Rupa-rupanya, pakar mineral berkaitan REE ini adalah anak jati Kedah!
Berkelulusan PhD di dalam bidang Sains Laut, UKM. Nama penuh beserta gelarannya ialah ChM. Ts. Dr. Abdul Hafidz bin Yusuff.
Anak kelahiran Baling, Kedah ini kini sedang berkhidmat di Universiti Malaysia Kelantan sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan (Research Management Division).
Beliau adalah orang yang mula-mula menulis menyokong usaha untuk meneroka REE di Kedah sebulan dua yang lalu. Tulisannya ada disiar di dalam Harakah.
Bila diberitahu Dr Abdul Hafidz ada di Alor Setar, dengan segera beliau dijemput sebagai tetamu istimewa, berkongsi minat dan kepakarannya di dalam bidang hasil mineral bernilai tinggi ini. Terima kasih atas pandangan bernas yang dilontarkan beliau.
InsyaAllah, Kedah akan menguruskan hasil bumi anugerah Allah ini sebaiknya.
Al-A’raf 7:96
------------------
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Kepada mereka yang ahli dan pakar di dalam bidang REE khasnya anak Kedah, pintu Kedah terbuka luas untuk anda balik menabur bakti.
#KedahSejehteraNikmatUntukSemua
#NegeriKedahSerataRata
0 comments:
Post a Comment