Blog berita Kedah pelbagai sumber

Wednesday, December 2, 2020

MB bertemu PM usaha pacu pembangunan Kedah


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah mengemukakan beberapa isu negeri itu ketika mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen, di sini semalam.

Advertisement

Antara menjadi perhatian dalam perbincangan mereka adalah mengenai projek besar pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang sebelum ini turut pernah dikemukakan ke perhatian segera pihak Kerajaan Persekutuan.

Di mana Kedah memohon pinjaman RM1 bilion, setelah permohonan semasa pentadbiran Dato’ Seri Mukhriz Mahathir sebanyak RM2.5 bilion melalui Pihak Berkuasa Koridor Utara (NCIA) tetapi tidak dibawa kepada Kabinet ketika itu.

Menyedari permohonan Mukhriz itu tidak mungkin diluluskan, Sanusi telah mengubah ‘business plan‘ KXP dengan melibatkan Sime Darby yang bersetuju terlibat dan memberikan tanah dimiliki syarikat itu untuk dibangunkan bersama.

“Ini kerana 80 peratus daripada tanah yang terbabit adalah milik Sime Darby dan mereka telah menurunkan kos pengambilan balik tanah itu daripada RM2.5 bilion kepada RM1 bilion,” maklum Sanusi semasa Sidang DUN Kedah membentang Belanjawan 2021 di Alor Setar baru-baru ini.

Malah terdahulu, Sanusi secara intensif berusaha menjayakan KXP, antaranya mengenai ketetapan kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) di mana telah bertemu Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr Wee Ka Siong pada 21 Ogos lalu.

Maklum beliau, langkah itu perlu disegerakannya memandangkan keterikatan kepada Seksyen 4 pengambilan balik tanah yang telah diwartakan di mana ia akan tamat pada Januari 2021, selain dikelulusan di bawah Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN).

Turut dikemukakan Sanusi untuk perhatian Perdana Menteri dalam tumpuan perbincangan itu adalah bantuan Kerajaan Persekutuan bagi membantu Kedah memelihara kedaulatan makanan memandangkan negeri itu adalah ‘Jelapang Padi Negara’.

Hargai beliau kepada Tan Sri Muhyiddin yang meluangkan masa di sebalik kepadatan jadualnya apabila telah membincangkan mengenai isu bekalan air dan cadangan merancakkan ekonomi khasnya sektor pelancongan di Kedah.

In sya Allah, hubungan dan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Kedah dengan Kerajaan Persekutuan akan dapat merealisasikan Kedah yang sejahtera, nikmatnya akan dapat dinikmati oleh semua,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY

Share:

0 comments: