GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang telah membeli sebuah kereta rasmi baru untuk Ketua Menteri Penang Chow Kon Yeow, sebuah Mercedes-Benz berharga RM458,000.
Kereta Mercedes S560e 2019 ini dibeli bagi menggantikan kereta rasmi sebelumnya, sebuah Mercedes S300L yang dibeli pada tahun 2013 dengan harga RM298,263.
Pembelian kereta baru itu diluluskan oleh Mesyuarat Exco Kerajaan Pulau Pinang yang Pengerusinya adalah Ketua Menteri sendiri pada bulan November 2019.
Sebelum ini, pembelian kereta baru untuk ketua menteri dan menteri besar mendapat banyak kecaman dan kritikan dari pelbagai pihak.
Hasil tinjauan pihak kami, pembelian ini juga telah mendapat reaksi tidak puas hati dari kalangan netizen dan rakyat penang khususnya dan mereka kebanyakannya sangat hairan mengapa KM Penang membeli kenderaan baru di saat negara masih dalam keadaan sukar menghadapi wabak covid 19, khususnya Pulau Pinang.
Pada tahun 2014, ketua menteri Pulau Pinang ketika itu, Lim Guan Eng turut sama membuat pembelian Mercedes-Benz baru.
0 comments:
Post a Comment