Blog berita Kedah pelbagai sumber

JIKA KEGILAAN KERAJAAN MUKHRIZ TIDAK DISEKAT, KAWASAN HUTAN DI KEDAH BAKAL JADI 'PADANG JARAK PADANG TEKUKUR'

Hakikatnya, sejak Mei 2013, beribu-ribu kawasan hutan diluluskan kepada syarikat pembalakan untuk ditebang. Tahun ini sahaja lebih 3200 hektar hutan diluluskan kepada MBI untuk dijadikan ladang.

MB PERJELAS ISU BAYAR HUTANG SADA RM79.33 JUTA

Mengapa hutang bertampuk-tampuk sejak 4 tahun lalu?

LEBIH RM20 JUTA PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN PANTAI MERDEKA DAN TANJUNG DAWAI

Terdapat beberapa komponen projek telah disusun. Bagi komponen pertama iaitu pemuliharaan pantai di Pantai Merdeka kembali kepada keadaan asal yang akan bermula pada tahun 2021. Selain daripada itu bagi komponen lain ialah pembinaan jeti di Tanjung Dawai telah diberi pertimbangan untuk dilaksanakan.

Mahfuz hanya memikirkan kain batik dan coli😂

Cara tahap pemikiran seorang Ahli Parlimen sebuah parti.Kalau nak fitnah pun, banyak benda boleh dibuat pembayang dalam berpantun tu

VELLFIRE DETECTED

dalam Malaysia ni cuma ada sebuah Vellfire sahaja, dan warnanya pun cuma hitam saja. So, mudah untuk didetect!

Tuesday, November 3, 2020

Belanjawan: Kedah mohon pampasan khas pengorbanan kekal tanah pertanian



 ALOR SETAR, 3 Nov -- Kerajaan Negeri Kedah berharap agar kerajaan pusat menyediakan peruntukan pampasan khas berikutan pengorbanan negeri itu menyediakan kawasan tanah sawah untuk menjamin bekalan beras negara, selain pengekalan hutan simpan sebagai kawasan tadahan hujan.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihaknya memohon agar cadangan itu dipertimbangkan di dalam Belanjawan 2021 kerana  kesanggupan kerajaan negeri tidak  menukarkan tanah pertanian kepada tanah komersial yang boleh mendatangkan hasil cukai lebih tinggi.

"Diharap kerajaan pusat dapat memperuntukkan sebanyak RM130 juta setahun untuk Kedah bagi pengekalan hutan simpan, manakala tanah-tanah pertanian yang dikhususkan untuk tanaman padi jika diubah syarat komersial mampu meningkatkan kutipan cukai tanah sehingga kira-kira RM1.7 bilion.

Jadi untuk guna tanah bagi penghasilan beras untuk negara, kita harap kerajaan Persekutuan hargai pengorbanan Kerajaan Kedah dan memperuntukkan bayaran khusus 10 peratus daripada nilai cukai itu (RM170 juta)," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya selain menyediakan bekalan air untuk rakyat negeri ini, kawasan tadahan di Hutan Simpan Ulu Muda turut membekalkan air bagi tujuan tanaman, kegunaan domestik dan industri untuk Pulau Pinang serta Perlis, melalui tiga empangan utama iaitu Pedu, Ahning serta Muda.

Sehubungan itu, katanya penyediaan sebahagian besar kawasan tanah di Kedah sebagai sumber air dan tanah pertanian untuk bekalan makanan negara wajar mendapat pampasan yang setimpal.

Sementara itu Muhammad Sanusi berkata Kedah juga memerlukan peruntukan khusus untuk 'mencergaskan' sektor ekonomi termasuk pertanian, pembinaan, pelancongan, peniaga kecil, perniagaan dalam talian serta peruncitan.

"Bagi sektor pertanian misalnya, kita berharap supaya ada mekanisme dan dana khas untuk penstabilan harga komoditi seperti getah misalnya.

Selain itu peruntukan benih yang mencukupi dan berkualiti sangat penting bagi meningkatkan penghasilan padi, manakala bantuan untuk ternakan ayam, itik, lembu, kambing perlu disalurkan kepada golongan B40 yang berkelayakan," katanya.

-- BERNAMA

Share:

Melurus sejarah Ustaz Fadzil: PAN tidak wajar memperingati almarhum

 


APABILA parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh DAP berusaha untuk memperingati almarhum Ustaz Fadzil, perasaan ahli-ahli PAS sangat terganggu. Sebelum ini mereka juga memperalatkan nama mantan Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk kepentingan politik mereka. Sewajarnya jika tokoh yang ingin dijulang oleh PAN ialah pimpinan besar DAP atau pun penggerak awal IRC, aljamaah atau pun HIS. Ustaz Fadzil semenjak muda sehingga dijemput Ilahi kekal bersama dengan PAS, meredah kepayahan dan badai perjuangan sehingga almarhum meninggalkan kita dengan seribu keteladanan. Telah 17 tahun, sosok ini meninggalkan kita namun namanya tetap harum di lubuk hati kita semua.

Dato' Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanapa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.

Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Takdir Ilahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibu bapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.

Darah ulama pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga beliau adalah pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama.

Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962.

Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu, beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanah air iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda .

Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Kemudian setelah berkahwin, menemankan almarhum belajar di Al-Azhar.

Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Berada di Mesir ketika negara itu diterkam hebat oleh Isreal dalam perang Arab Israel pada tahun 1967, di zaman Gamal Naseer. Beliau juga menjadi saksi bagaimana zalimnya rejim Mesir terhadap pejuang-pejuang Islam di negara tersebut. Universiti al Azhar pula tidak sunyi daripada kegiatan Islam yang memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada Ustaz Fadzil. (Universiti tersebut masih mempunyai kebebasan kala itu)

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.

Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (Dun) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.

Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

PAS di penghujung dekad 70-an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihan raya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia. PAS wajar ‘disuntik darah muda’ supaya kembali bertenaga, di tengah samudera juang yang memerlukan bahtera yang ampuh.

Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah.

Beliau pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS di mana 8,000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70-an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.

Ustaz Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia ‘anti establishment’ akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran. Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang yang banyak dirujuk oleh Anwar dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70-an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80-an terutama selepas Anwar menyertai Umno.

Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70-an.

Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama-ulama untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah.

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihan raya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985).

Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.

PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia.

Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989. Beliau menghadapi saat-saat sukar dalam penglibatannya sebagai pimpinan iaitu peristiwa Memali, ustaz merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah di mana dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes ini.

Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan Dun Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato’ Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihan raya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihan raya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan Dun Bukit Raya berikutan kematian ahli Dun tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan Dun Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN, Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN, Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.

Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).

Di Dun Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana Dun ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam.

Beliau juga sangat prihatin dengan isu antarabangsa yang menimpa umat Islam, dengan latarbelakang sebagai pimpinan pelajar, pimpinan belia Islam, ustaz sentiasa bersama dengan penderitaan umat Islam sedunia. Beliau tidak kekok untuk turun berdemonstrasi bersama anak muda, disiram dengan pancutan air kimia yang menyengat kulit, dibom gas pemedih mata. Di perhimpunan aman seperti di Lebuh raya KESAS, di hadapan kedutaan asing, beliau dengan lantang menyemangati anak-anak muda dan peserta bantahan, kadang tanpa segan sebagai pemimpin ummah untuk membakar bendera Israel atau Amerika.

Almarhum bukan sekadar galak membakar perasaan para demonstran tetapi juga melibatkan diri secara langsung dalam situasi antarabangsa. Apabila tentera Russia meninggalkan Afghanistan, beliau bersama tokoh gerakan Islam antarabngsa yang lain seperti Sheikh Mustapha Masyhur, Qazi Hussain terus bergegas ke Afghanistan untuk mendamaikan kumpulan yang bertelingkah. Begitu juga, apabila berlaku reformasi di Indonesia, parti-parti Islam seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ustaz Fadzil bersama pimpinan PAS hadir ke Jakarta, mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam yang diketuai oleh Hamzah Haz. Nasihat beliau kepada teman-teman di Jakarta supaya tidak memperbanyakkan parti Islam, kukuhkan saf untuk berhadapan dengan musuh yang bersatu. Bayangkan apa sikap almarhum jika kelompok serpihan PAS keluar dan menubuhkan parti?

Sang murabbi ini telah mewakafkan hidupnya untuk perjuangan Islam, semenjak zaman muda yang tidak pernah lelah. Kehadirannya dalam masyarakat disedari oleh umat, beliau mengharungi zaman payah perjuangan, melepaskan jawatan sebagai penjawat awam untuk meranduk medan juang yang penuh getir, terjahan fitnah menerkam bertubi-tubi namun beliau terus mara tanpa menghiraukan penistaan. Ustaz Fadzil sentiasa mengambil berat dan peduli maka wajarlah disayangi oleh umat, didoakan selepas meninggalkan alam yang fana ini.

Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia ramai menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah Bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya di hati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh almarhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah.

Almarhum tetap istiqamah memperjuangkan Islam dan kemuliaannya, malangnya sosok ini cuba dirampas sejarahnya oleh PAN. Mereka memperingati Ustaz Fadzil untuk apa? Untuk menguar -uarkan pada umum bahawa merekalah legasi perjuangan almarhum? Mereka salah memahami sejarah emas sosok besar perjuangan Islam ini, DAP keluar daripada pemuafakatan dengan PAS di zaman almarhum iaitu pada tahun 2001. Almarhum pernah duduk sepentas dengan Presiden Umno dalam berhiwar tentang isu Palestin di Dewan Bahasa dan Pustaka. Amalan itu diteruskan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu Rohingya pada Disember 2016, namun merekalah paling kuat melalak dan memperlekeh usaha murni Presiden PAS. Mereka tak layak membicarakan sejarah almarhum jika sekadar menjadi khadam kepada DAP dan bermanis muka dengan jahiliah moden! – HARAKAHDAILY 24/6/2019


DR RIDUAN MOHAMAD NOR

AJK PAS Pusat.
Share:

Undi 18 tahun, daftar pemilih automatik dilaksana selewat-lewatnya Julai 2021

 


Pelaksanaan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada Julai tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini dalam proses melakukan beberapa persiapan untuk pelaksanaan perkara itu termasuk bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"SPR sedang bekerjasama dengan JPN melalui jawatankuasa Taskforce SPR dan JPN dalam persiapan melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik dan urusan lain yang berkaitan dan menjangkakan semua persiapan yang sedang diambil akan dapat disiapkan dalam tempoh 18 hingga 24 bulan dari tarikh kelulusan pindaan oleh Dewan Negara pada 25 Julai tahun lalu," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Takiyuddin menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) bila kerajaan akan melaksanakan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.

Menjelas lanjut, beliau berkata SPR juga sedang menyediakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan, penyediaan prosedur operasi standard (SOP) dan sistem serta infrastruktur bagi tujuan itu.

"Bagi maksud membantu SPR dalam menyediakan SOP pelaksanaan ini, SPR telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama beberapa jabatan dan agensi kerajaan, parti politik daripada blok pembangkang dan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta parti politik negeri Sarawak dan Sabah," katanya.

Takiyuddin berkata melalui penganjuran sesi itu, SPR telah memberi penerangan mengenai perancangan pelaksanaan pindaan undang-undang yang telah diluluskan serta mendapatkan maklum balas dan pandangan semua pihak.

- Bernama

Share:

DAP RASIS?


 Masa tiada kuasa, mereka kata ingin pertahankan hak istimewa orang Melayu.

Baru jadi speaker DUN, nak pakai baju melayu pun dilarang. 

kan ka?

Share:

Mujahid disiasat di bawah 3 akta, termasuk hasutan

Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa antara lain disiasat di bawah Akta Hasutan berhubung ucapannya pada Mac di Parit Buntar yang mempertikai pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu bahawa selain Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, beliau juga disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

“Saya dipanggil bantu siasatan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia atas ucapan yang saya buat pada Mac di Parit Buntar.

“Siasatan ke atas saya (juga) didakwa di bawah Akta Hasutan,” katanya kepada media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas selesai diambil keterangan hari ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu mempersoalkan kenapa siasatan itu dibuat selepas beberapa bulan, selain polis mengambil masa lama untuk membuka kertas siasatan.

“Saya pelik kerana Akta Hasutan itu setahu saya semasa saya dalam PH kita tak guna walaupun ada, malang hari ini saya tak tahu kenapa akta ini dipakai.

“Ucapan saya buat di kawasan saya pada Mac setelah jatuhnya kerajaan PH dan setelah selesai Muhyiddin (dilantik) sebagai PM.

“Saya tidak tahu kenapa ia memakan masa sangat panjang. Kini baru dibuat siasatan,” katanya.

Mujahid, yang hadir bersama peguam beliau, selesai memberi keterangan pada jam 7.20 petang tadi.

Beliau disoal siasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) lebih sejam setelah tiba di Bukit Aman pada jam 5.30 petang.

Mac lepas, media melaporkan laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang terhadap Mujahid dan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung kenyataan mereka yang dianggap mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-8.

Ini berikutan kemelut politik yang berlaku ketika itu dan membawa kepada tumbangnya kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

#Sumber : FMT 
Share:

Reinkarnasi Komunisme: Mencabar Institusi beraja adalah riak awal


IDEOLOGI komunis yang diasaskan oleh Karl Marx melalui magnum opusnya “Das Kapital” dan “Manifesto Comunist” telah merambah keseluruh dunia. Ideologi ini juga bercambah dengan nilai-nilai baru serta bervariasi dengan luapan idea baru oleh Antonio Gramsci dan lain-lain. Menyubur dengan pantas dengan terbentuknya kelas cendekia daripada strata rendah masyarakat, jurang lebar kaya miskin, penentangan kepada kelompok feudal dan borjouis serta ketidakpuashatian kepada norma dan sistem nilai masyarakat yang sedia ada.

Fahaman ini bukan sekadar merasuk anak muda bukan Islam namun telah berkembang ke seluruh negara umat Islam, termasuk di Asia Barat dan rantau sub Continent. Sejarah tidak melupakan sosok pemuka komunisme bernama Mohd Nur Taraki di Afghanistan yang bersekongkol dengan Soviet untuk menjarah tanah Afghanistan. Ulama bangkit menyanggah fahaman ini dengan tulisan-tulisan ilmiah kerana adanya usaha untuk menjustifasikan fahaman ini tidak bercanggah dengan Islam.

Nasib tanah air ini tak seburuk seperti tanah seberang yang pernah Partai Komunis Indonesia berada disekeliling elit pemerintah sehingga berlaku Gestapo 1965. PKI dibawah D.N Aidit, Soebandrio dan lain-lain agak mempengaruhi halatuju Indonesia bahkan memicu berlakunya konfrontasi Malaysia Indonesia pada tahun 1962 -1963. Soekarno condong kepada Soviet dalam era perang dingin malah merasakan penubuhan Malaysia adalah bidak catur kuasa Barat terutama Britain.

Kader-kader PKI pernah melakukan kekerasan dan pembantaian kepada kaum muslimin di Indonesia sehingga ratusan ribu yang terkorban, terutama para santri dan agamawan. Begitu ketat permusuhan komunis kepada santri dan ilmuan Islam kerana agama inilah yang berseberangan idea dengan ideologi komunis. Pembersihan etnik juga melanda Cambodia di era Pol Pot dengan pembunuhan skala besar terhadap umat Islam. Komunis Cambodia lebih ekstrem dalam menanggani umat Islam dengan cuba mengubah demografi negara itu, namun cahaya Allah tak mampu dipadamkan kerana muslimin terus bangkit terutama selepas kejatuhan ideologi tersebut diseluruh dunia.

Ideologi komunis cuba untuk bangkit di Indonesia pasca Mei 1998, namun umat Islam di tanah seberang mengawasinya dengan serius. Mantan perwira negara dengan gerakan rakyat sedar tidak membiarkan anak-anak muda yang tolol mempamerkan apa sahaja lambang PKI pada pakaian, program-program untuk menghidupkan PKI diawasi malah akan berdepan dengan bentrokan massa jika cuba dilakukan oleh kader-kader PKI dan pseudo komunis. Pasca Reformasi juga menyaksikan buku-buku doktrin komunisme dicetak dengan meriah di Indonesia, malah seorang tokoh penulis pro komunis, Pramoedya Ananta Toer mendapat royalti yang lumayan kerana buku-buku sastera tulisannya dicetak kembali.

Keadaan ini berbeda dengan negara kita, reinkarnasi komunisme menjalar pasca Mei 2018 dengan kemenangan PH yang ditunjangi oleh DAP. Usaha keras untuk meluluskan geran-geran tanah kepada kampong baru (Min Yuen), mengubah naratif sejarah melalui komik dan wacana-wacana ilmu, bahkan ramai anggota legislatif daripada DAP mengakui keluarga mereka adalah bintang tiga, anggota MPAJA dan petualang PKM. Negara ini juga digegerkan dengan isu abu mayat Chin Peng , seolah merestui wasiat Chin Peng , ianya seolah menoreh luka jutaan muslimin serta rakyat yang cintakan negara.

Isu reinkarnasi komunisme di zaman PH tali menali dengan isu-isu lain, antaranya terkait pula dengan himpunan reuni kader-kader dan penyokong PKM di sebuah kolej swasta di Kajang, semuanya dengan mesej jelas bahawa komunisme mahu diwirakan di tanah air yang menyaksikan keganasan mereka lebih lima dekad. Ramai mantan perajurit dan perwira negara bangkit menyatakan bantahan, namun bantahan ini disepikan oleh kerajaan PH yang didominasi oleh DAP.

Seperti babi yang sifatnya menyondol dan merosakkan kebun yang meranum subur, mereka tak peduli akan kritikan apabila merasa mereka menggenggam secubit kuasa pasca Mei 2018. Seolah terdapat satu usaha terancang untuk mengangkat naratif baru sejarah pejuang kemerdekaan. Segelintir daripada kalangan kelompok penguasa juga antara yang cuba-cuba berani untuk menukar naratif perjuangan kemerdekaan seperti usaha mengiktiraf perjuangan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Elit penguasa berfikrah sosialis ini mahukan rakyat percaya bahawa MPAJA juga adalah pejuang Perang Dunia II, menentang penjajahan negara matahari terbit selama tiga tahun lapan bulan di tanahair ini.

Sejarah perkembangan Partai Komunis Malaya di negara ini berkait rapat dengan perkembangan komunisme di luar negara seperti di Tanah Besar China (PKC). Ideologi komunis disebarkan melalui kesatuan buruh, kesatuan sekerja serta melalui sekolah-sekolah persendirian Cina sehingga British memantau dengan ketat ketiga elemen yang disebutkan tadi.

Partai Komunis Malaya ditubuhkan pada tahun 1930 dengan mendapat bantuan dan pengarahan komunis antarabangsa. Terdapat juga segelintir orang Melayu yang berjaya dikaderkan oleh mereka seperti Mokhtaruddin Lasso serta kader komunis Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk merekrut anak watan,namun mereka kurang berjaya. Masyarakat Cina di negara ini agak terdedah dengan pengaruh komunis kerana kemenangan PKC di Tanah Besar China menubuhkan kerajaan republik komunis serta era penjajahan Jepun yang menindas etnik ini (1941-1945).

Pembantaian Sook Ching yang mengorbankan 70,699 orang cina di Malaya dan Singapura adalah kemuncak pertembungan tajam tentera Jepun keatas masyarakat Cina. Sejarah etnik Cina di Tanah Melayu yang menentang Jepun disebabkan Jepun mula-mula menakluki Manchuria, bahagian Timur Laut China sebelum meletusnya Perang Dunia II sekitar tahun 1939. Etnik Cina yang sebahagian besar dilahirkan di Tanah Besar China mempunyai semangat patriotik yang tinggi, menurut Dr Cheah Boon Ken, generasi kedua migran Cina di Malaya mula berpartipasi dengan fahaman komunis.

Di Tanah Melayu, segelintir orang-orang Cina yang datang sebagai imigran ini ada yg telah kembali ke China untuk bersama rakyat menentang Imperialis Jepun. Kekejaman tentera Jepun terhadap bangsa Cina dan Korea telah menjadi api yang membakar kemarahan etnik Cina di Malaya. Mereka juga telah bertindak, membentuk solidariti dengan menghantar bantuan kewangan untuk menentang imperialisme Jepun.

Kedatangan penjajah Jepun ke Tanah Melayu membuka pintu pembalasan dendam tentera Jepun kepada etnik Cina, ribuan yang mati dibunuh, disiksa, diperkosa. Di Tanah Melayu PKM telah membuka satu front perlawanan rakyat, militia awam atau dikenali pasukan bersenjata Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Kolaborasi PKM dengan British telah berlaku dalam era penindasan Jepun ini, termasuk bantuan risikan, juga sebahagian persenjataan MPAJA telah dibekalkan oleh British sebagai pasukan gerila.

Jepun telah menyerah kalah akibat ledakan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945, maka pemerintah tentera Jepun di Tanah Melayu juga telah menyerah kalah dengan acara penyerahan kuasa telah diadakan di perkarangan Victoria Institution Kuala Lumpur. Sebaik saja Jepun menyerah kalah, agen-agen komunis telah berpesta pora meraikan kemenangan, masa untuk membalas dendam terutama apa yang disifatkan sebagai talibarut Jepun. Anggota MPAJA, juga disebut anggota Bintang Tiga telah mengambil kesempatan dalam keadaan “vacum power” atau kekosongan kuasa di Malaya. Reaksi balas akhirnya berlaku dan menyebabkan pergaduhan kaum di Batu Pahat Johor, Sungai Manik Perak dan tempat-tempat lain di Malaya.

Situasi balas dendam, pertembungan kaum, mahkamah rakyat tanpa hak bela diri ini ini adalah gambaran kerakusan pejuang MPAJA atau bintang tiga apabila mendapat segenggam kuasa. Tempoh kekacauan massa ini berlaku Tanah Melayu selama 14 hari. Kegawatan ini kembali reda apabila Malayan British Army (MBA) kembali ke Tanah Melayu, mereka cuba membetulkan kondisi kekacauan awam. Tempoh untuk menenangkan orang Melayu seperti yang berlaku di Batu Pahat Johor akibat kebangkitan gerakan Selempang Merah (Gerakan Kiai Haji Salleh).

MBA mahukan supaya MPAJA dilucutkan senjata yang dibekalkan kepada mereka di era perlawanan dengan Jepun. Namun MPAJA enggan tunduk kepada British dengan hanya menyerahkan sedikit alatan peperangan dan merasakan agenda mereka untuk menegakkan republik komunis belum berakhir, sehinggalah PKM akhirnya menerima arahan komunis antarabangsa untuk melancarkan pemberontakan bersenjata pada tahun 1948.

Darurat yang berlangsung selama 12 tahun sehingga tahun 1960 telah mengorbankan belasan ribu tentera, polis dan rakyat negara ini. Perjuangan PKM dibawah Chin Peng bersambung lagi kerana keengganan mereka meletakkan senjata walaupun mempunyai peluang. Dalam dekad 1960an dan 70an tak sedikit kekacauan digerakkan oleh PKM termasuk membunuh pegawai-pegawai tinggi keselamatan, mengebom tugu negara, infiltrasi dalam gerakan mahasiswa , mensabotaj aset negara dan lain-lain kerosakan.

Kerajaan hari ini mesti bertegas membasmi sebarang bentuk reinkarnasi komunisme, tindakan tegas mesti diambil kepada dalang-dalang ini. Jangan menganggap isu debu mayat dan himpunan komrad PKM di Kajang sebagai isu remeh dan usaha bermain politik. Betapa pentingnya kita mempertahankan naratif sejarah Tanah Melayu ini, jika kita leka maka maka generasi baru dan mentah akan disuntik normalisasi terhadap komunisme. Ada kalangan pimpinan DAP seperti Ronnie Liu selain bersungguh menyentuh isu-isu umat Islam, juga cuba mengubah naratif sejarah negara ini. Cukup berbangga dengan ahli keluarga mereka yang menjadi anggota komunis maka dimanakah maruah keluarga kita yang sebahagiannya adalah anggota keselamatan yang berjuang dihutan menentang komunis?

Jangan kita mudah melupakan sejarah, diantara syarat Perjanjian Hatyai 1989 adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) mesti berikrar taat setia kepada ketua negara Malaysia iaitu Yang Di-Pertuan Agong. Isu -isu politik yang melingkari negara musim Covid ini juga menampakkan kepada kita, usaha untuk mencabar wewenang YDPA oleh politikus yang tidak berpuashati dengan keputusan baginda.

Jangan lupa komunisme mudah memancing pesona anak muda kerana idea-idea radikal, menolak golongan aristokrat serta penyamarataan kelas sosial. Reinkarnasi komunisme berlaku dalam sedar dan tidak boleh dipandang enteng. Lihat Kesatuan pelajar dikampus yang dipengaruhi secara halus dan kerajaan wajar bertindak seperti Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya pernah dikenakan tindakan dalam dekad 70an dahulu.

Dr Riduan Mohamad Nor,
Penulis ialah pendakwah dan penulis 59 buah buku – HARAKAHDAILY 3/11/2020

Share:

Mail Totey The Movie: Antara Unsur Didaktik Dan Komersialisme

Filem adalah pelakar sesuatu matlamat tersembunyi , pencerita zaman dan mesin propaganda yang menyihir akal manusia tanpa sedar . Juga menjadi alat propaganda dan wahana paling efektif untuk diselitkan sesuatu aspirasi dan agenda.


Besarnya pengaruh filem dan drama menyebabkan industri ini dikawal dan disaringtapis di negara tertentu. Filem juga satu dokumentasi tentang latar zaman, lihatlah bagaimana filem-filem Studio Jalan Ampas yang sangat berkesan mengambarkan sosio politik kaum Melayu dalam dekad 1950an dan 60an. Filem era itu terselit nuansa politik Shaw Brothers yang menunjangi fahaman Sosialisme ,namun tanpa sedar juga melibatkan rasa skeptikal dengan institusi beraja.

Filem-filem bersalut patriotisme di negara kita pula akan mendapat dokongan kerajaan seperti ' Bukit Kepong', ' Leftenan Adnan' , begitu juga di negara lain seperti kerajaan Libya yang membiayai filem ' The Lion of The Desert' yang menelan belanja puluhan juta USD. Filem sokongan dan dokongan kerajaan ini akan diulangtayang untuk menaikkan semangat patriotik rakyat dan tidak berorientasilan keuntungan.

Secara umumnya dalam dunia kapitalisme dan konsumerisme , faktor untung rugi akan diambil kira dalam pembikinan sesuatu filem. Maka untuk menarik penonton , pihak produksi akan mengkaji trend semasa, memanipulasi wajah-wajah jelita dan kacak, postur badan yang bertampang atletis, runut dan juga lagu tertentu bagi memacu pesona sesebuah karya filem.

Samada Jalan Ampas, Hollywood, Bollywood, K-Drama maka unsur ketampanan dan kejelitaan akan tetap ditangga pertama, selain bakat dan favoritisme . P.Ramlee dan Sarimah tidak lagi menjadi pelakon popular bila diusia 40an, Barry Prima , Yati Octavia, Meriam Bellina juga beransur dilupakan bila beranjak usia.

Pelakon dan pengkarya akan datang dan pergi dalam industri perfileman, tiada yang kekal maka sebab itu sangat subjektif untuk mengukur tahap kepiawaian bakat dan obsesi peminat.

Filem juga mampu menggarap naratif dan indoktrinisasi bagi mewujudkan " bogey" ,contohnya mewajahkan Islam agama terrorist, bukan sekadar berlaku dilahan Hollywood, Bollywood dan pelbagai negara, namun dalam industri filem Malaysia juga terjebak dalam naratif jelek menyudutkan Islam sebagai pemicu keganasan.

Dalam drama-drama Melayu, watak-watak antagonis bertudung labuh, berjubah dan memintal serban semenjak dekad 80an melatari drama dan filem Melayu. Filem "Fenomena" ," Jeneral Hambali", " Guru Yahya" dan puluhan yang lain adalah memualkan intelek.

Filem-filem dengan tema percintaan , aktor dan aktres yang sedang mengetop, bermodal besar, lumayan kontroversi dan publisiti biasanya akan menarik peminat untuk menonton dan membayar harga tiket. Lihat sahaja dalam sejarah industri filem negara kita , filem-filem pecah panggung dan menumpuk keuntungan.

Antaranya ' Munafik 2 ' ( 48 juta rm), " Hantu Kak Limah 3" ( 36 juta rm ), " PASKAL" ( 28.6 juta rm), " Munafik " ( 19.04 juta RM), " Ombak Rindu " ( 10 juta RM) dan lain-lain.

Kita mempunyai alasan yang munasabah untuk menghormati pengkarya muda seperti Syahmi Sazli yang telah memecahkan mitos industri perfileman negara ini. Filem ' Mail Totey The Movie' walaupun dengan barisan pelakon OKU seperti Asif, Yoe, Bedul, Yatin . Syahmi sebagai pelakon utama juga bukan daripada kategori pelakon kelas carta utama, namun keberaniannya menghasilkan filem dengan kos 400 ribu ini sangat menguja akal. Selama lapan hari ditayangkan , filem MTTM berjaya meraih sebanyak empat juta ringgit, jumlah yang besar dalam suasana suram akibat pandemik.

Anak Kelantan berbakat ini, asalnya mencuri perhatian di Youtube dengan filem spontan berdialek kelantan . Berjaya membimbing bakat-bakat baru yang berada dala kelas tersendiri, beliau lama membina reputasi dan pengaruh dikalangan anak muda medsos. Tujuh tahun lepas mula membuka saluran youtube , membuat video pendek yang sarat dengan unsur didaktik namun sangat menghiburkan penonton. Komedi santai dengan latarbudaya Kelantan itu juga kadang menggapai peminat sehingga ke Indonesia,Brunei dan Singapura, maka tak pelik jika Syahmi dipertahankan oleh pengikut setianya dimedsos apabila MTTM diperlecehkan.

Apa yang menarik juga, sesebuah filem boleh berjaya tanpa adegan sensasi, aktres menampakkan peha, adegan ranjang, sensate culture , kisah tragis percintaan dan bermodal tebal. Filem kita adalah wajah kita, MTTM telah membuktikan bahawa filem patuh Syariah juga boleh berjaya dan mempunyai khalayak penontonnya yang tersendiri.
Ustaz Riduan Mohd Nor
AJK PAS Pusat
Penulis adalah Pengerusi LESTARI

Share:

LEBIH RM20 JUTA PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN PANTAI MERDEKA DAN TANJUNG DAWAI

 LEBIH RM20 JUTA PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN  PANTAI MERDEKA DAN TANJUNG DAWAI.

ISNIN (02.11.2020)

KUALA MUDA - Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Kedah telah memperuntukan sebanyak RM20 juta untuk membangunkan beberapa projek di sekitar Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai antaranya membina sebuah jeti baharu di Tanjung Dawai untuk keselesaan pengunjung serta pelancong yang hadir.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Syed Khairol Anuar Syed Abidin berkata demikian ketika ditemubual oleh Warta Kedah sempena lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Paduka Ammar Dato' Shaikh Mahmood Naim bersama Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di sekitar Pantai Merdeka di sini, hari ini.

Menurut Syed Khairol terdapat beberapa komponen pembangunan yang akan dijalankan di Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai dalam masa terdekat yang melibatkan sekitar persisiran Pantai Merdeka dan Jeti Tanjung Dawai melalui peruntukan dalam RMK-12.

“Terdapat beberapa komponen projek telah disusun. Bagi komponen pertama iaitu pemuliharaan pantai di Pantai Merdeka kembali kepada keadaan asal yang akan bermula pada tahun 2021. Selain daripada itu bagi komponen lain ialah pembinaan jeti di Tanjung Dawai telah diberi pertimbangan untuk dilaksanakan.

“Penyusunan semula penjaja di Pantai Merdeka akan diberi perhatian dan akan dilaksanakan segera melalui perjumpaan dengan penjaja-penjaja telah pun dilakukan dan pihak mereka telah bersetuju serta menyambut baik cadangan yang telah dikemukakan bagi memajukan pertumbuhan ekonomi rakyat negeri Kedah,” katanya.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato' Norizan Khazali; Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Muda,  Abdullah Hashim; Pengarah JPS Negeri Kedah, Ir. Md. Khuzai Hussain dan Setiausaha MPSPK, Sunita Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Syed Khairol juga berharap dengan adanya projek pembangunan pemuliharaan pantai, pembinaan jeti baharu dan penyusunan semula penjaja tepi pantai bukan sahaja akan merancakkan lagi peniagaan penduduk setempat malah ianya akan dapat menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara untuk mengunjungi Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai.

Bersempena lawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah tersebut satu taklimat telah disampaikan oleh Syed Khairol mengenai peta Pembangunan Semasa Pantai Merdeka  dan peta Pembangunan Semasa Tanjung Dawai, Daerah Kuala Muda. Seterusnya, pihak rombongan dibawa melawat kawasan persekitaran Pantai Merdeka dan meninjau tapak cadangan jeti di Tanjung Dawai.







Share:

Terima Kasih YAB Presiden

Share:

MB PERJELAS ISU BAYAR HUTANG SADA RM79.33 JUTA

Mai pakat baca..!!!
Sebetulnya hutang yang telah dibayar setakat ini ialah RM79.33 juta, bukan RM78.33 juta seperti yang saya catatkan sebelum ini. Tanpa mencairkan baki simpanan tetap yang disimpan sejak 2010-2015, operasi yang distrukturkan semula selain langkah penjimatan telah mampu menjana pendapatan  untuk membayar hutang sebanyak RM79.33 juta daripada jumlah hutang terkumpul RM147 juta (sejak 2017- Mei 2020). 

Mengapa hutang bertampuk-tampuk sejak 4 tahun lalu? 

Kos operasi meningkat mendadak saban tahun, belanja tidak dikawal, kutipan hasil tidak mampu menampung beban kewangan, kerja-kerja yang boleh dibuat secara inhouse diswastakan untuk mencipta peluang kepada rakan taulan. Akhirnya, kos operasi jauh lebih tinggi daripada hasil, akibatnya bayaran-bayaran wajib kepada syarikat konsesi dan pembekal tidak dapat dilakukan. 

Contohnya pendapatan bulanan keluarga kita hanya RM2,500 tapi belanja mencecah RM3,000. Maka setiap bulan terpaksa berhutang RM500. Kenapa perlu berbelanja RM3,000 sedangkan pendapatan hanya dapat dijana RM2,500? Lebih parah lagi, ada ada ketika simpanan untuk pendidikan anak terpaksa dipecahkan untuk menutup perbelanjaan yang melebihi RM3,000. 

Keadaan ini berlarutan beberapa tahun, tiada di kalangan pemimpin kerajaan dan SADA yang hebat-hebat di zaman itu memberi perhatian, apatah lagi berbuat sesuatu untuk menyelamatkan keadaan. Budaya negatif membesar membina suasana murung dan pasif. Kipas dan konsultan saja hidup cergas.

Maka langkah pentadbiran baru kerajaan negeri dan kepimpinan baru SADA sejak Jun 2020 ialah misi  menyelamat (resque). 

Saya membawa masuk seorang pemimpin lama yang tahu bagaimana langkah resque patut dilakukan. Dia ada kemampuan seperti pakar bedah dalam pengurusan dan pentadbiran.

Beliau menubuhkan SADA bersama kerajaan negeri pada 2010, memupuk dan membentuk SADA daripada rejim JBA yang defisit setahun RM50 juta hingga mencatat keuntungan pada tahun pertama hingga tahun ke enam penubuhannya. Di bawah pentadbirannya Menara Sada bernilai RM68 juta dibina, simpanan tetap hampir mencecah RM100 juta.

Pada satu ketika, mereka sibuk menyusun siapa  yang akan diberikan kerja membangunkan infrastruktur (Loji rawatan air) yang maha penting itu. Datang pula rejim selepas itu membuat  penangguhan pula untuk dibuat kajian semula semua rancangan yang telah disusun rapi itu. 

Cakap pandai, belagak pun pandai. Kerjanya lantik orang itu ini dari sana sini buat kajian. Akhirnya keluarlah hasil kajian yang sama dengan plan asal. Kong kalikong ini telah membuang masa lebih dua tahun. SADA pula sedang menjunam ke lubang yang semakin hari semakin dalam. Saudagar yang ada timba besar bertali panjang sedang menghulur untuk menceduk.

Tidak perlulah saya menghurai panjang siapa yang akan mengaut laba bila SADA diceduk oleh saudagar.

Saya merayu bantuannya untuk membentuk semula SADA supaya dapat bergerak atas landasan infrastruktur yang masih uzur dan longgar. Landasan uzur dan longgar inilah dialpakan oleh kerajaan dan pemimpin SADA selepasnya. Beliau keberatan menerima, kesihatan tubuh badan tidak seperti dulu lagi. Pergerakannya terbatas, hanya suara dan otaknya kekal berbisa. 

Tentangan yang dihadapkan kepada saya berikutan langkah membawa masuk 'doktor lama' itu bukan calang-calang. Begitu begini, begini begitu supaya saya mengalah, menyerah dan menurut. Biarkan saja SADA disambar saudagar, tak ada siapa lagi yang mampu menyelamatkannya, kita jaga apa yang tinggal saja.  

Akhirnya saya terpaksa memacak keris, memberi isyarat tidak akan berganjak. Siapa menentang, saya tikam.

Ditubuhkan semula Majlis Gerakan Sada (MGS) untuk melaksanakan operasi resque berdasarkan keputusan bersama dan diwujudkan Majlis Keselamatan SADA (MKS) dengan beberapa pillar teras untuk mengawal operasi resque MGS. Model pentadbiran ketika situasi darurat dikuatkuasakan, inilah yang dipraktikkan ketika SADA dilahirkan pada 2010. 

Doktor lama mula menyusun pasukan dalaman untuk melakukan langkah resque. Yang mengenal pisau gunting, ubat kebas iodin, jarum benang, diletakkan di dewan bedah. 

Yang kenal panadol dan panau salap diletak di farmasi.
Yang gemar memecut diletak di garaj ambulan, yang tahu bezakan duit orang dengan duit sendiri diletak di cashier. Yang suka bergurau dengan jin di letak di bilik mayat, yang bodoh diajar, yang pandai diberi tugasan besar. 

Yang degil, yang memberontak, yang membentak meracau ke sana sini diberi bawang. Gaji dan gred dikekalkan, supaya tidak menzalimi orang. 

Selepas 4 bulan, hasilnya membanggakan saya dan orang lain, khususnya rakan-rakan di SADA. Berikut adalah sebahagian hutang yang mampu dibayar hasil penjimatan, penyusunan semula struktur operasi dan  kutipan hasil.

Yang meresahkan saya hanya satu. Doktor lama itu tidak mahu dibayar gaji. Dia letakkan KPI dirinya, tidak akan mengambil gaji sehingga SADA berjaya dipulihkan. Jika KPInya tidak berjaya dicapai, khidmatnya kepada SADA adalah percuma.

Yang sedang membawang dan membentak itu pula dimaklumkan pernah menikmati kenaikan gaji dua kali setahun. Ada yang mengharap langkah resque gagal, ada yang terus menerus mencari salah silap untuk terus membawang. Saya hanya mampu geleng kepala.

Semoga SADA pulih sepenuhnya, menjadi agensi milik penuh kerajaan memberi khidmat bekalan air bersih kepada rakyat Kedah. Kepada SADA jugalah letaknya tugas menjana pendapatan untuk menjelaskan hutang kepada persekutuan. Waktu membayar sudah ditentukan, tidak jauh menanti di depan.

Nota: SADA adalah agensi korporat milik kerajaan negeri yang bertanggungjawab dan dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai operator bekalan air. Membangunkan infrastruktur bekalan dan sumber air adalah tanggungjawab kerajaan negeri dan persekutuan selaras dengan WSIA 2006 (Akta 655).

Catatan:
Muhammad Sanusi Md Nor
Share:

KERAKUSAN MENEBANG BALAK DI ZAMAN MUKHRIZ

JIKA KEGILAAN KERAJAAN MUKHRIZ TIDAK DISEKAT, KAWASAN HUTAN DI KEDAH BAKAL JADI 'PADANG JARAK PADANG TEKUKUR'

Oleh: Zulkifli Yahaya

Acapkali saya menulis mengenai isu balak Kedah. Perihal Menteri Besar, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir yang pernah jadi pejuang alam sekitar ketika jadi pembangkang dahulu, kini bila pimpin kerajaan, ghairah pula meratah kayu balak. 
 
Kerajaan Negeri Kedah tidak banyak memberi reaksi apabila isu balak dibangkitkan. Ketua Pembangkang Dato’ Amiruddin Hamzah pernah menyerang BN pada Sidang DUN lalu kerana meluluskan balak melebihi quota penebangan. Mukhriz kelihatan tidak pedulikan serangan pembangkang. 

Agak mengejutkan baru-baru ini, apabila pihak yang menyerang Mukhriz dalam isu balak ialah beberapa ADUN BN sendiri. Kali ini Mukhriz pasti tersentak, kerana yang bersuara adalah pihak yang sepatutnya pertahankan kerajaan negeri dalam apa keadaan sekalipun. 

ADUN yang dimaksudkan ialah Dato’ Ahmad Zaini Japar (BN-Bukit Kayu Hitam). Beliau mengundang beberapa ADUN Kedah untuk melakukan lawatan ke kawasan penebangan balak di Wang Perah, Daerah Kubang Pasu bagi melihat sendiri kerakusan kerajaan Mukhriz menarah balak. 

ADUN yang hadir memberi sokongan ialah Dato’ Ahmad Lebai Sudin (BN-Bukit Lada), Dato’ Ali Yahaya (BN-Pantai Merdeka), Mahadzir Abdul Hamid (BN-Jeneri), Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) dan Azman Nasruddin (PKR-Lunas).

Tindakan Dato’ Ahmad Zaini mudah untuk difahami. Beliau menjadi sasaran kemarahan rakyat dalam kawasannya, kerana pembalakan dibuat dengan sungguh rakus. Akibat penggondolan hutan, segala sisa turun dari bukit tanpa halangan ke kawasan kampung. Segala tanaman musnah, sungai sudah hilang wajah dan banjir lumpur menambah derita mereka. Sebelum ini penduduk menggunakan air sungai dari bukit sebagai sumber bekalan air. Kini yang turun dari bukit ialah air ‘teh tarik’ yang belum dicampur gula.

Jika sasaran kemarahan rakyat ialah wakil rakyat, maka tentulah sasaran wakil rakyat pula ialah kerajaan yang meluluskan projek pembalakan di kawasan yang tidak sepatutnya. Bukan mudah untuk seorang wakil rakyat dari parti kerajaan menyanggah kerajaannya sendiri secara terbuka. Ia jadi pilihan terakhir setelah semua ruang untuk berdiplomasi tiada. Siapa kata kerajaan BN mendengar suara hati rakyat? 

Sokongan dari beberapa ADUN parti kerajaan juga mudah untuk dibaca. Mereka sudah hilang keyakinan kepada Menteri Besar yang tidak pedulikan masalah rakyat. Barisan Exco pun serupa, asyik mengampu Menteri Besar sehingga melupai rakyat.

Latarbelakang kawasan hutan yang terbabit dengan pembalakan itu, asalnya adalah Hutan Simpan Kekal. Ia dicabut keluar untuk ditukar syarat menjadi kawasan berstatus pertanian. 

Berdasarkan dokumen, seluas 1,699.7 hektar kawasan terbabit. Ianya diluluskan kepada SSI (State Secretary Incorporated) untuk dijadikan kawasan ladang. SSI adalah badan yang tidak berstruktur. Maknanya, SSI itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan SUK itu adalah SSI. Soalnya sejak bila pula SUK menceburi sektor perladangan?

Sebelum projek ladang bermula, SSI dikatakan menyerahkan kerja pembalakan kepada Long Xing Fa Enterprise. Mudah sungguh di zaman Mukhriz, syarikat “enterprise” pun diberi kepercayaan punggah balak.

Bekas Setiausaha Politik Almarhum Ustaz Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor mempersoalkan berapakah kadar premium pembalakan per hektar yang syarikat itu bayar kepada kerajaan, dan apakah balasan yang SSI dapat daripada projek ladang ini?
“Persoalan lebih besar kalau SSI dapat pulangan daripada pembalakan ini, berapa jumlahnya? Siapa yang mentadbir kewangan SSI? Dimasukkan ke akaun mana? Siapa yang mengendalikan pengurusannya? Ke mana pergi wang yang mengalir masuk ke akaunnya daripada balak dan hasil ladang? Pergi kepada rakyat, kepada kantung negeri atau kepada siapa-siapa di sebalik apa-apa?” tanya Sanusi.

Sejak Mei 2013 sehingga Oktober 2015, kerajaan negeri pimpinan BN menyembunyi hasil negeri daripada industri pembalakan, khususnya jumlah kutipan premium. Berbeza di zaman Pakatan dahulu, pengumuman dibuat setiap tahun.

Keanehan yang sangat dirasai oleh rakyat negeri Kedah, termasuk pemimpin dan ahli Umno sendiri ialah, Mukhriz sebelum jadi Menteri Besar adalah “pejuang alam sekitar” yang sejati. Beliau mengapalai kempen membantah pembalakan di Charok Genting Bunga, Pedu. Beribu-ribu rakyat Kedah yang sebahagiannya tidak tahu apa-apa diangkut dengan bas untuk berhimpun di pinggir Tasek Pedu untuk nyatakan bantahan.

Hakisan tanah akibat pembalakan didakwa menyebabkan air lumpur mengalir ke Tasik Pedu. Walhal setitik air pun dari kawasan pembalakan tidak boleh memasuki tasik tersebut kerana terdapat benteng pemisah yang lebar dan tinggi. Kawasan terbabit dengan pembalakan sangat jauh dari penduduk.

Nah, sekarang bila jadi Menteri Besar dia luluskan pula pembalakan di kawasan berhampiran penduduk kampung. Kesannya sangat dahsyat sehingga terdapat penduduk yang menangis apabila menceritakan derita yang dihadapi. Para aktivis alam sekitar yang datang berkunjung pun geleng kepala. Kata mereka, “hanya kerajaan gila sahaja yang luluskan penggondolan hutan di kawasan berpenduduk!”

Hakikatnya, sejak Mei 2013, beribu-ribu kawasan hutan diluluskan kepada syarikat pembalakan untuk ditebang. Tahun ini sahaja lebih 3200 hektar hutan diluluskan kepada MBI untuk dijadikan ladang. 

Terkini, 800 hektar hutan di Gunung Inas diluluskan kepada MBI-JV Felcra untuk projek ladang. “Bukankah di situ dulu BN/UMNO 'menangis terpekik terlolong' berdemo membantah penebangan hutan untuk tanaman Timber Latex Clone -TLC yang diluluskan oleh BN pada 2007?” tanya bekas Setiausaha Politik Ustaz Azizan.

Kerakusan kerajaan BN Kedah menggondolkan hutan tidak boleh dipandang sepi. Semua pihak mesti bangun menyekat kegilaan ini. Jika dibiarkan, kawasan hutan di Kedah bakal jadi padang jarak padang tekukur.
Share:

Wednesday, October 21, 2020

VELLFIRE DETECTED!

 Sebuah satira politik, khusus untuk para pembaris.


VELLFIRE DETECTED! 


Yalah, dalam Malaysia ni cuma ada sebuah Vellfire  sahaja, dan warnanya pun cuma hitam saja. So, mudah untuk didetect!


Petang semalam pihak kami berjaya mengesan kereta tersebut di Jitra. Sepandai-pandai Vellfire bersembunyi akhirnya dijumpa jugak! 


Jangan main-main dengan kami, kami dibayar oleh abang long kami untuk cari kecurangan dan kemungkaran. Kami rela menumbuk,  hatta perempuan pun, jika keadaan memerlukan! Dan kami telah buktikan itu...


Pihak kami juga dapati Vellfire tersebut dipandu oleh VVIP (rupanya dia boleh memandu) dan di sebelahnya ialah isterinya. Muatan belakangnya nampak macam, omputih kata, looked like, kayu balak Hulu Muda! 


Maka kami dedahkan di sini. Biar semua orang tahu inilah kerja VVIP tersebut. Dan kami pun bolehlah bernyawa segar sikit, sesak nafas sangat dah dok dalam gua lama-lama!


Apa guna berbaju kurta,

Jika tidak berkepiah baldu;

Apa guna ada kereta;

Jika tidak boleh memandu.


Nota:

Nombor plate tu bukan edit tau, ori tau! Asalnya ditutup dengan kotak kertas, kami alih dan kami snap gambarnya tanpa pengetahuan VVIP. Don't play play with us...



Share:

Mahfuz hanya memikirkan kain batik dan coli😂

Cara tahap pemikiran seorang Ahli Parlimen sebuah parti. Kalau nak fitnah pun, banyak benda boleh dibuat pembayang dalam berpantun tu, tapi kenapa benda-benda dalaman kaum hawa yang disebutkan sebagai ayat pembayang...

Share: