Blog berita Kedah pelbagai sumber

Tuesday, November 3, 2020

Oh Mantan CEO: Jangan risau kalau anda tak buat salah.


Ada seorang mantan CEO sebuah GLC wasap panjang lebar dan marah apabila nama GLC yang pernah dikepalainya ‘dipetik’ oleh YAB MB.

Kita pun telitilah balik dua posting YAB MB berkaitan GLC tersebut.

Paling kompom, tak ada sepatah pun MB sebut nama dia.

Kedua paling kompom, MB tulis kejayaan pegawai2 serta kakitangan GLC berkenaan bayar hutang dalam masa 4-5 bulan sejak peralihan kerajaan Mei lalu.

Mantan CEO itu juga sebut, waktu era dia jd CEO, dia juga bayar hutang.

Bagus dan murni usaha mantan CEO itu, cuma dia bayar sikit, pengurusan sekarang ini bayar lebih banyak dari zaman dia bayar.

Mantan CEO itu juga kaitkan belian vellfire itu lebih pada harga pasaran.

Mgkn lah dia terlupa bahawa SPRM dah sahkan belian kereta itu adalah tidak ada apa-apa unsur yang mencurigakan.

Sebagai contoh beli vellfire dapat vellfire. Itu tidak pelik.

Lainlah kalau beli Harrier dapat Harrier + Mini Cooper. Kalau jadi begitu memang mencurigakanlah!

Helmi Khalid

Pegawai Khas Media

YAB MB Kedah

Share:

0 comments: