Blog berita Kedah pelbagai sumber

JIKA KEGILAAN KERAJAAN MUKHRIZ TIDAK DISEKAT, KAWASAN HUTAN DI KEDAH BAKAL JADI 'PADANG JARAK PADANG TEKUKUR'

Hakikatnya, sejak Mei 2013, beribu-ribu kawasan hutan diluluskan kepada syarikat pembalakan untuk ditebang. Tahun ini sahaja lebih 3200 hektar hutan diluluskan kepada MBI untuk dijadikan ladang.

MB PERJELAS ISU BAYAR HUTANG SADA RM79.33 JUTA

Mengapa hutang bertampuk-tampuk sejak 4 tahun lalu?

LEBIH RM20 JUTA PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN PANTAI MERDEKA DAN TANJUNG DAWAI

Terdapat beberapa komponen projek telah disusun. Bagi komponen pertama iaitu pemuliharaan pantai di Pantai Merdeka kembali kepada keadaan asal yang akan bermula pada tahun 2021. Selain daripada itu bagi komponen lain ialah pembinaan jeti di Tanjung Dawai telah diberi pertimbangan untuk dilaksanakan.

Mahfuz hanya memikirkan kain batik dan coli😂

Cara tahap pemikiran seorang Ahli Parlimen sebuah parti.Kalau nak fitnah pun, banyak benda boleh dibuat pembayang dalam berpantun tu

VELLFIRE DETECTED

dalam Malaysia ni cuma ada sebuah Vellfire sahaja, dan warnanya pun cuma hitam saja. So, mudah untuk didetect!

Thursday, April 15, 2021

Harga makanan, barangan kawalan di Kedah terkawal


POKOK SENA: Berdasar Ops Pantau yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna (KPDNHEP) mendapati harga makanan dan barangan kawalan di Kedah masih terkawal.

Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Wan Romani Wan Salim berkata, setakat ini belum ada aduan berkenaan kenaikan harga barang oleh pengguna.

Bagaimanapun katanya, pengguna digesa segera membuat aduan sekiranya terdapat peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang terutama di musim perayaan sekarang.“Mereka boleh membuat aduan secara di atas talian e-aduan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan pelitup muka dan hand sanitizer kepada 57 sekolah di daerah Pokok Sena hari ini.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Pokok Sena Ahmad Bawadir Abdul Ghani.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan berlaku kenaikan mendadak harga runcit barangan keperluan hampir di seluruh negara ketika umat Islam menghadapi Ramadan sekarang.

Berdasar tinjauan yang dibuat didapati berlaku peningkatan harga ayam bersih standard sebelum ini RM5.99 meningkat kepada RM9.50 sekilogram.

Wan Romani yang juga Adun Bukit Pinang turut memberi jaminan bekalan makanan di Kedah sepanjang Ramadan dan sambutan Aidilfitri ini mencukupi.

“Ini bermakna bekalan makanan mencukupi seluruh Kedah. Kerajaan negeri dan KPDNHEP mengadakan lawatan ke premis-premis perniagaan sebelum Ramadan lagi,” ujarnya.

Sementara itu pada majlis berkenaan sebanyak 1,200 keping pelitup muka dan 600 botol hand sanitizer diserah kepada guru besar dan wakil sekolah yang hadir.

Program itu diadakan di Dewan MADA Hutan Kampung itu ditaja Respack Manufacturing Sdn Bhd. – HARAKAHDAILY

Share:

DAP ‘yakin’ Anwar terima pendiriannya, tidak jalin kerjasama dengan pemimpin kleptokrat


PETALING JAYA:
 DAP menerima penafian Anwar Ibrahim mengenai rakaman audio kontrovesi baru-baru ini dan “yakin” presiden PKR itu tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan pemimpin rasuah.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, yakin Ketua Pembangkang itu memahami syarat dan prinsip DAP berhubung kerjasama dengan pemimpin di luar kerangka Pakatan Harapan.

Beliau berkata, DAP menerima baik penafian Anwar berhubung rakaman audio yang dikaitkan dengan beliau dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Anwar dan Zahid nafi mengadakan perbualan itu, namun rakaman itu dicanang oleh sesetengah pihak sebagai bukti wujud kerjasama antara dua pemimpin itu dalam menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

“Anwar sudah nafi secara terbuka dan kita (DAP) terima jawapan itu dengan prinsip kepercayaan terhadap Anwar,” kata Loke.

Beliau yakin, Anwar selaku pengerusi PH, akur dengan pendirian DAP berhubung kerjasama dengan pihak di luar gagasan itu.

“Kita tidak boleh memasukkan pemimpin kleptokrat yang disabitkan kesalahan dari segi rasuah dan sebagainya.

“Ada garis merah di situ dan saya cukup yakin ia difahami oleh Anwar,” kata beliau.

DAP sebelum ini menyifatkan Zahid sebagai pemimpin yang tercalar kewibawaannya.

Presiden Umno itu menghadapi perbicaraan atas pelbagai tuduhan rasuah, selain menghadapi desakan dari dalam dan luar parti untuk berundur.

Loke berkata, sebarang kerjasama yang mahu diwujudkan oleh PKR pimpinan Anwar dengan Umno perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam Majlis Presiden PH.

Bagaimanapun, pada Loke, pendirian DAP dan Umno adalah jelas mengenai isu kerjasama antara mereka.

“DAP sudah memutuskan kita tidak ada kerjasama dengan Umno pada PRU15. Begitu juga, Umno kata ‘No DAP’. (Jadi) kita kembalikan mandat kepada rakyat,” kata beliau.

Loke berkata DAP mahukan PH berusaha membentuk kerajaan baharu bawah pimpinan Anwar pada PRU15 terlebih dahulu.

“Yang paling ideal bagi PH, bawah pimpinan Anwar, kita boleh membentuk kerajaan.

“Namun jika tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan, kena lihat keputusan PRU15 (untuk timbang) sama ada ruang untuk kerjasama (dengan parti lain),” tambahnya.


MR : DAP main wayang nak tunjuk lebai
Share:

Thursday, February 11, 2021

Pesawah berdepan serangan ‘Bena Perang’


PENDANG: Ketika manusia berdepan dengan pandemik Covid-19 yang menyebabkan kematian lebih 850 orang di negara kita sehingga sekarang, sebaliknya pokok padi turut berdepan serangan penyakit.

Serangga Bena Perang memulakan serangan bermula di tapak semaian sehingga peringkat pokok padi berbuah.

Sekiranya tidak dikawal boleh menyebabkan pokok padi mati dan secara tidak langsung akan menjejaskan sumber makanan negara.

Oleh itu, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) komited membantu petani di kawasan Muda bagi mengawal serangan Bena Perang.

Pengerusinya, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, sehingga 3 Februari lepas keluasan serangan serangga itu dianggarkan seluas 724,66 hektar di mana 276,97 hektar daripadanya mencapai tahap hopperburn.

Katanya, beberapa kawasan dikenal pasti terkesan dengan serangan tersebut antaranya Jitra, Pendang, Kota Sarang Semut dan Perlis.

“Pihak MADA melaksanakan program membantu kawalan serangan Bena Perang di kawasan yang mempunyai penilaian risiko sangat tinggi dengan anggaran keluasan 1,819 hektar secara berperingkat.

“Kaedah pelaksanaan program tersebut melalui perkongsian kos input di antara MADA dan peladang iaitu masing-masing 50 peratus.

“Manakala kos aplikasi akan ditanggung sepenuhnya oleh peladang,” katanya ketika lawatan ke demontrasi kawalan Bena Perang di Tanjung Radin dan Bukit Seni Pendang dekat sini, kelmarin.

Serangan serangga terbabit menyebabkan pokok padi menjadi kering dan mati serta hasil pertanian merosot.

Sebelum ini pesawah berdepan dengan serangan perosak padi termasuk wereng coklat (Nilaparvata lugens Stal) iaitu sejenis hama yang merosakkan pokok padi.

Ahmad Tarmizi juga berkata, MADA melaksanakan program khusus membantu kawalan terhadap serangan Bena Perang di kawasan Muda.

“MADA memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada petani bagi membendung penyakit tersebut untuk mengelakkan menjejaskan sumber pendapatan mereka,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 

Share:

Di sebalik tular isu kerosakan Gunung Inas

KELULUSAN asal untuk ladang hutan ganti diperolehi pada tahun 2007 seluas 5,000 hektar (12,355 ekar) oleh Kedah Agro Sdn Bhd (Anak syarikat MBI Kedah) dan sebuah syarikat usahasama. 

Kerajaan bertukar pada 2008 (PRU-12). Projek itu diteruskan oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. Kayu-kayu diserah kepada Jabatan Perhutanan untuk ditander terbuka, kerja menanam diserah kepada Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan (KLPK).

Advertisement

Mula ditanam getah (TLC) pada 2012 oleh Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan di fasa 1 seluas 400 ekar. Konsep projek pada masa itu adalah membangunkan Ladang Rakyat yang akan diuruskan oleh Kedah Agro. Nama-nama penduduk miskin seluruh Kedah dikumpulkan oleh Pejabat Daerah dan mereka dimasukkan sebagai peserta Ladang Rakyat yang dibayar dividen tahunan berdasarkan pendapatan daripada ladang rakyat itu.

Konsep Ladang Rakyat dalam program ladang hutan ganti (TLC) itu akan diperluaskan ke daerah-daerah lain dari masa ke semasa. Fasa 1 projek itu akan memanfaatkan 300 penduduk miskin dari Daerah Baling dan sekitarnya. Mereka hadir menerima dividen pertama pada hari projek itu dirasmikan oleh TS Ustaz Azizan Abdul Razak di Charok Rotan Emas, sebahagian tapak projek itu. Ramai lagi yang hadir ke majlis itu.

Masa berlalu: 

Selepas PRU pada 2013, kerajaan negeri bertukar. Projek Ladang Rakyat itu tidak diteruskan atau batal! 400 ekar itu sajalah ditanam getah. Ladang Rakyat dan penduduk miskin yang dipilih menjadi pesertanya pun berkubur tanpa nisan.

Tapak kelulusan projek TLC itu diserahkan kepada syarikat lain oleh kepimpinan kerajaan dan MBI pada masa itu. Perubahan kerajaan turut mengubah ladang hutan TLC fasa-fasa berikutnya kepada tanaman lain yang kini dikenali sebagai ladang Durian Musang King terbesar di dunia. Daripada kelulusan asal 12,355 ekar, tiba-tiba telah menjadi 30,000 ekar dalam tempoh 2013-2019.

Banjir dan lumpur mengancam penduduk sekitar akibat mendapan tanah di sungai sekitar kawasan itu sejak beberapa tahun lalu. Sungai menjadi cetek dan air melimpah ke kawasan kediaman. Paling kerap pada 2019. 

Saya difahamkan syarikat asal yang diberikan kawasan itu selepas perubahan kerajaan pada 2013 lalu telah menjual projek ladang itu mereka kepada sebuah syarikat lain. Exco Alam Sekitar Kerajaan PH pada 2019 juga turut membuat beberapa kenyataan media berhubung banjir lumpur dan Musang King di Gunung Inas.

Kerajaan bertukar lagi:

Pada Julai tahun lalu (2020), sebulan selepas mengambil alih kerajaan daripada PH, sempena Mesyuarat Exco Kerajaan yang diadakan di Baling, saya mengarahkan projek tanaman durian yang didakwa menyebabkan banjir itu dihentikan. Dasar kita jelas, peraturan mesti dipatuhi, pelanggaran undang-undang tidak boleh dikompromi. Kepentingan rakyat mesti didahulukan.

Projek ladang hutan mesti ditanam spesis yang dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan, dan durian tidak termasuk spesis itu. Walau bagaimanapun, Jabatan perhutanan membenarkan 20 peratus keluasan yang diluluskan ditanam dengan spesis buah-buahan. Pada masa itu (Julai 2020), dilaporkan 2,000 ekar sudahpun ditanam Durian Musang King.

Arahan kerajaan jelas:

Hentikan tanaman Durian Musang King, kembali kepada tanaman yang dibenarkan untuk ladang hutan ganti di tanah yang diluluskan. Tanah-tanah yang sudah gondol mesti ditanam dengan tanaman tutup bumi segera untuk mengelak hakisan. 

Bersabit video yang tular semalam, saya difahamkan ia video lama sebelum arahan berhenti kerja dibuat pada Julai 2020. Saya tidak kenal mereka, sama ada mereka itu syarikat yang diberi hak membangunkan ladang hutan selepas tahun 2013 ataupun syarikat yang membeli projek itu daripada syarikat asal. 

Saya tidak tahu tujuan sebenar ia ditularkan semula. Walau bagaimanapun, saya telah meminta laporan penuh keadaan semasa di kawasan terbabit daripada semua agensi yang terbabit. Tindakan berikutnya akan dibuat berdasarkan laporan-laporan itu.

Terkini:

Getah yang ditanam pada 2012 itu sudahpun mula ditoreh beberapa tahun lepas. Ia masih diuruskan oleh Kedah Agro Sdn Bhd, anak syarikat MBI. Tapi ia bukan lagi berkonsepkan ladang rakyat yang dirancang pada 2012… 

Sekali air bah, sekali pantai berubah. Kita tetaplah pada diri dan matlamat kita.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.”

MUHAMMAD SANUSI MD NOR – HARAKAHDAILY

Share:

Monday, January 25, 2021

Kenapa tak kritik 7 negeri tanpa Thaipusam, soal pembantu MB

 


ALOR SETAR:
 Seorang pembantu Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mempertikaikan kenapa pengkritik keputusan Kedah tidak mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti peristiwa tahun ini, tidak menyasarkan tujuh negeri lain yang belum menjadikan perayaan itu sebagai cuti peristiwa.

Setiausaha Politik Sanusi, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pengkritik gagal memahami Kedah membuat keputusan itu atas faktor kesihatan awam dan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Maka semua perayaan tidak disambut, termasuk CNY (Tahun Baru Cina). Hari raya puasa pun belum tentu dapat disambut, jika PKP masih dilaksanakan.

“Cuti peristiwa tak diberi kerana memang rakyat sudah ‘bercuti’ apabila kebanyakan mereka bekerja dari rumah ketika PKP. Ada sebilangan yang bekerja di tempat kerja, terutamanya kumpulan ‘frontliners’.

“Soalnya, kenapa pihak itu tidak serang kerajaan negeri Pahang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Melaka, Sabah dan Sarawak (kerana tidak menyenaraikan Thaipusam untuk cuti peristiwa)?” soal Afnan.

Katanya, jumlah cuti peristiwa yang diluluskan negeri adalah “terhad” dan terpulang kepada mesyuarat Exco Kedah untuk meluluskannya.

Beliau mengulangi kerajaan Kedah tidak mendiskriminasi penganut Hindu.

Beliau turut mempersoalkan kenapa kritikan tidak timbul pada zaman pentadbiran Barisan Nasional yang tidak mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti peristiwa.

Afnan berkata, kaum India di Kedah terdiri daripada 6.8% dan penganut Hindu boleh menyambut Thaipusam di rumah serta menyertai upacara sembahyang di kuil berdasarkan SOP ditetapkan pihak berkuasa.

Sanusi dikritik M Saravanan daripada MIC dan P Ramasamy daripada DAP selepas mengumumkan cuti untuk sambutan perayaan Thaipusam dibatalkan kerana negara di bawah PKP.

Thaipusam jatuh pada 28 Jan ini.

Share:

Sunday, January 24, 2021

KERTAS SOALAN SUBJEK PENGETAHUAN AM

KERTAS SOALAN SUBJEK PENGETAHUAN AM


ARAHAN:

Sila baca kronologi ini dan jawab 4 soalan di bawah. 


MASA MENJAWAB:

Tiada limit


________

MEI 2020

▪️YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 17 Mei 2020. 

▪️Pelantikan 2 orang Pegawai Khas MB (mewakili kaum India dan kaum Cina) daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Turut dilantik ialah pegawai-pegawai lain (lantikan politik). 


_________

JUN 2020

▪️Kunjungan hormat Presiden MIC bertemu MB mengucapkan tahniah kepada YAB MB atas pelantikan. 

▪️Runding supaya wakil MIC Kedah dilantik sebagai Senator dan dilantik sebagai Pegawai Khas MB. 

▪️YAB MB memberi maklum balas bahawa pelantikan Senator adalah diatas kuota BN, rundingan perlu dibuat dengan BN. Pelantikan sebagai Pegawai Khas MB kuotanya sudah penuh. Wakil kaum India (Sdr Kumaresan BK) dan kaum Cina (Sdr Kuan Kok Siang) kedua-duanya daripada DHPP telah dilantik ke jawatan tersebut. 


__________

JULAI 2020

▪️Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) terpaksa mengambil tindakan merobohkan sebuah kuil kecil yang dibina di bawah pokok di Alor Setar. Tindakan diambil setelah beberapa kali notis yang diberikan tidak dihiraukan. [1]

▪️YAB MB menegaskan bahawa tindakan perobohan adalah tindakan penguatkuasaan undang-undang, tiada diskriminasi agama. [2] 

▪️DAP melalui YB P. Ramasamy memulakan siri mengecam tindakan perobohan kuil. [3][4]

▪️Tiada kenyataan daripada MIC ketika ini. 


__________

JULAI 2020

▪️Kunjungan hormat YB Menteri Perpaduan dan YB Timbalan Presiden MIC bertemu YAB MB. Berbincang mengenai tindakan penguatkuasaan meroboh kuil. [5]

▪️Di dalam perbincangan, YB Menteri Perpaduan & YB Timbalan Presiden MIC bersetuju bahawa tindakan perobohan adalah tindakan penguatkuasaan undang-undang, tiada kaitan isu diskriminasi agama.

▪️Sekali lagi pihak MIC berusaha memohon jawatan Senator, dan Pegawai Khas MB. Namun YAB MB masih dengan pendirian sebelumnya, pihak MIC perlu berunding dengan BN kerana kuota itu kuota BN. 


__________

OGOS 2020

▪️YAB MB menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada kepada masyarakat Cina dan India di SRJK(C) dan SRJK(T) di sekitar Daerah Kubang Pasu. Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Khas MB (India). [6]

▪️Tiada kenyataan daripada MIC ketika ini. 


__________

OGOS 2020 

▪️Sidang DUN Kedah meluluskan pelantikan 2 orang Senator bagi mewakili DUN KEDAH; YB. Senator Ust Ahmad Yahya (PAS) dan YB. Senator Dato' Othman Aziz (BN). [7]

▪️BN menamakan YB. Senator Dato' Othman Aziz (bekas Ahli Parlimen Jerlun) bagi menggantikan Datuk Dr S Ananthan, Pengerusi MIC Kedah.

▪️Pada tahun 2017, BN menamakan Datuk Dr S Ananthan untuk dilantik sebagai Senator mewakili MIC. Nama beliau tidak lagi dicadangkan oleh BN pada tahun 2020. [8]


_________

NOV 2020

▪️YAB MB menyampaikan 1000 pek hamper Deepavali bernilai RM100,000 untuk masyarakat India yang terpilih di Negeri Kedah. [9]

▪️Tiada kenyataan daripada MIC ketika ini. 


_________

OKT 2020

▪️MIC mula mengkritik YAB MB kerana tidak melantik wakil MIC sebagai Senator. [10]

▪️YAB MB menegaskan bahawa MIC perlu berbincang dengan BN sebagai rakan parti komponen. [11]


________

DIS 2020

▪️Tindakan penguatkuasaan perobohan kuil di Taman Bersatu Kuala Kedah. Selain kuil, turut dirobohkan ialah binaan lain (gelanggang silat dan tapak parkir kenderaan)  yang dibina tanpa kebenaran. Notis daripada MBAS sebelum ini tidak diendahkan. Tindakan perobohan itu adalah tindakan penguatkuasaan undang-undang, tiada kaitan dengan isu diskriminasi agama. [12] [13]

▪️DAP menyambung siri serangan terhadap PAS dan mengeluarkan kenyataan mengkritik tindakan perobohan dan mengaitkannya dengan sentimen agama. [14]

▪️MIC turut memulakan serangan bertali arus terhadap PAS, nada sama seperti DAP. [15]

▪️DAP bersetuju dengan MIC. Serangan semakin rancak secara bertali arus. [16]


________

DIS 2020

▪️Perbincangan pertama untuk menyediakan kertas cadangan bagi menubuhkan Majlis Hal Ehwal Agama Hindu Kedah yang akan dipengerusikan oleh Dato' Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. 

▪️Penubuhan Majlis ini adalah untuk menyelaras isu-isu berkaitan rumah ibadat agama Hindu dan perkuburan, serta hal ehwal kemajuan masyarakat Hindu di Kedah. 

▪️Keanggotaan Majlis ini melibatkan pihak Kerajaan Negeri dan wakil pemimpin masyarakat India serta persatuan agama Hindu di Kedah. 

▪️Penubuhan Majlis ini akan dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK). 

▪️MIC belum tahu perkara ini. Jika tidak, mungkin mereka akan memohon untuk dilantik di dalam Majlis ini. 


________

JAN 2021

▪️YAB MB bertemu dengan 3 pihak mewakili komuniti India, Persatuan Hindu Sanggam, Kedah Indian Association, Gabungan NGO India Kuala Muda. Perbincangan berkaitan agenda penambahbaikan taraf hidup masyarakat India, pengurusan rumah ibadat dan agenda keharmonian kaum. [17]


________

JAN 2021

▪️Kerajaan Negeri Kedah meluluskan tapak untuk kuil Hindu di Taman Ladang Henrietta, Padang Serai. [18]

▪️Tiada kenyataan daripada MIC untuk kejayaan ini. 


________

JAN 2021

▪️YAB MB mengumumkan bahawa tiada keperluan untuk Cuti Persitiwa pada Hari Thaipusam kerana pelaksanaan PKP dan wabak Covid-19 yang semakin menular. [19] [20]

▪️Serangan daripada MIC dan DAP kembali mengganas secara bertali arus. Isu Cuti Thaipusam dipolitikkan dan sekali lagi dikaitkan dengan sentimen agama. [21] [22]


________

Daripada kronologi di atas, sila jawab 4 soalan di bawah ini dalam bentuk esei. 

Anda dibenarkan meniru. 


SOALAN PERTAMA

Sejak bilakah MIC mula menyerang MB Kedah?

(20 markah)


SOALAN KEDUA

Antara insiden perobohan kuil kali pertama pada bulan Julai 2020 dan kali kedua pada bulan Disember 2020, terdapat perbezaan reaksi MIC terhadap MB Kedah. Nyatakan apakah perbezaan itu dan mengapa? 

(20 markah)


SOALAN KETIGA

Pada pandangan anda, mengapakah MIC tidak dilantik untuk memegang jawatan Senator di Kedah?

(40 markah)


SOALAN KEEMPAT

Adakah ada apa-apa respon daripada MIC mengenai tindakan-tindakan Kerajaan Negeri Kedah untuk membantu masyarakat India di Kedah? Jika ada, sila nyatakan. 

(20 markah)


_________

Rujukan:

[1]

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/13/mb-kedah-pertahan-tindakan-roboh-kuil-hindu/


[2]

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/13/mb-kedah-pertahan-tindakan-roboh-kuil-hindu/


[3]

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/268007


[4]

https://www.malaysiakini.com/news/534177


[5]

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=771437100337229&id=344643813016562


[6]

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=782360592578213&id=344643813016562


[7]

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/08/724528/pesuruhjaya-pas-kedah-dilantik-senator


[8]

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/08/253934/ananthan-dilantik-sebagai-senator


[9] 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=856218721859066&id=344643813016562


[10] 

https://www.malaysiakini.com/news/545867


[11] 

https://www.malaysiakini.com/news/545900


[12] 

https://www.sinarharian.com.my/article/114277/MBAS-keluarkan-dua-notis-sebelum-roboh-Kuil-Sri-Raja-Muniswarar


[13] https://www.sinarharian.com.my/article/113385/Roboh-kuil-ikut-undang-undang,-bukan-isu-perkauman:-MB-Kedah


[14] 

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/268007


[15] 

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/03/kuil-roboh-pemimpin-mic-sifatkan-mb-kedah-angkuh-cari-publisiti-murahan/


[16] 

https://dapmalaysia.org/statements/2020/12/04/31024/


[17]

https://harakahdaily.net/index.php/2021/01/11/masyarakat-india-puas-hati-kerajaan-pn-kedah/


[18]

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=901080744039530&id=344643813016562


[19] 

https://youtu.be/2w3QE8kaoHw


[20] 

https://www.sinarharian.com.my/article/120198/BERITA/Nasional/Batal-cuti-Thaipusam-bukan-nafi-hak-kata-Muhammad-Sanusi


[21]

https://www.sinarharian.com.my/article/120122/BERITA/Nasional/Keputusan-Kedah-membatalkan-cuti-Thaipusam-dianggap-berat-sebelah


[22]

https://m.malaysiakini.com/news/559808


Afnan Hamimi

Wisma Darul Aman


Share:

Saturday, January 23, 2021

Najib Jadi PM bertahun, masih tak tau pala ekoq!

 Yang nak kritik pun tak ketahwan kepala ekoq. Najib oh Najib, toksah duk cuba nak jadi hero la. Siap sedia masalah mahkamah hang nu.

Jadi Perdana Menteri bertahun-tahun, tapi masalah cuti umum Thaipusam pun tak berapa nak ketahwan baik lagi.
Batal? Sapa batal cuti umum Thaipusam di Kedah Najib ooo...
Kedah tak pernah masuk dalam senarai beri cuti umum sempena Thaipusam.
Negeri hang, Pahang pun tak pernah isytihar Thaipusam sebagai cuti umum.
Kalau tak isytihar macam mana boleh kira batal.
Hang tak ambik wuduk, lepas tu hang kentut. Hang pi cerita kat orang kata wuduk hang batal. Lagu tu ka?
Tapi kalau hang memang jenih taik muhong tak tau la, kan?
Lagi hang sebut pasai negeri negeri di Malaysia sudah berpuluh tahun cuti sempena Thaipusam. Ada 7 negeri di Malaysia yang tidak isytihar Thaipusam sebagai cuti umum.
Makna kata, Pahang, Kedah ni tak termasuk dalam negeri negeri Malaysia la kut.
Hang pun dua kali lima saja dengan Ramasamy Eelam Penang tu Najib oooo....
Negeri negeri dalam Malaysia yang isytihar Thaipusam sebagai cuti umum
Johor, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya.
Negeri negeri yang tidak ambil Thaipusam sebagai cuti umum (Untuk makluman Najib, negeri negeri ini dalam Malaysia juga)
Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak

Share:

Friday, January 22, 2021

Ada ka jabatan wakaf hindu dalam kabinet?

 


Wakaf hindu tu cuti ka?

Wakaf lagu mana bab cuti?

Dlm hindu ada wakaf kaa...?

Ada ka body wakaf hindu dalam kabinet malaysia?

Share:

THAIPUSAM KEDAH: MASIH PANAS

Duk panas lagi rupanya tentang isu cuti Thaipusam di Kedah ni. 

Ada 2 soalan ditanya dalam hantaran sebelum ni:

1. Kenapa tidak dipersoalkan negeri-negeri lain yang juga tidak bercuti pada hari Thaipusam? 

2. Kenapa tidak persoalkan Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini yang juga pernah tidak bercuti pada hari Thaipusam? 

Soalan kedua pakat dah jawab. Siap dengan maki hamun lagi. Disusuli dengan tindakan suruh tukaq setpol lagi sbb kononnya tak dak jiwa Kedah. (Jauh sungguh dia kona haha). 

Pada tahun 2017, Kerajaan Negeri Kedah pernah beri cuti peristiwa utk hari Thaipusam. 

Tahun-tahun sebelum tu tiada cuti. Awat puak yang mengamuk tu tak serang Kerajaan Negeri masa tu? 

Katanya. Di India pun depa baru nak mula masukkan Thaipusam sebagai cuti umum. Sebelum tu pun takdak cuti. Tu tara di India, majoriti penganut Hindu. Awat puak tu tak pi hentam Kerajaan India? 

______________

Jadi, terjawablah soalan. 

Kerajaan Negeri berhak untuk beri cuti (persitiwa) dan berhak untuk tidak beri cuti (peristiwa), bergantung kepada keperluan dan keadaan yang berlaku waktu tu. 

Difahamkan cuti peristiwa ni kuotanya hanya ada 4 hari sahaja dalam setahun. 

Setiap kali hendak berikan cuti peristiwa, Kerajaan Negeri Kedah perlu pastikan bahawa cuti berkenaan benar-benar diberi jika ada sesuatu peristiwa yang membabitkan majoriti rakyat di Negeri Kedah. 

Maka, untuk tahun 2021, cuti tersebut tidak dapat diberikan kerana PKP dan Covid-19. Bukan kerana diskriminasi agama. 

Nak buat keputusan cuti ka tak cuti ni, kena bincang dalam Mesyt MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan). Bukan bincang di kedai kopi. 

Terima kasih kepada yang pakat tolong jawab soalan kedua. 

Tapi, soalan pertama di atas tu tak terjawab lagi. 

Tanya ja. 
Takkan tanya pun tak boleh? 

Afnan Hamimi
Kapongku Baling
Share:

Thursday, January 21, 2021

KEDAH MENERIMA PELABURAN MENCECAH 40 BILION DI LANGKAWI

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah telah bersetuju untuk menerima satu pelaburan baru di Langkawi daripada Widad Business Group Sdn Bhd .

Syarikat tempatan tersebut akan membangunkan projek Widad@Langkasuka di tanah seluas 1979 ekar. 

Demikian pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) di Wisma Darul Aman hari ini.

Katanya, 90% pembangunan adalah kawasan laut yang akan dibuat tebus guna untuk dibangunkan beberapa projek yang berimpak tinggi.

"Pelaburan ini dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan mencecah sehingga pelaburan bernilai 40 bilion. 

"Difahamkan syarikat ini telah mengadakan usahasama dengan beberapa syarikat lain melibatkan pelaburan dalam dan luar negara yang akan membawa projek-projek baru di Pulau Langkawi." 

Kerajaan Negeri Kedah dengan usahasama Widad Group Sdn Bhd akan membangunkan satu lagi tarikan baru di Pulau Langkawi untuk merancakkan lagi industri pelancongan selaras dengan pengiktirafan Langkawi sebagai UNESCO Global Geopark. 

'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'

#UrusetiaPeneranganDarulAman 
#UPDA
Share:

ISU DEWAN

Aku ingat habih dah isu dewan ni apabila Pejabat PM dah keluarkan kenyataan susulan isu yg ditimbulkan....tapi rupanya masih ada yg nak tunjuk cerdik, tp rupanya tak cerdik langsung...

RM35juta tu utk bina 3 dewan dan ia adalah kemudahan orang ramai...bukan dewan di rumah PM...kemudahan orang ramai tu tak penting ka???...

Yg kedua, walaupun peruntukan tu diluluskan hari ini...bukan nak kena bayaq seketoi RM35juta tu esok lusa...dan dewan yg dibina tu pun bukan boleh siap bulan depan...ia mungkin akan ambik masa lebih 1 tahun baru siap...

Lain lah apa yg diluluskan tu bukan utk kegunaan rakyat atau orang ramai...

Walaupun dalam situasi covid 19 ni, pembangunan kemudahan2 orang ramai masih perlu diteruskan...bukan mentang-mentang dah diserang wabak, semua urusan nk kena berhenti...dan lagi peruntukan yg diguna adalah peruntukan dari Pejabat Perdana Menteri, bukan peruntukan cilok dari Kementerian lain...

Macam mana laaa puak2 ni boleh jadi kerajaan 22 bulan???...sampaikan tak boleh nk bezakan kepentingan2 pentadbiran dan peruntukan setiap kementerian....

alfaqir ilallah ppk
4 Jamadil Akhir 1442H
17 Januari 2021
Share:

Tuesday, January 19, 2021

Apa makna darurat?

BUAT penganut Islam, al-Quran adalah petunjuk Allah SWT dan Rasulullah SAW adalah ikutan yang dijadikan teladan dan contoh yang mengajar manusia serta memandu akal dalam mentaati Allah SWT dalam urusan agama dan dunia. Maka janganlah terpengaruh dengan manusia yang sesat bertuhankan akal semata-mata. Walaupun akal itu juga adalah kurniaan Allah SWT, namun berpandukan akal sahaja tidak memadai.

Darurat mengikut bahasa al-Quran ialah perkara yang membinasakan atau menyebabkan masyaqqah (kesulitan) bagi memelihara perkara yang dinamakan ‘dharuriyyat’ yang wajib dipelihara demi menjaga maslahah yang wajib, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, nasab (keturunan atau zuriat), maruah diri dan harta. Perkara ini menjadi rukun kehidupan bagi diri manusia mengikut fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, Tuhan pencipta alam dan inilah juga tertibnya.

Advertisement

Allah SWT mengajar konsep darurat dalam perkara yang menjadi rukun kehidupan. Bahkan Allah SWT mewahyukan kepada Rasulullah SAW akan ayat-ayat al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia secara fitrah tanpa mengira agama. Namun, Islam menetapkan ajaran dan pendekatannya berulang kali melalui firman Allah SWT, antaranya:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ١٧٢ إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ  فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ  إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ١٧٣﴾

“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah kalian daripada rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kalian (halal) dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. (172); Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagi kalian bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebutkan (nama) selain Allah. Tetapi sesiapa dalam keadaan darurat (terpaksa memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak berdosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (173).” (Surah al-Baqarah: 172-173)

Walaupun perintah Allah SWT secara tegas mewajibkan makan daripada sumber yang halal, tiba-tiba berlaku darurat dan tiada makanan yang halal. Maka Islam mengizinkan makan makanan yang haram dengan kadar yang sepatutnya. Ini disebabkan oleh darurat dan makanan menjadi sangat penting untuk menjaga nyawa.

Para ulama’ fiqh hukum Islam telah menetapkan satu kaedah yang terkenal:

الضرورات تبيح المحظورات.

“Keadaan darurat mengharuskan (dihalalkan) perkara yang haram.”

Seterusnya ditetapkan bahagian yang kedua dengan kaedah berikut:

الضرورة تقدر بقدرها.

“Darurat itu ditetapkan kadarnya (dihadkan batas sempadan) mengikut keperluannya.”

Berlaku satu peristiwa yang melibatkan rombongan para sahabat RA yang bermusafir dan salah seorang dalam kalangan mereka telah mengalami kecederaan di kepala sehingga berdarah. Lalu sahabat tersebut bertanya tentang rukhsah baginya untuk bertayammum, kemudian mereka menetapkan mesti menggunakan air untuk berwuduk atau mandi dan membasuh.

Oleh kerana dalam kalangan mereka ada yang tegas melampau sehingga lupa akan kemudahan yang telah diizinkan oleh Allah SWT, melalui konsep yang umum sebagaimana firman-Nya:

﴿لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا…٢٨٦﴾

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (Surah al-Baqarah: 286)

Dan ayat-ayat lain juga membawa maksud yang sama berulang kali dalam al-Quran dan terdapat rukhsah (kemudahan) dengan bertayamum dan sebagainya.

Akan tetapi mereka tidak mempedulikan darurat dan rukhsah, sehingga sahabat yang cedera itu meninggal dunia. Apabila mereka melaporkan perkara yang berlaku itu kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda SAW bersabda:

قَتَلُوهُ قَتَلَهُمُ اللَّهُ أَلَا سَأَلُوا إِذْ لَمْ يَعْلَمُوا فَإِنَّمَا شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالُ، إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيهِ أَنْ يَتَيَمَّمَ وَيَعْصِرَ -أَوْ يَعْصِبَ شَكَّ مُوسَى- عَلَى جُرْحِهِ خِرْقَةً، ثُمَّ يَمْسَحَ عَلَيْهَا وَيَغْسِلَ سَائِرَ جَسَدِهِ.

“Seperti mereka membunuhnya, Allah melaknat mereka (kerana melakukan perkara itu), adakah mereka tidak bertanyakan hukumnya apabila mereka jahil, sesungguhnya ubat bagi penyakit jahil itu ialah bertanya, padahal cukup baginya bertayammum (dengan tanah), membalut tempat yang luka, kemudian sapu sahaja atas balutan itu dan basuh atau mandi ditempat yang tidak luka.” (Riwayat Abu Dawud 336)

Imam al-Bukhari RHM, Imam Muslim RHM dan para ulama’ yang lain meriwayatkan satu hadis:

قَدِمَ أَعْرَابٌ مِنْ عُرَيْنَةَ إِلَى نَبِيِّ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَأَسْلَمُوا فَاجْتَوَوُا الْمَدِينَةَ حَتَّى اصْفَرَّتْ أَلْوَانُهُمْ وَعَظُمَتْ بُطُونُهُمْ فَبَعَثَ بِهِمْ نَبِيُّ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِلَى لِقَاحٍ لَهُ فَأَمَرَهُمْ أَنْ يَشْرَبُوا مِنْ أَلْبَانِهَا وَأَبْوَالِهَا حَتَّى صَحُّوا.

Apabila datang satu rombongan kaum Badawi (penduduk padang pasir) daripada puak ‘Urainah kepada Nabi SAW dan memeluk Islam. Kemudian kerana disebabkan suhu Madinah, maka kulit mereka menjadi kekuningan dan kembang perut. Lalu Rasulullah SAW menghantarkan kepada mereka susu unta. Dan mengarahkan kepada mereka agar meminum air susu dan air kencing, sehingga mereka sembuh.” (Riwayat al-Bukhari 233, Muslim 1671, al-Tirmidhi 73, al-Nasa’i 306 dan lain-lain)

Hadis di atas menjadi dalil perubatan dengan najis dibenarkan sewaktu berada dalam keadaan darurat. Tokoh ilmu perubatan dalam Islam, Ibn Sina telah membuat kajian betapa benarnya hadis tersebut.

Para ulama’ juga membahagikan darurat kepada dua kategori iaitu; mu‘ajjal (disegerakan) dan muajjal (ditangguhkan). Lalu mereka meletakkan kaedah mengikut kadar keperluan masa dan sebagainya berdasarkan ayat yang telah disebutkan di atas. Adapun kewajipan melaksanakan darurat boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu; mudoyyaq (waktu yang sempit perlu disegerakan) dan muwassa‘ (waktu yang luas boleh ditangguhkan).  

Contoh dalam perkara darurat yang tidak boleh ditangguhkan ialah bencana kebakaran yang dilaporkan kepada pihak bomba. Hanya seorang pengarah bomba yang lemah sahaja minta ditangguhkan bantuan untuk dihantar segera kerana menunggu masa bagi mengadakan mesyuarat dahulu, menentukan siapa ketua pasukan, menentukan lori yang akan digunakan dan alat yang hendak dipilih terlebih dahulu yang memerlukan masa. Sehingga menyebabkan mangsa kebakaran sudah menjadi abu.

Para ulama’ menetapkan satu kaedah yang terkenal dalam ilmu tafsir al-Quran  dan Usul Fiqh iaitu:

العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب.

“Iktibar (pengajaran) itu diambil berdasarkan maksud yang umum daripada lafaz nas itu, bukan daripada sebabnya yang khusus.”

Maka di sini pula menjadi perbincangan ilmu Maqasid al-Syariah bagi tujuan dan hikmah hukum syara’, khususnya dalam menjaga maslahah dan menolak mudarat yang berkaitan dengan darurat yang telah disebutkan di atas.

Adapun tindakan kerajaan dalam menangani sesuatu keadaan yang dihadapi oleh rakyat dan langkah yang sewajarnya dinamakan dengan konsep Siyasah Syar‘iyyah yang disebutkan oleh Khalifah ‘Uthman  bin ‘Affan RA:

إِنَّ اللهَ لَيَزَعُ بِالسُّلْطَانِ مَا لَا يَزَعُ بِالْقُرْآنِ.

“Sesungguhnya Allah mengizinkan pihak yang berkuasa memerintah untuk melaksanakan apa yang tidak diperintahkan oleh al-Quran.” (Ibn al-Athir dalam al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar, jld. 5, ms. 180)

Maka dalam kedaan seluruh dunia sedang menghadapi wabak COVID-19 yang sedang merebak, seluruh rakyat mesti memahami tindakan tegas  yang wajib diambil oleh pihak kerajaan hari ini.

Pada masa yang sama, pihak yang berkenaan tidak seharusnya mengumumkan berita yang menakutkan rakyat sehingga rmereka menjadi panik. Ini disebabkan, bukan semua orang boleh menanggung berita yang menakutkan, walaupun berita tersebut adalah benar apatah lagi berita bohong.

Maka kerajaan wajib bertindak dengan tindakan yang tegas mengikut lunas undang-undang darurat terhadap sesiapa sahaja yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita bohong dalam kalangan masyarakat yang gelisah dengan pelbagai bencana yang berlaku.

DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 5 Jumadal Akhirah 1442 / 18 Januari 2021

Share:

MADA ambil langkah proaktif kawal bena perang


ALOR SETAR: Serangan bena perang ke atas tanaman padi berada dalam pemantauan dan langkah proaktif menanganinya, demikian beritahu Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Menurutnya, tindakan MADA adalah mengadakan program pengawasan dan ramalan perosak (PNR) di lapangan yang dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT), Jabatan Pertanian. 

“Terdapat 945 point PNR telah ditetapkan secara bersama antara MADA dan BBT. Point PNR merupakan tanda aras penetapan tahap ambang ekonomik (ETL) sesuatu perosak atau penyakit padi. Pemantauan dilakukan sebanyak 6 pusingan setiap musim penanaman padi.

Advertisement

“Melalui PNR ini, pengesanan awal kehadiran perosak dan penyakit telah dihebahkan kepada para peladang melalui bendera amaran. Sehingga 16 Januari 2021, sebanyak 131 bendera amaran telah dinaikkan di seluruh kawasan MADA untuk memberi amaran kepada para peladang berkenaan kehadiran dan serangan bena perang. 

Bendera amaran pertama yang dikeluarkan mengenai ETL bena perang adalah pada 6 Disember 2020 di kawasan Wilayah II, Jitra. Manakala di kawasan PPK G-IV khususnya, bendera amaran telah dikeluarkan pada 13 Disember 2020,” ujar beliau merujuk kawasan kes dilaporkan media mengenai kejadian tersebut.

Kelmarin dahulu media menyiarkan isu serangan bena perang atau nama saintifiknya Nilaparvata lugens iaitu merupakan salah satu perosak utama tanaman padi yang berlaku di Yan di bawah Wilayah IV MADA iaitu di Kota Sarang Semut.

Maklum Ahmad Tarmizi, kerjasama strategik juga turut dilaksanakan bersama jabatan dan agensi yang terlibat dalam tanaman padi seperti Jabatan Pertanian, MARDI, universiti tempatan serta syarikat agrokimia. 

“Kerjasama strategik ini merangkumi kajian, demonstrasi serta pemantauan perosak di lapangan. Pihak MADA juga telah melaksanakan beberapa tindakan bagi mengurangkan risiko serangan perosak terhadap tanaman padi. Antara kempen pengembangan.

“Iaitu kami mengambil inisiatif menyampaikan maklumat dan teknologi terkini tanaman padi kepada para peladang melalui kempen ini secara berterusan pada setiap musim penanaman padi. 

“Pada Musim 2/2020, penekanan kempen pengembangan adalah melibatkan lima aspek iaitu kempen pematuhan jadual tanaman, kempen tabur terus dalam air bertakung, kempen pengurusan rumpai padi, kempen pengurusan perosak dan kempen pematuhan amalan agronomi. 

“Berdasarkan rekod, bagi Musim 2/2020, pihak MADA telah melaksanakan 233 kempen pengembangan melibatkan 4,295 peladang,” maklum beliau yang juga Ahli Parlimen Sik.

Selain itu katanya, pada Musim 2/2020 pihak MADA memberi penekanan kawalan perosak secara spesifik iaitu di kawasan ‘hot spot’ menggunakan racun demonstrasi termasuk di lokasi dilaporkan media baru-baru ini. 

Jelasnya, pada 14 Januari 2021 itu, pihak MADA telah melaksanakan kawalan bena perang di Kampung Gelam, PPK D-IV di Permatang Buluh itu di mana kawalan ini akan diteruskan di kawasan-kawasan ‘hot spot’ lain secara berperingkat.

“Pihak MADA telah merekodkan data serangan bena perang dan hopperburn di dalam sistem yang dikenali sebagai GIS SMP. Proses kemasukan data adalah secara ‘real time’ yang membolehkan pegawai pengembangan MADA memasukkan data serangan secara terus di lapangan. 

“Berdasarkan laporan GIS SMP sehingga 16 Januari 2021, seluas 213.70 hektar bena perang dan 76.40 hektar hopperburn telah direkodkan,” ujarnya yang memperincikan data itu mengikut Wilayah MADA.

Maklum beliau lagi, penyampaian maklumat juga dilaksanakan menggunakan kaedah hebahan yang merangkumi media cetak, media sosial, rakaman video, SMS alert dan hebahan melalui pergerakan mobile unit.

Termasuk katanya, bagi memastikan penyampaian maklumat dapat disampaikan dengan lebih bekesan dan menyeluruh, pihak MADA telah melaksanakan konsep pengembangan mengikut blok pengairan.

Terdapat dua jenis bena perang iaitu bersayap pendek (brachypterous) dan bersayap panjang (macropterous) di mana serangan boleh bermula dari peringkat semaian sehinggalah kepada peringkat berbuah. 

Ia menyerang pangkal rumpun padi berhampiran permukaan air dengan merosakkan tanaman padi secara menghisap cairan dalam pokok padi di mana tanpa kawalan, ia boleh menyebabkan pokok padi menjadi kering seperti terbakar dan seterusnya mati. 

Keadaan tersebut dikenali sebagai ‘hopperburn’ yang menyebabkan pengurangan hasil padi, oleh itu memerlukan pemantauan bena perang perlu dilakukan pada setiap peringkat pertumbuhan pokok padi bermula dari peringkat semaian. 

Kehadiran bena perang perlulah diawasi dan sekiranya melebihi tahap ambang ekonomi (ETL) iaitu 5 ekor dewasa atau 10 ekor nimfa, tindakan kawalan perlulah dilakukan segera bagi mengekang kemerebakan serangan bena perang. 

Kawalan kimia yang disyorkan adalah menggunakan racun serangga yang mempunyai bahan aktif contohnya buprofezin, pymetrozine dan imidacloprid. – HARAKAHDAILY

Share: