Blog berita Kedah pelbagai sumber

Wednesday, December 30, 2020

PAS suka robohkan kuil di Kedah ke?


Wat Machimmaram, Wat Pikulthong dan Wat Photivihan. Inilah tiga tokong Buddha di Kelantan. Ya betul, Kelantan! Ada macam-macam patung Buddha, yang baring, yang berdiri dan yang duduk. Dan semuanya antara terbesar di Asia Tenggara. Bukankah PAS suka robohkan kuil di Kedah? Jadi kenapa bukan di Kelantan?

Isu di Kedah bukan kerajaan negeri nak menghalang orang Hindu daripada bersembahyang di kuil. Masalahnya apabila kuil itu dibina tanpa kebenaran di atas tanah milik orang lain. Kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan hak kepada sesiapa untuk mencerobohi tanah orang kerana Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang ke atas harta bendanya.

MB Kedah walaupun betul dari segi undang-undang apabila mengarahkan perobohan kuil Hindu yang dibina secara tak sah dan apabila enggan memberikan jaminan tiada lagi kuil Hindu yang tak sah akan dirobohkan, cara beliau menjawab dan mengendalikan sidang media, terutamanya apabila membawa isu minum todi, adalah salah. Walau apa pun, kerajaan PAS bukan Taliban.

Nak selesai isu kuil, senang sahaja. Saya memohon kepada kerajaan negeri atau kerajaan tempatan supaya memanggil semua pentadbir kuil Hindu untuk memaklumkan sama ada:

1. struktur kuil dibina dengan kelulusan; dan
2. kuil dibina di atas tanah yang dibeli atau disewa secara sah.

Sekiranya No 1 adalah "tidak", kerajaan negeri atau kerajaan tempatan harus melakukan pemeriksaan dan membenarkan struktur kuil tersebut mendapat kelulusan, dengan syarat No 2 adalah "ya".

Sekiranya No 2 adalah "tidak", maka langkah pantas harus diambil untuk memindah kuil tersebut. Tak payah tunggu arahan Mahkamah keluar baru nak bincang atau minta tolong.

P.S. Pernah tengok atau dengar Gurdwara dirobohkan? Tak sebab tiada satu pun Gurdwara di Malaysia yang dibina bertentangan dengan undang-undang. Tanah untuk membina Gurdwara dibeli sama ada dengan menggunakan duit derma orang ramai atau geran kerajaan. Bak kata pepatah Punjabi, "balle balle", yakni balle balle lah apa lagi. Singh is King!

DR. SHAMSHER SINGH THIND


Share:

0 comments: