Blog berita Kedah pelbagai sumber

Monday, November 9, 2020

BERAPA BANYAK SEBENARNYA PERUNTUKAN UNTUK ORANG MELAYU/ BUMIPUTERA BERDIKARI?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) Saban hari, saban tahun, saban kali pilihanraya, orang-orang politik Melayu masih tidak lekang daripada bermain isu kemiskinan orang-orang Melayu, isu tongkat, isu bantuan-bantuan kepada orang Melayu/Bumiputera. 

2) Manakala orang-orang politik berbangsa Cina kebanyakannya memfokus kepada halatuju ekonomi negara, membantu bisnes orang-orang Cina, isu pendidikan, plan-plan perniagaan dan sebagainya. Tidak ada sangat pun isu nak membantu orang-orang Cina yang miskin, lemah etc.

3) Persoalannya, kenapa orang-orang Melayu/Bumiputera sebagai tuan rumah dan penduduk asal dalam negara kita ini, masih terbelengu dengan isu kemiskinan yang tidak berkesudahan? Kenapa pula orang-orang Cina kaya-raya, hidup mewah hati senang dan banyak wang?

4) Orang-orang Melayu diberikan pelbagai bantuan, berjuta-juta peruntukan diberikan dalam bentuk skim-skim, bantuan-bantuan, subsidi-subsidi bagai - dalam hampir semua bidang - pertanian, pendidikan, pembinaan, perniagaan dan sebagainya. Semua-nya memerlukan 'tongkat' kerajaan untuk survive. 

5) Kemudian orang-orang Melayu dipropagandakan sebagai "kerajaan dah bagi macam-macam, tapi orang-orang Melayu tak hargai, buat acuh tak acuh, malas, ketum, etc". Bahkan ada pula orang-orang bukan Melayu yang iri hati dengan kelebihan dan keistimewaan yang diberikan kepada orang-orang Melayu/Bumiputera.

6) Pelbagai program pemerkasaan orang-orang Melayu telah dibuat, namun tidak juga mampu membangkitkan orang-orang Melayu daripada kelemahan untuk sekurang-kurangnya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan orang lain. Apakah orang-orang Melayu mahu kerajaan bantu RM35 juta? RM100 juta? RM1 bilion? 

7) Dan orang-orang politik akan terus menunggang isu kemiskinan ini selama-lamanya, tanpa mahu pandang punca asal-usul kenapa orang Melayu 'merempat' di bumi sendiri. Apa punca orang Melayu lemah dan orang Cina menjadi power?

8 ) Kita sudah bincang tidak lama dahulu bagaimana perkara ini terjadi dan bermula. Tidak lain tidak bukan adalah faktor sejarah asal-usul orang-orang Melayu dan sejarah penjajahan ke atas Tanah Melayu itu sendiri yang dipadam dan diracuni. Apabila hendak mematikan pokok, racunlah akarnya. Apabila mahu memusnahkan kehebatan bangsa, racunlah sejarahnya. Ya, inilah punca yang kita kena fahami.

9) Eh? Dengan belajar dan kaji balik sejarah, kita akan jadi kuat ke? Bagaimana? Bukankah ia hanya umpama mengelamun, bernostalgia, berkhayal dengan kehebatan lampau dan tidak akan ubah apa-apa pun. << Ini juga salah satu doktrin untuk menjauhkan anak bangsa daripada kembali menghayati sejarah yang betul. 

10) Sebenarnya, dengan mempelajari sejarah yang betul dan fahami puncanya, baharulah kita akan dapat jawapan sebenar kenapa orang Melayu jadi begini dan kenapa orang Cina menjadi begitu. Banyak kelompangan sejarah jatuh bangun yang cuba disembunyikan, tidak diajar secara jelas kepada anak bangsa - supaya orang-orang Melayu terus lemah.

11) Apa sebenarnya yang terjadi? Bukankah bangsa Melayu dahulunya dikenali dengan kehebatan yang tidak kechil di darat dan di laut - dengan kehebatan kerajaan-kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim? Bahkan sikap toleransi, budaya  diplomasi, kesopanan dan kesusilaan, bersikap tegas dan berseni menjadikan bangsa Melayu unik.

12) Kemudian datang zaman penjajahan - bermula dengan kejatuhan Melaka, kedatangan Portugis, Belanda, British dan Jepun telah merobek kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu. Peperangan demi peperangan mempertahankan tanah air oleh para pejuang Melayu dengan seni peperangan dan persenjataan yang canggih, akhirnya tumbang dek pengkhianatan dalaman dan pencabulan perjanjian oleh kuasa asing.

13) Ketika zaman penjajahan yang mengambil masa ratusan tahun, British menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam pelbagai sektor termasuk perladangan dan perlombongan. British membawa masuk buruh-buruh dari India untuk bekerja dalam sektor perladangan, dan buruh-buruh dari China untuk bekerja dalam sektor perlombongan.

Sejarah Tingkatan 2: Bab6

14) Sifat semua penjajah sebenarnya hampir sama. Mereka tidak akan perchaya kepada penduduk asal. Mereka tidak akan perchaya kepada orang-orang Melayu untuk mengurus ekonomi mereka. Jika urusan ekonomi diserahkan kepada orang-orang Melayu, one day, orang Melayu akan sedar yang mereka bersubahat menjarah harta anak bangsa mereka untuk diangkut ke London.

15) Jadi, British memilih bangsa asing untuk mengurus ekonomi mereka di Tanah Melayu. Tidak lain tidak bukan, mereka menyerahkan urusan ekonomi ke pada orang Cina. Bukan kerana mereka baik dengan orang Cina, tetapi ia adalah faktor untuk mengekang kebangkitan ekonomi dan politik orang-orang Melayu. Jika orang-orang Melayu bangkit, tentu hak monopoli British akan tergugat.

16) Maka, British terus mengangkut masuk orang-orang Cina dari tanah besar China (juga dikaitkan dengan konspirasi British-China), untuk menguasai sebahagian besar bidang ekonomi di Tanah Melayu. Orang-orang Cina diberi hak-hak melombong, dan hak-hak memiliki ladang-ladang besar. Infrastruktur seperti hospital, sekolah, balai polis, bank etc dibina untuk orang-orang Cina (punca kenapa orang-orang Cina menguasai bandar).

17) Sedangkan orang-orang Melayu tidak diberikan hak-hak demikian dan dibiarkan miskin. Orang-orang Melayu hanya diberikan tanah-tanah sawah untuk diusahakan, sedangkan tanah-tanah berprestij, bernilai tinggi  seperti tanah lombong, tanah ladang dan kawasan bandar diserahkan kepada orang-orang Cina. 

18 ) Bahkan orang-orang Cina diberikan bantuan (baca: tongkat) oleh British sebanyak lebih $1 bilion kepada tauke-tauke Cina. Nilai $1bilion pada waktu itu jika dianggar dengan nilai hari ini, ia mencecah RM1 trilion. Waktu itu orang-orang Cina tidaklah seramai hari ini. Jadi $1bilion (atau RM1,000,000,000,000) itu hanya berlegar dalam kalangan orang-orang Cina sahaja. Sudahlah dapat infrastruktur kemudahan yang pelbagai, dapat pula duit poket RM1 trilion.

19) Dengan agihan $1 bilion kepada tauke-tauke Cina, mereka dapat membina empayar perniagaan yang banyak dan mampu mewariskan kekayaan serta perniagaan mereka kepada anak cucu cicit mereka. Mereka menguasai syarikat-syarikat besar perladangan, perlombongan, perkapalan, pembinaan dan sebagainya. Pendek kata, dengan tongkat British $1bilion tersebut, mereka menjadi gagah di Tanah Melayu.

20) Sedangkan orang-orang Melayu pada masa yang sama miskin, ditindas oleh British dengan pelbagai cukai yang tidak munasabah. Hasil-hasil pertanian sedikit sebanyak diperas dalam bentuk cukai-cukai. Bukan nya British tak tahu orang-orang Melayu ini sudah miskin kerana dimiskinkan oleh British, tetapi mereka mengenakan cukai pelik-pelik adalah untuk halang kebangkitan orang-orang Melayu. Biar orang Melayu sentiasa sesak dan susah ekonomi, baru orang Melayu tak fikir nak berjuang. 

21) Tetapi mereka silap, kerana apabila ditolak sampai ke dinding, orang Melayu akan bangkit menentang. Maka terjadilah siri kebangkitan orang-orang Melayu pada zaman Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Saleh, Rentap, Dato Bahaman, Dato Maharajalela dan sebagainya. Beberapa pegawai tinggi British dibunuh, kerana orang-orang Meayu sudah marah. British tetap cuba menggunakan kekerasan untuk menyekat kebangkitan orang Melayu.

Image may contain: 3 people, text

22) Kedatangan Jepun menewaskan penjajahan British membuka mata orang Melayu untuk bangkit melawan British pasca Perang Dunia ke dua (WW2). Orang-orang Melayu mula bangkit dalam bentuk front-front politik, untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada British. Cubaan-cubaan mereka pada peringkat awalnya tidak berjaya kerana mereka mempunyai front-front yang pelbagai. Kemudian front-front Melayu mula bergabung dan membentuk Pekembar (UMNO) - menuntut kemerdekaan.

23) Sejarah perjuangan orang-orang Melayu sangat berdarah demi mempertahankan Tanah Air, tanpa ada bantuan daripada bangsa-bangsa lain. Kemudian perjuangan melalui politik menuntut kemerdekaan bersenjatakan kertas dan pena juga dibuat oleh orang-orang Melayu tanpa dibantu oleh orang-orang lain. Hanya selepas British mensyaratkan perlu melibatkan orang-orang Cina dan India dalam proses kemerdekaan, baharulah tertubuhnya MCA dan MIC untuk bersama-sama orang Melayu menuntut kemerdekaan.

24) Apa tujuannya? Tujuan British adalah supaya kedudukan orang-orang Cina (tauke-tauke yang menjaga kepentingan British) dan orang-orang India (yang bekerja di ladang-ladang British) tidak diganggu oleh kuasa politik Melayu selepas merdeka. Sebab itu mereka letakkan syarat demikian. Ketika selepas merdeka dan setelah terbentuk persekutuan Malaysia pun, sektor korporat dalam negara kita masih dikuasai oleh British sebanyak kurang lebih 60% (di bawah syarikat Guthrie), 22% dikuasai oleh tauke-tauke Cina, dan 1.5 % sahaja dikuasai oleh orang-orang Melayu. Itu pun 1.5% milikan adalah melalui firma kerajaan, bukan milikan individu Melayu.


25) Penguasaan British ke atas sektor perladangan tamat pada tahun 1981 apabila syarikat Guthrie diambil alih dalam persitiwa Dawn Raid (serangan Subuh) oleh PNB (Malaysia) di bawah kepimpinan Dr Mahathir. Dawn Raid ini dibuat dengan cara menguasai saham-saham Guthrie secara mengejut - dalam masa 4 jam. Peristiwa ini menggemparkan London dan mendatang malu besar kepada British. 

Laksamana Bukit Bintang: Sejarah “Dawn Raid” Yang Semakin Di ...

26) Walaubagaimanapun, milikan ladang-ladang di bawah Guthrie tetap di bawah kelolaan kerajaan, tidak diagihkan kepada orang-orang Melayu. Jadi, orang-orang Melayu tetap miskin walaupun British tidak lagi menguasai ladang-ladang. Sedangkan tauke-tauke Cina terus kaya dan mengembangkan kekayaan dan empayar perniagaan mereka, diwarisi oleh anak cucu cicit mereka sehingga hari ini.

27) Dengan coretan sejarah ini, kita dapat simpulkan bahawa orang-orang Cina menjadi kaya dan kukuh ekonomi adalah disebabkan bantuan British. Jika mahu orang-orang Melayu gagah dan kukuh seperti orang-orang Cina, bukanlah bantuan RM100 juta atau RM500 juta. Kerajaan kena bantu RM1 trilion jika mahu orang-orang Melayu/ Bumiputera segagah orang-orang Cina dalam bab ekonomi. Kita bukan bercakap pasal T20 dan kluster kayangan, kita bercakap mengenai keseluruhan orang-orang Melayu terutama B40.
British yang keji.docx - [DOCX Document]

28) Jadi, gesaan supaya bantuan RM puluhan juta untuk perkasakan orang Melayu - hanyalah retorik tak berkesudahan. Tak layak dipanggil tongkat pun dengan jumlah sekecil itu. Mungkin hanya tongkat bertaraf lidi, yang mudah patah? Mentaliti dan minda orang politik yang hanya nampak bantuan puluhan juta itu sebagai memperkasakan orang Melayu, adalah mentaliti yang silap - berpunca daripada gagal menghayatai sejarah yang sebenar. Inilah kesan tak mahu belajar sejarah dan kesan sejarah yang diracuni. Mentaliti pun jadi tak betul, walaupun dianggap hebat, pejuang Melayu, bahkan ada pula yang dianggap anugerah tuhan bagai.

29) RM1 trilion kau cakap? Mana kerajaan nak dapat duit sebanyak itu untuk bantu orang Melayu? Kerajaan BN, PH dan PN atau mana-mana kerajaan selepas ini pun tidak akan mampu untuk mendanai orang-orang Melayu sebanyak itu. Tetapi pihak kerajaan boleh beransur-ansur membina empayar perniagaan untuk generasi Melayu akan datang. Orang Melayu nak berniaga pun terpaksa minta tauke Cina supply barang. Kerajaan kena fikirkan bagaimana supplier dan manufacturer itu dikuasai orang-orang Melayu juga. Bukan nak suruh rasis atau abaikan Cina, cuma nak orang Melayu betul-betul berdiri sama tinggi dengan orang Cina.

30) Saya fikir Dr Mahathir mempunyai impian ini. Tetapi sayangnya, dia hanya mampu mengkayakan anak-anak dan beberapa kawan baiknya sahaja. Sedangkan anak-anak dan kawan-kawannya yang sudah bilionair, tidak mampu untuk mewariskan empayar bisnes kepada orang-orang Melayu yang lain. Mereka tidak ada wawasan seperti orang-orang Cina yang membentuk jaringan tauke-tauke Cina yang besar.

31) Kesimpulannya, belajarlah sejarah yang betul, kajilah sejarah yang disembunyikan, fahami event-event penting sejarah, kemudian perbetulkan kesilapan-kesilapan atau ketidak-mampuan orang-orang terdahulu. Bukan nak suruh leka dengan nostalgia sejarah, tetapi berusahalah mencari jalan penyelesaian dengan panduan sejarah yang ada. Jika sejarah Melayu difahami sebagai Melayu miskin, pemalas, ketum dan rasuah, orang-orang Melayu akan terus merempat walau bertukar kerajaan berkali-kali. Pemerkasaan hanyalah slogan politik oportunis yang nak berkuasa semata-mata.

Sekian
Share:

0 comments: