” doa beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau pada masa sama merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian Allahyarham dua hari lalu, pada usia 98 tahun.

Allahyarham Ungku Abdul Aziz meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court di ibu negara pada pukul 4.30 petang, pada 15 Disember 2020. – HARAKAHDAILY 

Share:

Pengajaran dari kelulusan Belanjawan 2021


BELANJAWAN 2021 Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun diluluskan di Dewan Rakyat. Undian belah bahagi terakhir iaitu pada bacaan kali ketiganya semalam berakhir dengan 111 menyokong dan 108 menolak dan seorang tidak hadir. 

Proses seterusnya adalah di Dewan Negara yang dijangka turut akan meluluskannya tanpa masalah dan seterusnya di bawa ke Yang di-Pertuan Agong untuk memperolehi perkenan DiRaja.

Apa yang penting dalam proses kelulusan ini adalah bahawa ancaman dari pihak pembangkang Pakatan Harapan (PH) bahawa mereka akan menggagalkannya sekali gus merobohkan Kerajaan PN dengan kekuatan majoriti yang kononnya mereka miliki akhirnya terbukti palsu dan tidak berlaku.

Advertisement

Pelbagai insiden digembar-gembur sebelumnya seolah-olah menggambarkan yang Kerajaan PN memang goyang dan bakal roboh. Malah portal berita dan media sosial yang pro PH terus bernafsu mengapi-apikan kemungkinan ini. Kenyataan yang kononnya Ketua Pembangkang memiliki sebilangan sokongan melebihi dari yang ada di tangan PN menggusarkan ramai pihak.

Apa pun kesudahannya, Kerajaan PN kekal, Belanjawan berjaya diluluskan dan Anwar Ibrahim serta sekutunya kekal di bangku pembangkang. Mungkin sudah tiba masanya jawatan Ketua Pembangkang ini diambil-alih pihak lain dalam PH kerana segala strategi dan janji Anwar nampaknya semuanya tidak berjaya dan tak mampu ditepati. Cukup-cukuplah mahu merampas jawatan PM kerana ternyata sokongan tidak mencukupi.

Satu perkembangan yang lebih penting dari kegagalan PH ini adalah kesediaan parti-parti yang mendukung Kerajaan PN mengenepikan apa sahaja perbezaan mereka demi memastikan Belanjawan ini lulus sebagaimana titah hasrat Yang di-Pertua Agong.

Sesungguhnya Tan Sri Muhyiddin dan BERSATU bersendirian tidak mampu, Umno BN bersendirian juga tidak dan begitu juga PAS serta GPS dan rakan-rakan lain dari Borneo untuk memungkinkan perkara ini berlaku. Tetapi ia berlaku kerana semua pihak sanggup dan bersedia berjiwa besar meletakkan kepentingan rakyat dan negara di hadapan mengatasi kepentingan politik dan agenda parti masing-masing.

Kesatuan inilah yang memungkinkan Belanjawan ini diluluskan dan kesatuan inilah juga yang mengakibatkan PH kecundang dan merana. Semua pihak penting dan perlu memain peranan.

Inilah politik baru yang dikehendaki rakyat Malaysia apatah lagi di saat rakyat dan negara berhadapan dengan kesan pandemik COVID-19 ini. Apa guna membantah dan bertelagah di saat masa depan negara terancam dan rakyat kesempitan?

Saya yakin dan percaya kiranya semua pihak dapat mengekalkan kesatuan ini, berbincang dengan baik dan matang dengan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan negara di hadapan, kerajaan dan parti-parti yang mendukungnya ini akan kekal dan bakal menang lebih besar dalam PRU akan datang.

Berusahalah bersungguh-sungguh wahai pimpinan kami, demi agama, bangsa dan negara. Rakyat mahukan gabungan ini kekal memerintah dan tidak sekali-kali diserahkan kembali ke PH.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY

Share:

Kemenangan rakyat, perniagaan dan ekonomi negara


SETINGGI-tinggi penghargaan kepada 111 Ahli Parlimen PN, BN, GPS dan PBS yang telah menyokong Belanjawan 2021 di setiap peringkat dan sepanjang perjalanannya di Dewan Rakyat. Kelulusan Belanjawan 2021 adalah kemenangan bukan sahaja bagi Kerajaan Perikatan Nasional, tetapi lebih-lebih lagi bagi rakyat, perniagaan dan ekonomi negara, terutamanya dengan wabak COVID-19 yang masih di sekeliling kita. 

Tidak dilupakan juga, sumbangan warga Kementerian Kewangan, agensi-agensi MOF dan juga agensi-agensi kerajaan lain, yang telah memberi komitmen sepenuhnya, tanpa mengenal penat lelah, serta mengambil kira lebih 6,600 cadangan merentasi kesemua negeri di Malaysia, bagi merangka Belanjawan 2021 yang komprehensif. Ini di samping kesemua usaha menyediakan dan melaksanakan tidak kurang daripada 4 pakej rangsangan ekonomi sejak bulan Mac, demi rakyat, perniagaan dan ekonomi negara tercinta. Sememangnya tahun 2020 bukanlah tahun yang biasa, dan anda semua sememangnya luar biasa. 

Advertisement

Terima kasih juga diucapkan kepada YAB Perdana Menteri atas sokongan dan keyakinan beliau yang tidak berbelah bahagi, kepada saya dan juga warga Kementerian Kewangan dalam memikul amanah merangka, membentang, menambah baik serta mempertahan Belanjawan 2021. Terima kasih kerana sentiasa mendengar pandangan dan cadangan kami serta memberi nasihat dan panduan secara berterusan. 

Saya, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan I dan 2, serta warga Kementerian bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dalam perjalanan ini iaitu: Melaksanakan Belanjawan 2021 dengan cepat dan tepat, serta penuh dedikasi dan amanah. 

Saya mendoakan agar Belanjawan 2021 akan meneruskan momentum pemulihan ekonomi negara dan mencapai matlamat yang dihasratkan. Moga kesemua rakyat dapat dibantu, perniagaan dapat diperkasa, dan ekonomi dapat diperkukuh. Moga wabak COVID-19 dijauhkan, dan kesihatan didekati. Walau apa-apa pun cabaran yang mungkin berbangkit (dan sememangnya akan ada kekangan, ujian serta halangan), namun didoakan kita semua dikurniakan kecekalan, ketahanan dan kesabaran. Moga niat ikhlas kita diberkati, usaha dan amanah kita dirahmati.

A heartfelt thank you to all 111 Parliamentarians from PN, BN, GPN and PBS who supported the Budget 2021 at each level and along its journey in the Dewan Rakyat (House of Representatives). The passing of Budget 2021 is a victory not just for the PN Government, but more importantly that of the rakyat, businesses and the nation’s economy, especially in facing the lingering COVID-19 threat.

Not forgetting, the contribution of my MOF colleagues, as well as colleagues from MOF agencies and other Government entities, who have risen beyond the call of duty and overcome fatigue, in considering over 6,600 proposals from all across the country, to formulate a comprehensive Budget. This is besides the 4 economic stimulus packages announced since March which you have duly prepared and implemented for the sake of the people, businesses and economy. 2020 has been a year unlike no other, and all of you have been extraordinary. 

I would also like to convey our gratitude to YAB Prime Minister for his unwavering support and confidence in me and MOF as a whole in formulating, tabling, improving and defending Budget 2021. Thank you for always hearing out our views and suggestions as well as giving us continuous advice and guidance.

My deputies, MOF colleagues and I, are prepared for the next stage of the Budget 2021 journey, namely, to ensure swift and effective execution of the initiatives, plans and programmes under it. 

I pray that Budget 2021 will continue the nation’s economic recovery trajectory and achieve the goals envisioned. May all rakyat receive the support needed, businesses be empowered, and the economy strengthened. May we be safe from COVID-19 and blessed with good health. And regardless of the challenges that may arise (and we are braced for such challenges, tests, and obstacles ahead), I pray that we are granted with tenacity, resilience and patience. May our good intentions and efforts be blessed.

YB SENATOR DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan Malaysia – HARAKAHDAILY

Share:

Pulau Pinang perlu teroka sumber air alternatif

KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyeru Kerajaan Negeri Pulau Pinang meneroka sumber air alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber air sedia ada.

Advertisement

Ia bertujuan bagi kegunaan industri pada masa hadapan selain sebagai jaminan sumber air buat rakyat negeri itu.

Justeru itu, Menterinya, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewartakan sebahagian kawasan sebagai kawasan tadahan air.

Hal ini kerana, Pulau Pinang masih belum mewartakan mana-mana kawasan sebagai kawasan tadahan air berbanding negeri-negeri lain.

“Pulau Pinang perlu juga sama-sama meneroka sumber air alternatif seperti air pulih guna daripada pembentungan yang disasarkan oleh pihak KASA sebanyak 1,500 juta liter sehari air pulih guna dari teknologi kumbahan menjelang 2030 untuk kegunaan industri.

“Demikian juga kita harapkan kerajaan Pulau Pinang dapat meneroka kawasan-kawasan sumber air bawah tanah dalam usaha mengurangkan pergantungan kepada sumber sedia ada.

“Sebanyak 3,398.94 hektar dicadang untuk diwartakan sebagai kawasan tadahan air, dan untuk makluman Dewan Yang Mulia, Pulau Pinang belum wartakan sikit pun darinya,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang diajukan oleh Chow Kon Yeow [DAP-Tanjong] yang meminta Tuan Ibrahim [PAS-Kubang Kerian] menjelaskan lokasi 25,000 hektar yang diwartakan Kedah sebagai kawasan tadahan air, di Dewan Rakyat, hari ini.

Tuan Ibrahim dalam masa sama merakamkan penghargaan kepada negeri-negeri yang telah mewartakan sebahagian kawasan sebagai kawasan tadahan air seperti Kedah sebanyak 100 peratus daripada 110,000 kawasan.

Johor (99.47 peratus), Melaka (100 peratus), Negeri Sembilan (100 peratus), Pahang (100 peratus), Perlis (100 peratus), Selangor (100 peratus), Terengganu (100 peratus), Perak (54.12 peratus) dan Kelantan (99.2 peratus). – HARAKAHDAILY

Share:

Peranan Menteri Penyelaras antara Pusat dan Negeri


SAYA merujuk kepada satu cetakan perbualan melalui aplikasi WhatsApp yang melibatkan YB Dato’ Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-undang) dan YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan berkaitan dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah (GLC) – Bina Darulaman Berhad (‘BDB’) dan cadangan penglibatan rakan usahasama (JV) Taliworks Corporation, dalam projek pembangunan di Negeri Kedah.

Cetakan perbualan melalui aplikasi WhatsApp tersebut sengaja dipetik di luar konteks dan ditularkan dengan niat yang curang untuk membina persepsi negatif dan mencemarkan nama baik pihak-pihak berkaitan.

Advertisement

Adalah dimaklumkan bahawa YB Dato’ Takiyuddin Hassan telah dilantik YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Kedah yang berkuatkuasa mulai 1 September 2020.

Selaras dengan pelantikan itu, adalah menjadi tugas YB Dato’ Takiyuddin Hassan selaku Menteri Penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah untuk menjalankan tugas-tugas, yang antara lainnya meliputi hal-hal berikut:-

(a) Memperkukuhkan kedududan dan perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah dengan penyampaian maklumat yang tepat agar selari dengan dasar-dasar negara;

(b) Memberi tumpuan khas sebagai pemudah cara terhadap isu-isu berbangkit sama ada program atau projek pembangunan antara kementerian atau jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah;

(c) Menjadi pemudah cara kepada urusan penyaluran bantuan kebajikan kepada rakyat Negeri Kedah daripada Kerajaan Persekutuan;

(d) Pengerusi bersama dengan YAB Menteri Besar Kedah berhubung dengan pengurusan bencana; dan

(e) Apa-apa tugas yang diarahkan oleh YAB Perdana Menteri dari masa ke semasa yang melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah.

Sehubungan itu, suka saya nyatakan bahawa cetakan perbualan (perbincangan) melalui aplikasi WhatsApp tersebut adalah sebahagian daripada bidang tugas dan tanggungjawab YB Dato’ Takiyuddin Hassan atas kapasiti beliau selaku Menteri Penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah, untuk memberi tumpuan khas sebagai pemudah cara khususnya dalam hal pembangunan yang melibatkan kementerian atau jabatan atau agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah.

Dalam hal ini, penjelasan YAB Menteri Besar Kedah bertarikh 14.12.2020 adalah dirujuk dan memberikan penerangan serta pendirian yang sama. [1]

WAN ROHIMI WAN DAUD
Setiausaha Politik kepada
YB Dato’ Takiyuddin Hassan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-undang)
15 Disember 2020 | 29 Rabiul Akhir 1442 – HARAKAHDAILY 

Share:

Tahniah Lagi Menteri Lebai !!



Setinggi-tinggi Tahniah ducapkan kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di atas kejayaan meraih

Anugerah Inovasi Clarivate Asia Selatan dan Asia Tenggara 2020 bagi kategori organisasi penyelidikan kerajaan, sekali gus menjadikan agensi penyelidikan dan pembangunan itu sebagai pihak inovasi terkemuka di Malaysia. .

Kejayaan ini diumumkan di Majlis Anugerah Forum Inovasi Clarivate Asia Selatan dan Asia Tenggara 2020 yang diadakan secara maya pada 18 dan 19 November yang lalu. Teruskan lagi usaha dan gerak kerja untuk terus membawa sawit Malaysia menjadi lebih baik. Dengan usaha dan sepakat kita bersama insyaAllah ianya kekal dan berjaya.

Terbaik YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

#sawitanugerahtuhan
#komoditiasetnegara

"Islam Memimpin Malaysia Sejahtera"

MINDARAKYAT
Share:

Kerajaan Pulau Pinang dan PBAPP sepatutnya rasional


ISU AIR Pulau Pinang: Kerajaan ibarat ‘Tungau seberang laut nampak sedangkan gajah depan mata tak nampak’. Asyik melihat Ulu Muda terancam sehingga lupa bahawa kawasan tadahan di Pulau Pinang sedang menghadapi kemerosotan paras takungan air.

Empangan Teluk Bahang menghadapi kemerosotan paras takungan air dengan begitu ketara sekali. Kenapa tak nampak? Kenapa tak siasat? Sama ada ianya berpunca daripada kecurian air atau kesan penggondolan bukit di kawasan tadahan itu. Janganlah sengaja buat-buat tak nampak.

Advertisement

Begitu juga Empangan Air Itam, tadahan titi kerawang bukankah telah berlaku kemerosotan yang ketara akibat kegilaan untuk buat projek di Bukit Bendera. Bukankah disebabkan aktiviti pembangunan itu menjejaskan survivalbekalan air? Apakah PBAPP tak pernah tahu atau sengaja tak mahu tahu? Kenapa sibuk sangat dengan Ulu Muda?

Sehingga kini tiada tindakan yang dikenakan kepada pihak yang merosakkan kualiti kawasan tadahan dan sumber air sekalipun dalam bidang kuasa sendiri. Apa jadi dengan Sungai Kereh? Tercemar teruk sehingga mendatangkan masalah kepada rakyat dan merugikan banyak pihak.

Mana maruah kita? Mana maruah kerajaan negeri? Mana integriti? Jika kita sedar betapa pentingnya sumber air dari Sungai Muda kepada Negeri Pulau Pinang sewajarnya tuntutan Kerajaan Kedah mesti dipertimbangkan dan rundingan segera diadakan. Bukannya hanya tahu menuding jari main arah-arah begitu sahaja. Mana tak naik angin Kerajaan Kedah.

Solusinya mudah, selesaikan di meja rundingan. Itulah langkah yang bijak antara kerajaan dengan kerajaan. Jangan perjudikan nasib rakyat sendiri. Ingat! Rakyat Pulau Pinang bukan tidak bayar bil air. Jadi uruslah dengan bijak hal ini.

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang merangkap YDP PAS Kawasan Balik Pulau – HARAKAHDAILY

Share:

Monday, December 14, 2020

Sungai sendiri penuh babi, mahu usik sungai orang


MERUJUK kenyataan ‘I challenge the Kedah MB to deny water supply to Penang’ oleh P Ramasamy yang dilaporkan oleh FreeMalaysiaToday pada 13 Disember 2020.

Pemuda PAS Pulau Pinang mengecam provokasi tidak masuk akal P Ramasamy yang mencabar Menteri Besar Kedah supaya mengubah aliran Sungai Muda. 

Provokasi regresif mundur kebelakang P Ramasamy ketika Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Kedah serta Menteri Alam Sekitar dan Air telah mula bercakap soal rundingan menang-menang adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal.

Advertisement

Ini menggambarkan sikap P Ramasamy yang dikenali sebagai gilakan sensasi dan suka menyemarakkan perselisihan antara 2 negeri yang seharus sentiasa berpakat secara semangat kejiranan. 

Kami mencadangkan supaya P Ramasamy lebih sedar diri akan masalah-masalah pencemaran sungai yang berlaku di Pulau Pinang di atas kelemahan urus tadbir yang merosakkan alam.

Untuk rekod majoriti sungai-sungai di Pulau Pinang adalah tercemar. Beberapa sungai penting daripada negeri jiran adalah bersih, tetapi menjadi kotor dan tercemar setelah menjadi anak sungai yang melalui Pulau Pinang. Contohnya Sungai Kereh adalah sambungan daripada Sungai Korok yang merupakan anak Sungai Muda daripada Kedah. 

Kini Sungai Kereh yang berasal daripada Sungai Muda teruk tercemar daripada aktiviti industri penternakan babi di Pulau Pinang. Apa yang P Ramasamy buat untuk menyelesaikan masalah Sungai Kereh yang sangat tercemar jijik daripada kumbahan najis babi?

Apakah P Ramasamy terlalu rasis sehingga tak mempedulikan kawasan majoriti Melayu yang terjejas di Tasek Gelugor? Pesawah hasilnya menurun dan apabila banjir air sisa najis masuk ke rumah penduduk. 

Pemuda PAS menasihati P Ramasamy jangan tunjuk hero dengan urusan negeri lain sedangkan sungai yang menjadi sumber air dan alam sekitar terjejas di bawah tanggungjawab sendiri tak dipedulikan. Jangan jadi seperti ayam jantan yang penuh tahi terpalit, berkokok megah menuding orang lain!

ABDUL RAZIB ABDUL RAHIM
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 

Share:

‘The noisy neighbour’ bernama Pulau Pinang


ANDA ada sebuah dusun. Suatu hari, jiran anda datang bertandang dan anda pelawa dia makan buah-buahan dari dusun anda. Sekali itu sahaja anda pelawa dia, dan untuk dimakan pada hari itu sahaja. Rupa rupanya jiran anda jenis tidak tahu malu, tamak haloba pula. 

Berbekal pelawaan anda yang sekali itu, dia jadikan dusun anda seperti dia yang punya. Tidak cukup untuk makan sendiri, dia jual pula buah-buahan dari dusun anda. Modal tiada, untung buta-buta!

Bukan itu sahaja, dia pula mengarahkan anda itu ini — jaga pokok supaya sentiasa sihat, berbuah lebat dan sedap. Dia juga melarang anda jual hasil dusun kepada pihak lain untuk pastikan setiap kali dia datang untuk ‘curi’ hasil dusun anda, buah-buahan itu sentiasa ada.

Advertisement

Anda minta dia bahagi sedikit sahaja daripada dia dapat, dia buat tak peduli. ‘Buah-buahan Allah yang buat, bukan hang yang buat.’ Begitulah dia perli anda pada suatu hari.

Sebagai seorang yang budiman, jiran yang baik… Anda cuba mengelak daripada bising-bising. Tetapi sikap jiran yang ultra kiasu tak tahu malu itu semakin hari semakin melampau.

Apabila dengar anda nak buat sesuatu di dusun anda, serata ceruk kampung dia bising hatta kepada Penghulu dan Pengerusi JPKK. Bermacam-macam fitnah disebar mengenai anda, konon anda nak tukar dusun jadi ladang kelapa sawit dan macam-macam.

Kalau anda diam, anda sampai bila-bila akan dibuli oleh dia. Dusun itu hak anda tetapi dia tak peduli. Anda seperti seorang yang tidak ada maruah, malah bacul jika biarkan sahaja dia terus bertindak sesuka hatinya ke atas milik anda yang sah.

Suatu hari anda berbincang dengan isteri anda mengenai apa yang perlu anda lakukan, sama ada halang dia memasuki kawasan dusun anda lagi, atau menuntut bayaran atas segala hasil dusun anda yang dia niagakan.

Dengan tidak semena-mena, seorang daripada anak anda mempersoalkan tindakan anda, menyalahkan anda malah melarang daripada anda mengambil sebarang tindakan ke atas jiran itu. Dia beri alasan, buah yang dicuri dan dijual oleh jiran anda itu daripada Allah, bukan anda, ayahnya yang buat buah itu.

Dia terlupa bahawa selama ini dusun itu milik anda, anda yang tanam dan jaga segala pokok buah-buahan yang ada di situ. Apa anda rasa dengan sikap anak anda sendiri? Ini analogi. Jiran anda itu bernama Pulau Pinang.

MUHAMAD MAT YAKIM
Mahang, Kedah – HARAKAHDAILY

Share:

LAIN MACAM MB KEDAH


LAIN MACAM MB KEDAH

1. Belumpun menjangkau setahun, Tuan Haji Sanusi ( THS), MB Kedah ke-14 yang baru telah banyak buat hal. Aktivis PAS yang giat bergerak dalam masyarakat selama ini, kini menjadi tumpuan kawan dan lawan sejak menyandang kerusi nombor satu Kedah menggantikan Mukriz Mahathir. Beliau diserang dari pelbagai penjuru. Namun dibalasnya dengn lawak dan ilmu.
2. Orang Kedah memang suka buat lawak. Semasa aku belajar di Utara dulu, sahabat aku memang ramai orang Kedah. Jangan pelik tengok watak orang Kedah. Ada yang kelihatan bengis atau nampak bengis atau cengei air mukanya, tapi pandai buat lawak dan menghiburkan.
3. THS ini kelihatan begitu juga. Sahabat seperjuangan di Utara tentu lebih arif tentang perwatakan beliau. Sifatnya yang signifikan itu, menjadikan musuh-musuh politik kelihatan bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut.
4. Lawaknya apabila THS 'nak' sekat laluan air Sungai Muda daripada mengalir ke Pulau Pinang. Tak pernah dibuat orang. Bercelotehlah beliau konon rakyat Kedah boleh menambak laluan sungai tersebut apabila dikerah. Aku ketawa seorang diri. Tetapi tidak bagi orang 'berpelajaran' di Pulau Pinang. Menggelupur bukan kepalang. Kalau digeletek dengan lawak-lawak yang berterusan, silap-silap dihantar ke Tanjung Rambutan. (Kah! Kah! Kah!)
5. Marah betul suku-sakat DAP. Itu belum THS kata Kedah nak tuntut semula Pulau Pinang menjadi miliknya. Tinggal seluar dalamlah jawabnya Ketua Menteri.
6. Aku cadangkan Pulau Pinang cepat-cepat bayar pampasan air kepada Kedah seperti mana Selangor bayar kepada Pahang dan Melaka bayar kepada Johor. Jika terlambat, dikhuatiri Ketua Menteri dan suku-sakat DAP terpaksa mandi air kolam yang dicemari najis babi.
7. Bab kuil Hindu lagi satu hal. Cengei tak kurang THS apabila diusik dengan gertakan. Tetapi melawannya bukan dengan boxing Siam. Simple dan jelas dengan hujah perundangan. Menjadikan lawan yang menjawab menongkah undang-undang.
8. Bukan calang-calang MB berani begini. Biasanya orang politik, bahasanya banyak berbasa-basi. Kebanyakannya lebih memilih menjaga sokongan, jawatan dan undi. Tetapi nampaknya THS bukan sebarang orang; bukan pemimpin yang bishe-bishe, masih berdarah muda, bersemangat dan tangkas. Aku percaya atas keberanian kerana benarnya, isu pembinaan tempat ibadat tidak mengikut peruntukan undang-undang akan dapat diselesaikan. Dan ini boleh menjadi tindakan teladan oleh semua pihak berkuasa tempatan. Tahniah Sanusi. (Yang anehnya, ada bahlol Melayu dari negeri antah-berantah yang membela kuil yang dibina bercanggah dengan peraturan ini.)
9. Itulah Tuan Haji Muhamad Sanusi Md Nor. Sosok inilah juga selaku Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berjaya menyelesaikan tahi hutang Presiden terdahulu sebanyak RM10 juta hanya setelah mengambil alih jawatan tersebut dalam masa 6 bulan. Ditanya di sidang DUN Kedah, "dari mana hang dapat duit bayar hutang?" Dijawabnya, "awat hang tanya. Kenapa hang tak tanya bagaimana hang buat hutang?" Kan padu pertanyaan balas tu. (Kah!Kah!Kah!)
10. Teruskan Sanusi dengan lawak dan cengei hang. Hidup ini perlu ada keberanian dan sekali-sekala hiburan. Berani kekuatan kita, kecut di hati orang. Hibur bagi kita, sakit di hati orang.Yang pasti, tuan tidak keseorangan.
11. Aku tutup tulisan kali ini dengan ayat 139, surah ali Imran:
Ùˆَلاَ تَÙ‡ِÙ†ُوا Ùˆَلاَ تَØ­ْزَÙ†ُوا ÙˆَØ£َنتُÙ…ُ الأَعْÙ„َÙˆْÙ†َ Ø¥ِÙ† ÙƒُنتُÙ… Ù…ُّؤْÙ…ِÙ†ِينَ
"Janganlah kamu bersikap lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah (pula) kamu bersedih hati (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
#Nekad Bersama Islam
#Berpolitik BiarMenguntungkanIslam
BayangDiAir,
14/12/2020
Share:

‘Bila hujan turun, baru buka payung’ – Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Khabar angin bahawa Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai majoriti sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat adalah berita yang bukan pertama kali diuar-uarkan.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam reaksinya menyatakan bahawa semua pihak hanya perlu menunggu dan tidak perlu terkapai-kapai membuat keputusan sebelum hakikat sebenar berlaku.

“Bila hujan turun, baru kita buka payung. Hujan belum turun, payung dah ada, payung dah ada, bagaimana kita nak buka payung itu, tengok saiz ukuran hujan itu turun,” ujarnya tenang.

Advertisement

Beliau turut menyentuh tindakan pembangkang mencabar Kerajaan Perikatan Nasional telah gagal antaranya dilihat pada undi Belanjawan di peringkat dasar dan jawatankuasa.

“Walaupun majoriti yang tipis. Dalam amalan demokrasi, walaupun menang satu undi, sudah sah, ini yang penting. Boleh jalankan tugas. Dan mereka berusaha itu gagal,” katanya.

Mengulas mengenai hasrat WARISAN membuka cawangan di Semenanjung, beliau menyatakan keterbukaan untuk parti itu berbuat demikian dan menyatakan bahawa PAS juga mempunyai kekuatan sendiri.

Maklum beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, PAS pada masa kini mempunyai ahli hampir sejuta di seluruh negara dengan lebih 190 kawasan atau Parlimen serta ribuan Cawangan.

“Melihat Malaysia sebuah negara demokrasi, peringkat nasional, WARISAN sudah didaftarkan sebagai parti politik. Dan dia berhak untuk tubuh cawangan di mana sahaja di Malaysia, kita tak ada halangan.

“Tak boleh halang dia nak tubuh cawangan dia di mana sahaja,” ujarnya pada Majlis Ramah Mesra Media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini sebentar tadi.

Ditanya mengenai perkembangan di Perak, PAS menurutnya telah menyembah permohonan untuk menghadap Sultan Perak dan sudah menerima tarikhnya, namun tidak perlu dimaklumkan kepada media.

Beliau juga menyifatkan isu politik Perak sebahagian besar telah diselesaikan di mana pada dasarnya sudah berjaya melantik Menteri Besar dan lima Exco untuk menjalankan tugas, manakala baki itu mengikut proses Perlembagaan Negeri Perak.

Ditanya isu kuil di Kedah, terangnya ia adalah isu undang-undang dan bukan isu agama di mana penyelesaian mesti dilakukan secara undang-undang.

“Dan kita berbincang dengan MIC, dengan siapa sahaja dengan masyarakat Hindu berbagai kaum berdasarkan kepada undang-undang. Bukan sahaja pembinaan kuil, termasuk pembinaan masjid, surau mengikut undang-undang juga,” katanya. – HARAKAHDAILY

Share:

K’jaan Pusat fasilitator rundingan Kedah-Pulau Pinang


TIADA sesiapapun yang dapat menafikan bahawa sumber air yang mengalir dalam Sungai Muda bermula di ‘hulu’ Sungai Muda, iaitu di dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Muda, Negeri Kedah Darul Aman.

Sumber air tersebut berasal dari kawasan tadahan air yang memerlukan pengekalan dan kelestarian kawasan tersebut untuk menjamin bekalan air yang mencukupi kepada 4.06 juta rakyat Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Ini bermaksud, sumber air tersebut berpunca dari kawasan tadahan yang melibatkan sebahagian besar tanah dalam wilayah Negeri Kedah, sebelum mengalir menerusi Sungai Muda merentasi Kedah, melewati Negeri Pulau Pinang sebelum memasuki Selat Melaka. 163,000 hektar tadahan itu memerlukan pemuliharaan, tidak diusahakan dengan aktiviti ekonomi yang mengubah rupa bumi dan fungsinya.

Advertisement

Persempadanan di antara Negeri Kedah dan Pulau Pinang yang dibahagikan melalui sempadan sungai hanya berlaku di sempadan Negeri Kedah – Pulau Pinang iaitu di Kampung Pantai Prai di Negeri Kedah dan Kampung Setui di Pulau Pinang. 

PBAPP mengekstrak 80 peratus sumber air mereka dari Sungai Muda setiap hari iaitu 1,100 juta liter sehari (mld).

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) mengenakan caj kepada pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) bagi setiap meter padu yang diekstrak (800 mld) bagi tujuan membekalkan bekalan air terawat kepada seluruh rakyat Kedah.

Kenaan caj yang sama patut dikenakan kepada pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang mengekstrak setiap meter padu menggunakan sumber air berasal dari Sungai Muda, walaupun sumber air yang diekstrak adalah di sebelah sempadan Negeri Pulau Pinang tetapi sumber asal air tersebut adalah dari Sungai Muda di Kawasan Tadahan Ulu Muda.

Perjanjian 1985 perlu disemak semula memandangkan keperluan bekalan air semakin meningkat di samping keperluan kepada pembangunan dan pengekalan kelestarian alam semulajadi bagi tujuan mengekalkan sumber air turut meningkat. (Sustainable Development Goals untuk teras 6 dan 15 – United Nation).

Merujuk kepada Perjanjian 1985, persepakatan yang dicapai adalah bertujuan ‘menjamin bekalan air dari Ulu Muda yang terletak di Negeri Kedah.’ Jaminan hanya bermaksud menjamin bekalan air kepada Pulau Pinang, bukan jaminan bekalan air mentah secara percuma selama-lamanya. 

Selepas 35 tahun, keperluan untuk mengekalkan bekalan sumber air agar jaminan tersebut berterusan telah berubah mengikut keperluan dan permintaan bekalan air terawat pada masa kini. 

Apabila wujud kos untuk penyelenggaraan sumber dan aliran, sewajarnya kos itu turut dipikul oleh Pulau Pinang selaku pihak penerima faedah. Apatah lagi, kos melepas akibat pengekalan kawasan tadahan di Ulu Muda semakin hari semakin meningkat.

Keadaan ini telah berubah apabila Akta 655 – Akta Industri Perkhidmatan Bekalan Air 2006 (WSIA 2006) diluluskan di Parlimen, yang membawa reformasi besar-besaran dalam bidang pengurusan dan pembiayaan bekalan air di seluruh negara. Beberapa agensi baru di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri diwujudkan selaras dengan kehendak akta ini, seperti SPAN, PAAB, SADA, LSANK dan PBAPP di Pulau Pinang. Jabatan Bekalan Air di negeri-negeri telah dimansuhkan. Pemisahan antara pengurusan sumber air dengan operator bekalan air adalah intipati penting akta ini.

Bagi tujuan pengekalan dan kelestarian alam semulajadi, ia memerlukan kos pemeliharaan dan pemuliharaan yang tinggi untuk memastikan sumber asli tersebut benar-benar terjamin. 

Dari perspektif keadilan sosial, pihak PBAPP perlu bersama-sama bertanggung-jawab memastikan sumbangan kepada rakyat benar-benar dapat disumbangkan daripada sumber yang betul dan bertindak adil kepada agensi-agensi pemberi perkhidmatan kepada rakyat. Perkongsian kos yang sama akan lebih bermanfaatkan rakyat keseluruhannya. 

Dengan demikian, PBAPP patut membayar caj pengekstrakan air dari sumber air mentah Negeri Kedah agar manfaatnya dapat dikongsikan secara bersama bagi rakyat di kedua-dua negeri. Adalah tidak wajar Kedah perlu korbankan tanah hutan yang luas dan menanggung kos penyelenggaraan sumber dan aliran, sementara Pulau Pinang pula menikmati faedah dan keuntungan secara percuma.

Adalah diharapkan faktor-faktor berbangkit ini menjadi pertimbangan PBAPP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membuat bayaran sewajarnya kepada Kedah melalui LSANK. Kerajaan Persekutuan diharapkan dapat menjadi fasilitator untuk menjayakan rundingan antara kedua-dua negeri dan agensi terbabit.

YAB MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Menteri Besar Kedah
13 Disember 2020 – HARAKAHDAILY

Share:

Bayaran air mentah: Pulau Pinang jangan lepas tangan


LEMBAGA Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah berkaitan tuntutan harga air mentah daripada Sungai Muda kepada Pulau Pinang.

Walaupun PBAPP menyatakan air yang diabstrak adalah di Sungai Muda adalah dari bahagian Negeri Pulau Pinang, namun tidak dapat dinafikan bahawa kawasan tadahan Ulu Muda yang membekalkan sumber air mentah melalui Sungai Muda kepada Negeri Pulau Pinang terletak di Negeri Kedah.

Advertisement

Selain itu, kos penyelenggaraan sepanjang sungai yang merentasi daerah-daerah di Negeri Kedah perlu diambilkira kerana kos ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Kerajaan Negeri Kedah telah mendapati wujudnya berbagai galian berharga termasuk ‘Rare Earth Element’ atau REE yang ditemui di Ulu Muda merupakan suatu bentuk galian mineral untuk menjana hasil baharu kepada Kerajaan Negeri Kedah. 

Justeru, semua pihak perlu menghormati dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman dan hak Kedah yang boleh dimanfaatkan demi faedah negeri dan rakyat Kedah.

Perjanjian bagi meluluskan Program Bekalan Air Pulau Pinang dan pewartaan enakmen negeri yang meletakkan sempadan negeri di ‘garis pusat’ Sungai Muda bagi menjamin bekalan air telah berusia 35 tahun.

Walaupun pada ketika itu, tiada caj dinyatakan, namun jika merujuk kepada asas pertimbangan ‘demand & supply’ bekalan air pada ketika itu dan masa kini, ianya patut disemak dan dikaji semula.

Tambahan pula, pada waktu itu Lembaga Sumber Air Negeri Kedah masih belum wujud. Ianya telah ditubuhkan selaras dengan kehendak Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 yang diluluskan di Parlimen sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap kawal selia dan kelestarian sumber air. Begitu juga, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang diwujudkan dengan kehendak akta tersebut. Oleh itu, perkara-perkara penting berkaitan pengekalan sumber air perlu untuk diberi perhatian semula. 

Selain itu, akibat daripada perluasan kawasan dan perebakan pembangunan hari ini, telah menyebabkan keperluan dan permintaan bekalan air terawat telah meningkat dengan mendadak dan ini memaksa kepada jaminan sumber air mentah perlu sentiasa mencukupi dan tersedia. 

Oleh yang demikian, kos untuk mengekalkan sumber air mentah perlu dipertingkatkan dan diberi perhatian serius, di mana agensi utiliti berkaitan air perlu menyokong tujuan tersebut melalui kenaan caj kos air mentah yang diabstrak dari sungai asal agar ianya dapat menampung keperluan tersebut.

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah mengenakan caj pengabstrakan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. bagi setiap meter padu untuk kegunaan pembekalan air terawat kepada rakyat di Negeri Kedah.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sewajarnya menjelaskan bayaran caj yang sama atas pengabstrakan sumber air mentah yang berasal dari Negeri Kedah. Tujuannya adalah bagi mengekalkan kawasan tadahan air sebagai kawasan tadahan termasuk kos penyenggaraan dan pemuliharaan sepanjang Sungai Muda yang akan berkeupayaan untuk menjamin bekalan air mentah yang berterusan serta mencukupi bagi keperluan rakyat di Negeri Kedah.

NOORULHUDA MOHAMMED ALI, AMK., BCK.
Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 

Share:

Wednesday, December 9, 2020

Kenapa vaksin dari China diuji di negara luar?


ADA PULA bertanya kenapa vaksin dari China itu tidak diuji oleh China sendiri? Kenapa negara luar yang dijadikan ujian klinikal fasa 3? 

Laporan dari akhbar China-briefing menyatakan setakat ini 16 buah negara sudah bersetuju untuk bekerjasama termasuk negara-negara besar seperti Turki dan Brazil. Ini kerana negara-negara itu masih tinggi lagi kes COVID-19. Kes di China sudah menurun.
Perlu diingat, fasa kajian negara lain itu adalah fasa ke-3. Fasa pre-klinik, fasa-fasa klinikal 1 dan 2 telah pun berjaya dilakukan ke atas rakyat mereka sendiri. Oleh kerana fasa 3 kajian klinikal ini memerlukan ribuan kes, sudah pasti ianya perlu dilakukan secara multi-center (Pelbagai negara). Syarat-syarat ketat dan etika kajian wajib dipatuhi.

Advertisement

Ada pula yang bertanya, China berjaya mengekang COVID-19 tanpa vaksin pun. Ya benar, vaksin adalah bukan ultimatum. Jika negara tegas dan rakyatnya patuh taat dengan segala arahan seperti SOP yang ditetapkan, tidak mustahil kita juga akan dapat melawan wabak ini tanpa vaksin pun. Namun apa yang berlaku, ramai yang sudah lupa dan degil dengan segala arahan yang diberikan. Kita boleh lihat sendiri negara-negara yang gagal ikut arahan seperti German, Itali dan beberapa negara lain lagi. Kes naik mencanak dan sudah di luar kawalan dek kerana rakyat tak patuh. 

Berbeza dengan China, kerajaan tegas bertindak sehingga ada yang dipenjara dan dikurung ketat jika langgar Perintah Kawalan Pergerakan. Rakyatnya pun patuh sepatuhnya tanpa banyak perangai. Sebab itu mereka berjaya. Adakah Malaysia mampu mengikuti China? Lihat sendiri lah. PKP telah berlangsung dengan beberapa fasa, tetapi itupun bising dan tidak dengar kata.

Kejayaan Kerajaan China menurunkan kes pun mengikuti apa yang disarankan oleh WHO sebagaimana yang dilaporkan dalam jurnal The Lancet keluaran 8 Oktober 2020:

“Wuhan was placed under a strict lockdown that lasted 76 days. Public transport was suspended. Soon afterwards, similar measures were implemented in every city in Hubei province. Across the country, 14,000 health checkpoints were established at public transport hubs. School re-openings after the winter vacation were delayed and population movements were severely curtailed. Dozens of cities implemented family outdoor restrictions, which typically meant that only one member of each household was permitted to leave the home every couple of days to collect necessary supplies. Within weeks, China had managed to test 9 million people for SARS-CoV-2 in Wuhan. It set up an effective national system of contact tracing.”

Hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan kita sekarang. Cuma perangai rakyat China berbeza dengan kita.

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 

Share:

Tidak hina kaum India, hanya guna kata bidalan



KUALA LUMPUR: Tiada sebarang penghinaan dibuat terhadap kaum India sepertimana dituduhkan pihak tertentu yang membuat dakwaan berkaitan, demikian kata Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Jelasnya, beliau telah menggunakan bahasa kiasan atau bidalan yang bukan membawa maksud secara langsung, tetapi telah difahami dalam konteks lain termasuk diputarbelitkan oleh media tertentu dari disebutnya.

Advertisement

“Contohnya, ‘lebih sudu daripada kuah’. Mana ada sudu lebih daripada kuah? Tapi ada bidalan yang macam itu. Contohnya, ‘terlebih lajak daripada laju’. Ada ke lebih lajak daripada laju? Tak ada. Tapi ada bidalan macam itu.

Contohnya depa (penuduh) inilah, ‘lebih lajak daripada laju’. Benda kecik saja, tapi hang terlebih-lebih. Over react, that unnecessary. Bahasa Inggerisnya macam itu,” ujar beliau pada satu program di Alor Setar hari ini.

Menyentuh perkataan ‘mabuk’ dan ‘todi’ disebutnya sebelum ini, beliau menyatakan ia sama sekali tidak bermaksud untuk menghina kaum India, sebaliknya juga adalah bahasa kiasan atau bidalan merujuk kepada pihak terbabit.

“Mabuk ini macam-macam, ‘mabuk cinta’ pun mabuk. ‘Mabuk cinta’, dia bukan mabuk, tapi dia dipanggil mabuk. Samalah ini ‘mabuk populariti’. Dia bukan mabuk (seperti minum arak) itu, (tapi) dia syok sangat dekat populariti, ‘mabuk populariti’ lah,” jelasnya.

Manakala mengenai ‘todi’ pula menurutnya, ia merujuk sebagai penambah perisa sebagaimana sebutan loghat di kampung mengenai ‘ketip lidah’ di mana menunjukkan sensasi rasa dialami lidah apabila mengambil minuman tertentu.

KEDA bukan medan politik

Terdahulu beliau mengingatkan supaya badan berkanun seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) tidak dikepung fungsinya bagi tujuan kepentingan politik kelompok tertentu sebaliknya bebas melaksanakan tanggungjawabnya.

Tegas beliau, matlamat penubuhan dan setiap sen yang diperuntukan mesti sampai kepada kumpulan sasar secara terarah agar dapat membantu orang miskin dan membangunkan wilayah sebagaimana dihasratkan.

“Tidak lagi menjadi tempat untuk menimba, mengaut pengaruh untuk kepentingan politik, untuk kepentingan sesiapapun. Saya rasa dengan kebebasan yang dinikmati oleh agensi-agensi kerajaan badan-badan berkanun rakyat akan lebih terbuka, lebih selesa untuk menerima manfaat terbaik semaksima mungkin daripada setiap kerja buat.

“Macam KEDA untuk membangunkan wilayah, bangunkan wilayahlah, jangan membangunkan parti politik tertentu. Ya. Saya rasa ini satu tindakan yang patut dilaksanakan lama dulu, tapi belum terlewatlah untuk kita buat sekarang ini.

“Jangan takut dengan orang politik, orang politik ini patut menjadi pemudah cara, bukan penyusah cara,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY

Share:

REE: Ekstrak guna teknologi baharu, tiada pembalakan


KUALA LUMPUR: Pengekstrakan elemen nadir bumi (REE) tidak dilakukan sepertimana perlombongan biasa, sebaliknya menggunakan teknologi baharu, demikian jelas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Malah tegasnya, dengan teknologi digunakan itu tidak akan menebang sebarang pokok setelah pula tiada lagi kawasan pembalakan boleh diluluskan kerana semua hutan yang mengandungi kayu balak telah diluluskan di zaman Pakatan Harapan (PH).

“Di Ulu Muda sahaja ada 22,00P hektar yang dalam proses pelesenan untuk tebangan, dah diluluskan zaman dulu. Saya masuk pejabat ini tak ada tempat dah nak diluluskan. Zaman PH (lagi sudah lulus).

Advertisement

“Untuk kawasan yang dikatakan ada REE itu, kawasan itu pun dah gondol dua tahun lepas, tak ada kayu dah,” ujarnya menjawab tuduhan pihak tertentu mendakwa pengekstrakan REE itu bagi membolehkan balak dikeluarkan.

Jelas beliau, pihak kerajaan negeri memberi permit teroka dan bukan permit carigali di mana pencarian untuk menentukan lokasi dan keberadaan REE tersebut akan disahkan kepastiannya melibatkan Jabatan Geosains dan Mineral.

“Teroka ini cari, betul ke ada tang (di) yang dikatakan ada itu. Teroka dulu kut-kut (kalau-kalau) ada. Ada ke, tak ada ke. Benda duduk di bawah tak ada siapa nampak kan. Jadi kita bagilah permit teroka. Kalau ada alhamdulillah, kalau tak ada, masya-Allah,” katanya.

Tambahnya, garis panduan penerokaan tersebut berada dalam ketetapan dasar oleh Majlis Mineral Negara yang berada di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dengan kerjasama semua kerajaan negeri.

Beliau mengingatkan pihak tertentu untuk tidak melulu membuat tuduhan bagi menafikan usaha mengeluarkan REE tersebut jika ia benar wujud sebagai kekayaan pemberian Allah, sebaliknya dipastikan tidak mengalir keluar.

Beliau mengimbas sejarah penjajahan lampau di mana sumber mineral galian yang terdapat di negara ini telah mengkayakan negara-negara Barat dengan membangunkan Revolusi Industri menggunakan hasil dari negara ini. – HARAKAHDAILY

Share:

Monday, December 7, 2020

Kaliyappan - Gambar DAP yang lebih gelap daripada gelap

Kaliyappan – A Darker Than Dark Image Of DAP

Some DAP members and supporters are shell-shocked to learn that a criminal has been appointed as a councillor in Penang Island City Council (MBPP) for past few years.


R. Kaliyappan, 51, was appointed as a City Councillor by former chief minister and DAP secretary-general Lim Guan Eng, who has had always paraded his party and him of being whiter than white.


But the appointment of Kaliyappan as a councillor surely has mocked Guan Eng’s boast.


Kaliyappan was caught running an illegal sex den in Bayan Baru during a police raid at 9.45 pm on 10.3.2006.


During the raid at a premise, namely Sawadee Enterprise No.303B-03-13, in Krystal Point, located near the Bayan Baru roundabout,  police caught 2 men and women each.


The couples were caught red handed in compromising positions in their respective rooms.


When the police party pulled over Kaliyappan, who was present at the premise during the raid, for questioning, then the would-be councillor admitted that the brothel belonged to him.


This brothel pimp now is a city councillor under the whiter-than-white DAP-run Penang government!!!


Not only that.


He is an appointed commissioner in the Penang Hindu Endowments Board headed by DCM2 Ramasamy.


Kaliyappan is also said to be the head of a mob group called Mangata.


Mangata is said to have strong links with the underworld in Guan Eng’s state constituency, Air Putih.


By the way, is it true that Kaliyappan is still an active MIC member whilst being DAP councillor and commissioner?  


So much so about the whiter than white DAP. 


Kaliyappan past and present criminal background has torn apart that myth, isn’t it not.


Actually he is a testimonial image of the darker than dark side of DAP!!!

Google translate

Kaliyappan - Gambar DAP Yang Lebih Gelap Daripada Gelap

Sebilangan ahli dan penyokong DAP terkejut mengetahui bahawa seorang penjenayah telah dilantik sebagai ahli majlis di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sejak beberapa tahun 
kebelakangan ini. 

R. Kaliyappan, 51, dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya oleh mantan ketua menteri dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, yang selalu memeriahkan parti dan dia menjadi lebih putih daripada putih. 

Tetapi pelantikan Kaliyappan sebagai ahli majlis pasti mengejek kebanggaan Guan Eng. 

Kaliyappan ditangkap menjalankan sarang seks haram di Bayan Baru semasa serbuan polis pada jam 9.45 malam pada 10.3.2006. 

Semasa serbuan di sebuah premis, iaitu Sawadee Enterprise No.303B-03-13, di Krystal Point, yang terletak berhampiran bulatan Bayan Baru, polis masing-masing menangkap 2 lelaki dan wanita. 

Pasangan itu ditangkap dengan tangan merah dalam posisi berkompromi di bilik masing-masing. Ketika pihak polis menarik Kaliyappan, yang hadir di premis semasa serbuan, untuk disoal siasat, maka calon majlis itu mengakui bahawa rumah pelacuran itu adalah miliknya.

 Permaisuri pelacuran ini sekarang adalah ahli majlis kota di bawah pemerintahan Pulau Pinang yang dikendalikan oleh DAP yang lebih putih !!! 

Bukan itu sahaja. 

Dia adalah pesuruhjaya yang dilantik di Lembaga Pemberian Hindu Hindu Pulau Pinang yang diketuai oleh DCM2 Ramasamy. 

Kaliyappan juga dikatakan ketua kumpulan massa bernama Mangata. 

Mangata dikatakan mempunyai hubungan kuat dengan dunia bawah di DUN Guan Eng, Air Putih. 

Ngomong-ngomong, adakah benar bahawa Kaliyappan masih menjadi ahli MIC yang aktif semasa menjadi ahli majlis dan pesuruhjaya DAP? 

Lebih-lebih lagi mengenai DAP yang lebih putih daripada putih. 

Latar belakang jenayah Kaliyappan masa lalu dan sekarang telah meruntuhkan mitos itu, bukan. 

Sebenarnya dia adalah gambar testimoni dari DAP yang lebih gelap daripada yang gelap !!!



Share: