Blog berita Kedah pelbagai sumber

Monday, November 9, 2020

Taktik Kuffar Menuturkan Ungkapan-Ungkapan Islam



Dalam musim pemilihan presiden Amerika, naik kembali video kempen calon parti Demokrat bernama Joe Biden yang membacakan hadith Nabi. Video tersebut menyeru umat Islam Amerika agar menyokongnya bagi mengalahkan Trump.


11 tahun dahulu Obama memulakan pidatonya dengan ucapan salam, dalam kunjungan sulungnya ke dunia Islam di Kaherah. Ketika itu, ucapan beliau disambut penuh teruja oleh umat Islam, dengan harapan kononnya dasar-dasar Amerika akan lebih lunak dengan Islam.

Pendekatan parti Demokrat AS sememangnya lebih tertumpu kepada penyebaran ideologi liberalnya secara halus. Maka laras bahasa yang mesra & dekat dengan jiwa umat Islam adalah efektif untuk menjayakan misi tersebut.

Taktik sedemikian tidaklah asing jika kita menekuni peringatan-peringatan al-Quran. Ketika zaman Nabi, puak-puak Yahudi berpesan kepada kaum muslimin untuk bersama dengan ajaran Islam.

Sebenarnya ia bukanlah diungkapkan secara jujur. Sebaliknya pada hemat mereka, dengan lakonan menuturkan ungkapan-ungkapan Islamik, maka pengaruh mereka boleh berkembang & umat Islam akan menaruh kepercayaan kepada agenda yang akan mereka langsungkan selepas itu. Lantas Allah menurunkan ayat:

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
"Apakah kamu menyuruh manusia dengan kebaikan (ajaran Islam) & kamu melupakan keadaan diri kamu sedangkan kamu membaca kitab. Apakah kamu tidak berakal?" - al-Baqarah 44.

Allah mengajar kita supaya berfikir secara rasional. Jika pihak kuffar memuji Islam atau mengungkapkan ayat-ayat Islamik, maka kejujuran mereka ketika itu perlu dicurigakan. Logiknya, kalau mereka percaya dengan kebaikan ajaran Islam, mengapa mereka sendiri tidak ikut Islam?

Taktik seperti ini banyak boleh dilihat dalam retorik-retorik politik yang diungkapkan oleh politikus kafir, termasuklah di Malaysia. Mereka sangat tahu bagaimana memetik jiwa umat Islam supaya terharu & memberikan sokongan kepada mereka.

Dengan memakai kopiah, memberi salam, membaca sepotong dua ayat al-Quran atau hadith & memuji tokoh-tokoh Islam yang disegani, maka ia sudah cukup untuk mencairkan jiwa umat Islam hari ini. Justeru, kita umat Islam perlu lebih kritis dalam menilai & tidak cukup menjadikan perasaan sebagai asas pertimbangan berfikir.

Abdul Mu'izz Muhammad
Share:

0 comments: