Blog berita Kedah pelbagai sumber

Saturday, January 9, 2021

Annuar Musa Sahkan surat sokongan Zahid Hamidi kepada Anwar Tulen

 PUTRAJAYA – Sepucuk surat yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi UMNO bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti (PKR), disahkan tulen oleh bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Dalam pendedahan tersebut, beliau turut menjelaskan telah mengambil tindakan menyemak kesahihannya surat berkenaan yang dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan bertarikh 11 Oktober 2020.

Surat yang dinafikan

“Saya tahu semua sekali dan surat ini saya sudah semak dengan banyak pihak. Ia adalah tulen,”

katanya pada sidang akhbar di Kementerian Wilayah Persekutuan, di sini pada Rabu.

Ahli Parlimen Ketereh itu juga mededahkan isi kandungan surat tersebut adalah berkisar mengenai langkah untuk meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Selain itu, ia turut menyebut untuk menukar Perdana Menteri dan menjanjikan kesetiaan kepada Anwar,” .

katanya lagi

Menurutnya, pendedahan beliau mengenai perkara tersebut pada hari ini adalah kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian pemimpin UMNO berkenaan.

“Kita tidak bincang. Majlis Tertinggi pun tidak bincang,” .

Dedah beliau seterusnya

Beliau berpendapat, sokongan keatas Anwar dan sekutunya seperti DAP boleh mendatangkan mudarat yang perlu dielakkan oleh BN.

Zahid Hamidi & Najib Razak

“Kita perlu elak perkara ini atas dasar antara dua mudarat, yang mana mudarat lebih besar kita elakkan. “

“Tapi oleh kerana ini adalah perkara yang paling utama perbezaan pendapat saya dengan pengerusi, saya terpaksa berterus terang. Kalau tidak ahli-ahli di bawah tidak faham,”

katanya lagi.

Sementara itu, ditanya mengenai siapa Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang mengadakan perbincangan dengan DAP untuk mengadakan sokongan Anwar, beliau enggan mengulas lanjut.

Anwar Umum dapat Majoriti

“Saya tidak boleh spesifik, saya fikir rakan-rakan saya dalam MT boleh bincang perkara itu,” kata.

Annuar menyifatkan tindakan sokongan Ahmad Zahid terhadap Anwar dan bekerjasama dengan DAP adalah perkara berat buat parti itu.

Pengakuan Khalid Samad Anwar ada majoriti termasuk MP UMNO

“Saya berpandangan sokongan bertulis kepada YDPA bahawa sebahagian daripada Ahli Parlimen UMNO sokong Anwar adalah perkara berat,” katanya.

Beliau berkata, pendirian yang diambil oleh Ahmad Zahid terlalu berprinsip dan melibatkan keputusan rasmi parti di peringkat Biro Politik, Jawatankuasa Pengurusan, Majlis Tertinggi malah Perhimpunan Agung UMNO.

“Bila sokongan itu diberikan tanpa pengetahuan parti walaupun dilakukan oleh seorang pengerusi pada saya ia perkara yang saya tidak dapat terima…apa lagi nak laksanakan perkara tersebut,”

Anuar Musa

Sumber

Sinar Harian

Share:

0 comments: