Blog berita Kedah pelbagai sumber

Tuesday, November 10, 2020

Kelebihan Anwar Ibrahim ialah mempersembahkan penipuan sebagai kebenaran

 


Hari ini Anwar Ibrahim bahas belanjawan di Parlimen. Seperti biasa fakta betul dan salah dicampur dengan sengaja secara tidak bertanggung jawab bagi mengelirukan masyarakat. Kelebihan mempersembahkan fakta salah sebagai benar memang kemahiran utama Anwar.

Dia sebut kononya ada peruntukan dibawah KPKT RM3.8juta untuk NGO Penggerak

FAKTANYA Anwar gagal memahami beza antara PKN dan PeKT. Ia PEMBOHONGAN !

PKN = NGO berdaftar dengan 'ROS' Aktivis tidak bergaji dan menjalankan kerja amal dalam komuniti. 

PeKT = Lantikan Kementerian bagi menjalankan tugas memantau keberkesanan, melaporkan dan menjalankan aktiviti berkaitan di kawasan-kawasan PBT dan berasaskan Dasar Komuniti Negara yang dibawah Jabatan dalam Kementerian. Dilancar pada 17 Feb 2019

Lantikan termasuk ramai yang bukan merupakan aktivis PKN termasuk bukan orang politik juga.

Mengenai JASA, ya betul Kerajaan berhutang penjelasan kepada rakyat namun perlu dijelaskan ketika Kerajaan PH memansuhkan JASA mereka menubuhkan Komuniti Harapan Malaysia dibawah Menteri Komunikasi DAP. KHM ini telah diambil kesempatan oleh kumpulan siber DAP termasuk yg digelar 'Red Bean Army'. 1463 kumpulan ditubuhkan seluruh negara. Memang tidak ada peruntukan elaun tetap tapi melalui KHM ini disedut perbagai peruntukan atas perbagai kementeroan termasuk kerajaan negeri atas nama program itu dan ini disedut untuk tanggung gerakan mereka. 

Bayangkan 1463 kumpulan.. KATAKANLAH ambil CONTOH minima 30 orang satu kumpulan katakanlah keperluan secara purata mereka bergerak RM1500 sebulan (asas keperluan line telefon, internet dan sebagainya) maka itu sahaja sudah membawa jumlah hampir RM66 juta. Itu belum lagi budget program dan lain lain. Itu baru CONTOH tapi realitinya mungkin lebih tinggi.

Sudah tentu yang dalam Amanah mahupun PKR terkejut dengan fakta ini kerana anda ditinggalkan sebab penumpuan KHM ialah DAP. Bayangkan ketika negara diperintah oleh Menteri Kewangan DAP yang memotong perbagai budget kebajikan rakyat namun secara tidak sedar menyedut sebegitu besar peruntukan untuk tanggung gerakan sulit mereka.

Anwar juga pun tak perlu sombong sangat dalam bab seumpama ini. Lebih baik punya barisan aktivis yang gerakan mereka mempunyai belanjawan jelas yang boleh diaudit dari meletakkan orang - orang politik dibawah "payroll" syarikat - syarikat tertentu. Kesannya Anwar akan menekan kerajaan termasuk kerajaan negeri memberikan kontrak dan perbagai projek kepada syarikat syarikat tersebut. Ini berlaku di NS dan Selangor secara giat. 

Che'GuBard Original
Share:

0 comments: