Blog berita Kedah pelbagai sumber

JIKA KEGILAAN KERAJAAN MUKHRIZ TIDAK DISEKAT, KAWASAN HUTAN DI KEDAH BAKAL JADI 'PADANG JARAK PADANG TEKUKUR'

Hakikatnya, sejak Mei 2013, beribu-ribu kawasan hutan diluluskan kepada syarikat pembalakan untuk ditebang. Tahun ini sahaja lebih 3200 hektar hutan diluluskan kepada MBI untuk dijadikan ladang.

MB PERJELAS ISU BAYAR HUTANG SADA RM79.33 JUTA

Mengapa hutang bertampuk-tampuk sejak 4 tahun lalu?

LEBIH RM20 JUTA PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN PANTAI MERDEKA DAN TANJUNG DAWAI

Terdapat beberapa komponen projek telah disusun. Bagi komponen pertama iaitu pemuliharaan pantai di Pantai Merdeka kembali kepada keadaan asal yang akan bermula pada tahun 2021. Selain daripada itu bagi komponen lain ialah pembinaan jeti di Tanjung Dawai telah diberi pertimbangan untuk dilaksanakan.

Mahfuz hanya memikirkan kain batik dan coli😂

Cara tahap pemikiran seorang Ahli Parlimen sebuah parti.Kalau nak fitnah pun, banyak benda boleh dibuat pembayang dalam berpantun tu

VELLFIRE DETECTED

dalam Malaysia ni cuma ada sebuah Vellfire sahaja, dan warnanya pun cuma hitam saja. So, mudah untuk didetect!

Saturday, November 7, 2020

YB Saifuddin Nasution fitnah ka?


 Persepsi jahat oleh YB Saifuddin Nasution untuk memberi tanggapan negatif terhadap Presiden PAS dalam kalangan netizen kononnya beliau tidak hadir. Mujur pantas dijawab oleh Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga TKP DPPM, YB Ahmad Fadhli Shaari yang menunjukkan bukti kehadiran YB Marang. 


Sebagai bekas Menteri, anda sepatutnya menunjukkan contoh politik yang matang serta menjauhi budaya fitnah begini. 

Maaf, tindakan anda memang memalukan dan memualkan!

#Belanjawan2021

Ir. Ts. Khairil Nizam


Komen kami: Pudin ni memang gheja dia muhong ka


Share:

Friday, November 6, 2020

Kami tidak rasis !!! 🤔

Share:

Thursday, November 5, 2020

MBI BAKAL MELEPASKAN KDA FC

ALOR SETAR - Pemilikan 80 peratus saham Kedah Darul Aman FC (KDA FC) oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah akan beralih kepada sebuah syarikat gergasi yang mempunyai kewangan kukuh dan berpengalaman dalam arena sukan bola sepak. 

"Persetujuan berhubung perkara ini sebenarnya sudah dibuat beberapa minggu lalu, dan peguam kedua-dua belah pihak sedang meneliti terma perjanjian yang akan dimeterai," ujar Presiden KFA, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam sidang media semalam selepas bermesyuarat bersama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Haji Sanusi bagaimanapun mahu merahsiakan nama syarikat tersebut sehingga selesai proses pemeteraian perjanjian antara kedua-dua pihak yang dijangka dalam masa dua minggu lagi.

Tambahnya lagi, pemilikan 20 peratus masih kekal milik KFA. Sebelum ini, KFA meletakkan nilai 30 juta untuk operasi pengurusan pasukan KDA FC pada musim depan. Justeru, beliau menyerahkan keputusan untuk mengendalikan pasukan kepada syarikat terbabit samada akan membawa masuk pemain ternama yang menelan belanja tinggi.

'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
Share:

Belanjawan: Kedah mohon pampasan khas pengorbanan kekal tanah pertanian

ALOR SETAR, 3 Nov -- Kerajaan Negeri Kedah berharap agar kerajaan pusat menyediakan peruntukan pampasan khas berikutan pengorbanan negeri itu menyediakan kawasan tanah sawah untuk menjamin bekalan beras negara, selain pengekalan hutan simpan sebagai kawasan tadahan hujan.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihaknya memohon agar cadangan itu dipertimbangkan di dalam Belanjawan 2021 kerana  kesanggupan kerajaan negeri tidak  menukarkan tanah pertanian kepada tanah komersial yang boleh mendatangkan hasil cukai lebih tinggi.

"Diharap kerajaan pusat dapat memperuntukkan sebanyak RM130 juta setahun untuk Kedah bagi pengekalan hutan simpan, manakala tanah-tanah pertanian yang dikhususkan untuk tanaman padi jika diubah syarat komersial mampu meningkatkan kutipan cukai tanah sehingga kira-kira RM1.7 bilion.

 untuk guna tanah bagi penghasilan beras untuk negara, kita harap kerajaan Persekutuan hargai pengorbanan Kerajaan Kedah dan memperuntukkan bayaran khusus 10 peratus daripada nilai cukai itu (RM170 juta)," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya selain menyediakan bekalan air untuk rakyat negeri ini, kawasan tadahan di Hutan Simpan Ulu Muda turut membekalkan air bagi tujuan tanaman, kegunaan domestik dan industri untuk Pulau Pinang serta Perlis, melalui tiga empangan utama iaitu Pedu, Ahning serta Muda.

Sehubungan itu, katanya penyediaan sebahagian besar kawasan tanah di Kedah sebagai sumber air dan tanah pertanian untuk bekalan makanan negara wajar mendapat pampasan yang setimpal.

Sementara itu Muhammad Sanusi berkata Kedah juga memerlukan peruntukan khusus untuk 'mencergaskan' sektor ekonomi termasuk pertanian, pembinaan, pelancongan, peniaga kecil, perniagaan dalam talian serta peruncitan.

"Bagi sektor pertanian misalnya, kita berharap supaya ada mekanisme dan dana khas untuk penstabilan harga komoditi seperti getah misalnya.

Selain itu peruntukan benih yang mencukupi dan berkualiti sangat penting bagi meningkatkan penghasilan padi, manakala bantuan untuk ternakan ayam, itik, lembu, kambing perlu disalurkan kepada golongan B40 yang berkelayakan," katanya.

-- BERNAMA

Share:

DAP orang pakai salah dia buat tak apa


Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Suee Lim berang dengan 3 Adun pembangkang berbaju Melayu ke sidang itu hari ini.

Beliau menggesa semua Adun “berpakaian sewajarnya” mengikut peraturan DUN, selepas Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong), Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang) dan Mohd Imran Tamrin (BN-Sungai Panjang) berbaju Melayu serta bersongkok.

“Tolong patuhi peraturan mesyuarat. Saya hanya memberi nasihat kepada beberapa orang daripada anda hari ini,” katanya sambil menambah lelaki patut memakai sut ke DUN.

Yang dia orang tak nak patuh pakaian termasuk bersongkok kenapa?
Ada pula Malayu PH bela dengan memberi contoh kalau datang sekolah baju Melayu hari selasa... Bongok punya Melayu PH

MINDARAKYAT

http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Share:

Wednesday, November 4, 2020

Kedah, NCIA bekerjasama untuk pemulihan kegiatan ekonomi, peluang pekerjaan

ALOR SETAR, 3 Nov -- Kerajaan Kedah bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk merancakkan kembali kegiatan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan di rantau ini.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata pelbagai projek infrastruktur berimpak tinggi dan program modal insan akan dilaksanakan bawah Pelan Pembangunan Strategik 2021-2025 (SDP) Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang diluluskan baru-baru ini.

“SDP dirangka khas untuk menyediakan perancangan yang holistik dan bersepadu untuk pengembangan modal insan, pertumbuhan pelaburan, peningkatan jaringan perhubungan dan infrastruktur strategik untuk NCER.

“Kerajaan negeri sedang bekerjasama erat dengan NCIA bagi memastikan peluang pekerjaan kepada rakyat dan meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri (JPN) di sini, hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Sanusi berkata NCIA telah melaksanakan projek pemangkin di bawah SDP yang akan menyaksikan kenaikan dalam keluaran dalam negara kasar Kedah lebih daripada 30 peratus kepada RM62 bilion menjelang 2025.

Projek-projek strategik dan berimpak tinggi itu turut menyaksikan negeri Kedah mempunyai keupayaan untuk menarik pelaburan terkumpul lebih daripada RM32 bilion menjelang 2025 dan mewujudkan lebih 43,000 peluang pekerjaan baharu serta melahirkan 10,000 usahawan baharu,” katanya.

Sementara itu, Jebasingam dalam kenyataan berkata tumpuan akan diberikan untuk mencipta nilai sebanyak mungkin untuk rakyat dan komuniti perniagaan, di tengah-tengah tempoh ekonomi yang mencabar ketika ini.

“Kami akan terus bekerjasama untuk mengatasi cabaran-cabaran ini demi kepentingan rakyat dan rantau ini,” katanya.

-- BERNAMA
Share:

Daftar pemilih automatik selewat-lewatnya Julai 2021

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada Julai tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini dalam proses melakukan beberapa persiapan untuk pelaksanaan perkara itu termasuk bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“SPR sedang bekerjasama dengan JPN melalui jawatankuasa Taskforce SPR dan JPN dalam persiapan melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik dan urusan lain yang berkaitan dan menjangkakan semua persiapan yang sedang diambil akan dapat disiapkan dalam tempoh 18 hingga 24 bulan dari tarikh kelulusan pindaan oleh Dewan Negara pada 25 Julai tahun lalu,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Takiyuddin menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) bila kerajaan akan melaksanakan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.

Menjelas lanjut, beliau berkata SPR juga sedang menyediakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan, penyediaan prosedur operasi standard (SOP) dan sistem serta infrastruktur bagi tujuan itu.

“Bagi maksud membantu SPR dalam menyediakan SOP pelaksanaan ini, SPR telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama beberapa jabatan dan agensi kerajaan, parti politik daripada blok pembangkang dan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta parti politik negeri Sarawak dan Sabah,” katanya.

Takiyuddin berkata melalui penganjuran sesi itu, SPR telah memberi penerangan mengenai perancangan pelaksanaan pindaan undang-undang yang telah diluluskan serta mendapatkan maklum balas dan pandangan semua pihak. – BERNAMA


Share:

HARAM TAPI HALAL

Biar betul. Beroperasi tanpa kebenaran tapi bukan haram.

Sebanyak 5,589 kilang tanpa kebenaran dikesan beroperasi di seluruh Selangor dengan 869 daripadanya berada di sekitar sungai.

EXCO PH Selangor kata kilang tanpa kebenaran adalah kilang yang ada lesen perniagaan sementara tetapi belum memenuhi syarat teknikal seperti status tanah, pengezonan atau kebenaran merancang.

Patutlah bekalan air di Lembah Klang sering terputus.

Maka lagi banyak peluang terbuka bagi MB hidu air.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/5589-kilang-dikesan-beroperasi-tanpa-kebenaran-tapi-bukan-haram-exco-selangor-266589

NR
Share:

Sebelum dan Selepas Menang


Tahun 2018:
Nga Kor Ming beri jaminan kepada pengundi Teluk Intan bahawa lebuhraya WCE (terutamanya di Teluk Intan) akan bebas tol jika dia menang Parlimen Teluk Intan dan PH menang Putrajaya

Tahun 2019:
Sebagai ahli parlimen Teluk Intan dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming merasmikan plaza tol Teluk Intan lebuhraya WCE sambil kata "Delivered as promised!".


Share:

Tuesday, November 3, 2020

02102020 LIVE KULIAH DHUHA ONLINE SERI MENTALOON


 

Share:

AL MAU'IZAH SYEIKH YUSOFF HJ AHMAD

 




Share:

Oh Mantan CEO: Jangan risau kalau anda tak buat salah.


Ada seorang mantan CEO sebuah GLC wasap panjang lebar dan marah apabila nama GLC yang pernah dikepalainya ‘dipetik’ oleh YAB MB.

Kita pun telitilah balik dua posting YAB MB berkaitan GLC tersebut.

Paling kompom, tak ada sepatah pun MB sebut nama dia.

Kedua paling kompom, MB tulis kejayaan pegawai2 serta kakitangan GLC berkenaan bayar hutang dalam masa 4-5 bulan sejak peralihan kerajaan Mei lalu.

Mantan CEO itu juga sebut, waktu era dia jd CEO, dia juga bayar hutang.

Bagus dan murni usaha mantan CEO itu, cuma dia bayar sikit, pengurusan sekarang ini bayar lebih banyak dari zaman dia bayar.

Mantan CEO itu juga kaitkan belian vellfire itu lebih pada harga pasaran.

Mgkn lah dia terlupa bahawa SPRM dah sahkan belian kereta itu adalah tidak ada apa-apa unsur yang mencurigakan.

Sebagai contoh beli vellfire dapat vellfire. Itu tidak pelik.

Lainlah kalau beli Harrier dapat Harrier + Mini Cooper. Kalau jadi begitu memang mencurigakanlah!

Helmi Khalid

Pegawai Khas Media

YAB MB Kedah

Share:

Semasa Maszlee Malik guna Velfire milik syarikat Malaysia Education Global Services, Mahfuz diam buat bodoh aje!


Pemetik petai, Mahfuz dan seorang lagi ADUN PH bakal disaman Menteri Besar Kedah setelah dia tuduh MB arahkan syarikat Air Kedah (SADA) membeli kereta Velfire untuk kegunaan rasmi MB.
MB Kedah jelaskan SADA beli kereta tersebut untuk kegunaan SADA - bukan untuk kegunaan khusus MB sahaja yang juga merupakan pengerusi SADA.

Dan bukan sebagai kenderaan rasmi MB yang sudah ada Mercedes S-Class dibeli Mukhriz.
"21 Okt 2020: Dituduh beli Vellfire: MB Kedah saman Mahfuz Omar, Dr Ismail Salleh"

Jika tuduhan dia terhadap MB Kedah kurang berjaya, Mahfuz boleh fokus juga kepada kegunaan kereta Velfire oleh Maszlee sebagai kereta rasmi (siap dengan plate "Menteri") ketika PH bermaharajalela di Putrajaya.

Saya serahkan bukti bergambar untuk tindakan lanjut Mahfuz.

Kereta Velfire diguna Menteri ini adalah milik syarikat Malaysia Education Global Services.
Siapa Education Malaysia Global Services?

Ianya syarikat milik Kementerian Pendidikan di mana Maszlee pernah jadi Menteri.

"Established on 13 April 2012, Education Malaysia Global Services (EMGS) is a Company Limited by Guarantee (“CLBG”) under the purview of the Ministry of Higher Education Malaysia."

Hello hello Mahfuz, Mahfuz.. Ko tahu tak isu ini?

NAJIB RAZAK 


MRK :  Mahfuz tengah jual petai nak bayar saman ke tu?

Share: